Sign In

Kempen Kebersihan Senegara 2025

Oct 18, 2025
​Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya telah mengadakan Kempen Kebersihan Senegara 2025 di bawah Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan pada hari ini di Pantai Seri Kenangan, Daerah Tutong. 



Hadir menyertai kempen tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Turut hadir ialah ialah Yang Mulia Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Yang Mulia Haji Hairul Mohammad Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi); Yang Mulia Haji Mohammad Salihin bin Haji Aspar, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan); Pengarah-Pengarah; Pegawai-Pegawai Kanan; PegawaiPegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya. 

 





Kempen dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Abdul Raqib bin Haji Awang, Imam Tingkat 3, Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, diikuti dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Nur Hazimatul Azimah binti Haji Hamzah, Pegawai Tugas – Tugas Khas Tingkat II, Jabatan Pengangkutan Darat. 






Kempen ini adalah merupakan salah satu usaha bersepadu dalam sama-sama menyokong inisiatif Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan (JIIK) dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kebersihan dan pemeliharaan alam sekitar. Ianya juga bertujuan memupuk nilai rasa tanggungjawab yang tinggi di kalangan penduduk kampung dan orang awam tentang pentingnya amalan mewujudkan suasana persekitaran yang bersih dan bebas pencemaran. Disamping itu juga, aktiviti ini turut berperanan mengeratkan silaturrahim dan meningkatkan perpaduan antara warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) serta penduduk setempat. 

Pada penghujung Kempen Kebersihan yang disertai seramai 215 orang. Pencapaian ini jelas mencerminkan semangat kerjasama, kesedaran, dan kepedulian yang tinggi terhadap kebersihan alam sekitar. 





Disediakan oleh: 
Jabatan Pengangkutan Darat



Attachments
News