Sign In

Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran sempena Bulan Ramadhan Tahun 1447H/2026M bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Jabatan-Jabatan, Autoriti dan Pihak Berkuasa di Bawahnya

Feb 24, 2026
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) serta Jabatan-Jabatan, Autoriti dan Pihak Berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadhan tahun 1447H/2026M pada hari ini, bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB).

Majlis dimulakan dengan sembahyang fardhu Zohor berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Imam Haji Mohammad Ashraf bin Haji Bujang, Imam di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Majlis diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin Yang Mulia Ir. Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap MTIC dan disusuli dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara beramai-ramai yang terdiri dari pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan MTIC serta Jabatan-jabatan, Autoriti dan Pihak Berkuasa di bawahnya. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.



Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Eksekutif, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) serta Jabatan-Jabatan, Autoriti dan Pihak Berkuasa di bawahnya.

Majlis Tadarus Kementerian Pengangkutan dan Infomunikasi (MTIC) pada tahun ini telah dikelolakan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam.





Attachments
News