Sign In

Singapore Scientific Conference 2025 and Meetings with Singapore’s Key Science, Technology and Innovation Bodies

Dec 11, 2025

Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Teknologi dan Sains (Council for Research and Advancement in Technology and Science – CREATES) kini dalam proses membangunkan rangka kerja Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) kebangsaan melalui penglibatan menyeluruh pelbagai pihak berkepentingan dalam ekosistem STI, termasuk rakan-rakan di peringkat antarabangsa dan serantau.

Sebagai sebahagian daripada usaha penglibatan serantau tersebut, delegasi CREATES telah menghadiri Singapore Scientific Conference 2025 yang berlangsung dari 8 hingga 11 Disember 2025, di samping mengadakan beberapa pertemuan dengan badan-badan utama STI Singapura seperti National Research Foundation (NRF), ASTAR*, National University of Singapore (NUS), Nanyang Technological University (NTU) dan Enterprise Singapore.

Mesyuarat-mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan pemahaman lebih mendalam mengenai landskap penyelidikan, inovasi dan keusahawanan di Singapura, termasuk pendekatan dalam perancangan, pembiayaan dan tadbir urus penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan serta sokongan kepada industri dan syarikat permulaan (startups).

Pihak Singapura telah berkongsi pengalaman, amalan terbaik dan pandangan praktikal secara terbuka, yang amat dihargai dan akan menjadi rujukan penting dalam usaha berterusan Brunei Darussalam untuk memperkukuh dan memajukan ekosistem sains, teknologi dan inovasi negara.

Delegasi CREATES turut disertai oleh wakil daripada Universiti Teknologi Brunei (UTB), Universiti Brunei Darussalam (UBD), Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS) serta Brunei Innovation Lab (BIL).


Attachments
News