Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya telah menghadiri Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W bagi tahun 1447 Hijrah / 2025 Masihi di Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam. Majlis berkenaan telah dianjurkan oleh Ahli Jawatakankuasa Takmir Masjid dan Muslimah Masjid Masjid Universiti, Brunei Darussalam dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Hadir selaku tetamu kehormat dan ketua rombongan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) dan Yang Mulia Awang Haji Mohammad Salihin bin Haji Aspar, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan) di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, ketua-ketua eksekutif, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.
Majlis Dikir Maulud dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib secara berjemaah, diikuti dengan bacaan Dikir Assalammualaika dan Dikir Syarafil Anam. Majlis kemudian diteruskan dengan sembahyang Fardhu Isya secara berjemaah, diikuti dengan Dikir Asyrakal, dan bacaan Doa Dikir dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Majlis ini diadakan bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta menyemarakkan syiar Islam dan memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga kementerian dan masyarakat.
-TAMAT-
Disediakan oleh:
Jabatan Perkhidmatan Pos