Majlis Dikir Maulud sempena Sambutan Maulidur Rasul Sallallahu 'Alaihi Wasallam di Istana Nurul Iman diteruskan lagi bagi malam ke-11, malam tadi bertempat di Surau Istana Nurul Iman bersama pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) beserta jabatan-jabatan, autoriti dan pihak berkuasa di bawahnya.
Hadir selaku ketua rombongan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Turut menyertai rombongan ialah Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, ketua-ketua eksekutif, ketua-ketua jabatan dan bahagian, serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi bersama jabatan-jabatan, autoriti dan pihak berkuasa di bawahnya.
Juga hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Penanjong, Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Bengkurong dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB).
Manakala, jemputan perempuan terdiri daripada Muslimah Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, MPK Penanjong, Muslimah Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan dan ITQSHHB.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah, diikuti bacaan Surah Al-Fatihah, Sayyidul Istighfar serta bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Seterusnya, tazkirah bertajuk ‘Menyemai Cinta Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melalui Amalan Doa Membina Jiwa Tenang’ yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Muhammad Naqib bin Haji Awang, Kementerian Hal
Ehwal Ugama.
Persembahan dikir dimulakan dengan Dikir Assalamualaika, diikuti Dikir Khairuman, Bisyahrin, Al-Hamdu/Badat dan Asyarakal.
Sementara itu, tazkirah dengan tajuk yang sama turut berlangsung di ruang surau perempuan, yang disampaikan oleh Dayang Siti Noraini binti Haji Mohd Hashim.
Kedua-dua majlis diakhiri dengan bacaan Doa Dikir serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.