Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Khamis, 20 Jun 2024 - Majlis Ibadah Korban Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan Serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya bagi Tahun 1445H/2024M
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidil Adha bagi tahun 1445H/2024M bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi pada hari ini. Majlis tahun ini telah dikelolakan oleh Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD). 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Takbir Hari Raya Aidil Adha yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Hj Mohd Zahid bin Hj Mohd Zain, Imam Masjid Sufri Bolkiah Perpindahan Berakas. Majlis seterusnya diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk “Ibadah Korban Menurut Perspektif Islam” yang disampaikan oleh Yang Mulia Haji Ishkandar bin Haji Buntar, Ketua Guru Ugama, Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC). 

Hadir bagi menyempurnakan pengagihan daging-daging korban ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. 

Pada tahun ini, sebanyak lima (5) ekor kerbau telah dikorbankan dan diagihkan kepada seratus dua puluh tujuh (127) penerima yang terdiri daripada golongan asnaf di bawah tadahan Kawasan Mukim Berakas A dan B, Daerah Brunei Muara, anak-anak yatim dan warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya. 

Turut sama hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Ir. Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Yang Mulia Awang Ridzuan bin Haji Ahmad, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Ketua-Ketua Eksekutif, Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya. 

Disediakan oleh: 
Corporate Communications 
Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam 
Jalan Pelabuhan Muara, BT 1728 
13 Zulhijjah 1445H / 20 Jun 2024





Attachments