Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Bagi Tahun 1447H/2025M pada hari ini bertempat di Dewan Amar Pahlawan, MTIC.
Majlis dihadiri oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir ialah ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Salihin bin Haji Aspar, Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Mulia Mazriyani binti Haji Abd Ghani, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, ketua-ketua eksekutif, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Mohd. Amin bin Haji Salim, Pegawai Hal Ehwal Masjid dan diikuti dengan ceramah khas bertajuk “Rasulullah Shallallah ‘Alaihi Wasallam Ikon Ummah” yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Awang Muhammad Najib bin Haji Awang, Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da’wah Islamiah.
Majlis turut diserikan dengan persembahan Dikir Marhaban daripada Kumpulan Dikir Jabatan Perkhidmatan Pos dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Mulia Mohd. Amin bin Haji Salim, Pegawai Hal Ehwal Masjid.
Majlis ini adalah merupakan wadah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama pegawai dan kakitangan di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya, di samping sama-sama memohon keberkatan serta keredhaan Allah Subhanahu Wata ‘ala dan meningkatkan lagi rasa kecintaan kepada Junjugan Besar kita Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) bagi tahun ini telah dikelolakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos.
Disediakan oleh:
Jabatan Perkhidmatan Pos
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
8 September 2025