Sign In

Majlis Doa Selamat bagi Bakal- Bakal Jemaah Haji Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) serta Jabatan-Jabatan, Autoriti dan Pihak Berkuasa di Bawahnya Bagi Tahun 1447H / 2026M

Apr 25, 2026
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) serta Jabatan-Jabatan, Autoriti dan Pihak Berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi bakal-bakal jemaah haji bagi tahun 1447H / 2026M yang berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Eksekutif AITI, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan MTIC serta Jabatan-Jabatan, Autoriti dan Pihak Berkuasa di bawahnya.​



Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Fariszal bin Ali, Penolong Kaunselor Penjara, yang menyentuh mengenai persediaan dalam menghadapi ibadah haji.



Majlis seterusnya menyaksikan penyampaian sumbangan oleh Tetamu Kehormat kepada 17 orang bakal jemaah haji sebagai tanda sokongan dan penghargaan warga kementerian. Acara diteruskan dengan bacaan doa selamat  bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar para bakal jemaah haji dikurniakan keselamatan, kesihatan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di Tanah Suci.





Penganjuran majlis ini mencerminkan keprihatinan serta sokongan berterusan MTIC dan seluruh warganya dalam mendoakan kesejahteraan para bakal jemaah haji, di samping mengharapkan agar mereka dikurniakan ibadah haji yang mabrur serta selamat kembali ke tanah air dengan penuh keberkatan.


Disediakan oleh:
Jabatan Pengangkutan Darat


25 April 2026


Attachments
News