Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Khamis, 4 April 2024 - Majlis Penutup Tadarus dan Khatam Al-Quran bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan Serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Dibawahnya Bagi Tahun 1445H/2024M

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Penutup Tadarus dan Khatam Al-Quran pada hari ini bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas. Majlis tahun ini dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI). 

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. 

Majlis dimulakan dengan menunaikan solat fardhu Zuhur berjemaah dan diteruskan dengan bacaan surah Al-Fatihah, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan Takhtim yang dipimpin oleh Awang Haji Mohammad Ashraf bin Haji Bujang, Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. 

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian sijil penyertaan bengkel yang disampaikan oleh Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi kepada peserta-peserta bengkel yang dianjurkan oleh Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Majlis Penutup Tadarus dan Khatam Al-Quran ini merupakan acara keugamaan yang diadakan setiap tahun, bertujuan bagi mengambil kesempatan meraih ganjaran pahala berlipat ganda dari Allah SWT dalam menyemarakan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dengan bacaan ayat-ayat suci AlQuran. 

Turut hadir ialah Yang Mulia Ir. Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, MTIC; Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), MTIC; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Salihin bin Haji Aspar, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), MTIC; dan Yang Mulia Awang Ir. Haji Jailani bin Haji Buntar, KetuaKetua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya. 

(TAMAT)



Attachments