Sign In

Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Daerah Temburong Tahun 1447 Hijrah / 2025 Masihi

Sep 6, 2025
https://www.mtic.gov.bn/Images1/news/2025/Sept/6-Perarakan%20maulud/WhatsApp%20Image%202025-09-08%20at%2013.06.24.jpeg
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi hadir selaku tetamu khas bagi Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Daerah Temburong Tahun 1447 Hijrah / 2025 Masihi yang berlangsung di pekarangan Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar.

Dalam masa yang sama, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) juga turut serta dalam perhimpunan dan perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassallam Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah / 2025 Masihi yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Seramai lebih 100 orang pegawai kanan, pegawai serta kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan di bawahnya menyertai perarakan tersebut. Pasukan MTIC diketuai oleh Yang Mulia Ir. Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.



Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Peringkat Negara pada tahun ini disambut secara besar-besaran dan serentak di keempat-empat daerah.  Tema Khas sambutan tahun ini ialah “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah Teladan Keluarga Sakinah, Mawaddah Warahmah” yang membawa penghayatan mendalam akan peranan junjungan besar Baginda Rasulullah dalam membentuk keluarga yang harmoni, penuh kasih saying dan rahmat.



Attachments
News