Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Isnin, 14 Oktober 2024 - Pelawaan Untuk Cadangan (Request For Proposal) Bagi Projek “To Provide, Operate, Manage And Maintain Public Transport Services In Brunei Darussalam”
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), melalui Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), sukacita mempelawa syarikat-syarikat tempatan dan/atau antarabangsa yang berminat untuk menyertai Request For Proposal (RFP) bagi projek “TO PROVIDE, OPERATE, MANAGE AND MAINTAIN PUBLIC TRANSPORT SERVICES IN BRUNEI DARUSSALAM”.

Projek ini adalah salah satu rancangan di bawah Pelan Strategik MTIC untuk mewujudkan sistem pengangkutan yang cekap dan dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat. Tumpuan segera rancangan adalah bagi perkara-perkara berikut:

(1) meningkatkan ketersambungan dan kebolehpercayaan perkhidmatan laluan bas utama (mod pengangkutan alternatif seperti monorel boleh dipertimbangkan jika terbukti berdaya maju); 
(2) menambah baik dan meningkatkan liputan teksi atas permintaan (e-hailing) dan perkhidmatan berkongsi pengangkutan; dan
(3) memanfaatkan penggunaan teknologi yang membolehkan pemantauan pergerakan kenderaan dan kemudahan penumpang melalui penggunaan Sistem Pengurusan Pengangkutan Pintar.

Dengan ini, RFP adalah bertujuan untuk membolehkan penilaian dan pemilihan cadangan yang paling berdaya maju daripada syarikat-syarikat untuk menyediakan, mengendalikan, mengurus dan menyelenggara perkhidmatan pengangkutan awam di Negara Brunei Darussalam, secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya, yang terdiri daripada Perkhidmatan Laluan Bas Utama dan Perkhidmatan Tadahan Atas Permintaan yang juga merangkumi sekolah-sekolah. 

Satu Hari Penerangan (sesi hibrid) untuk mendapatkan maklumat lanjut serta sesi soal jawab mengenai projek tersebut akan diadakan pada hari Selasa, 5 November 2024 dari jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi (GMT+8) di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam. Syarikat tempatan dan/atau antarabangsa yang berminat dan berkebolehan adalah dipelawa untuk menyertai RFP dan mendaftarkan minat mereka.

Borang pendaftaran bagi mendapatkan dokumen RFP boleh dimuat turun dari pautan berikut: www.jpd.gov.bn/RFP2024. Borang pendaftaran yang lengkap hendaklah diemelkan ke rfp@jpd.gov.bn.

Tarikh tutup bagi menghantar RFP adalah pada hari Selasa, 28 Januari 2025, sebelum jam 2:00 petang.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi Jabatan Pengangkutan Darat (JPD)  di alamat e-mel yang dinyatakan di atas.

-TAMAT-
Disediakan oleh
Jabatan Pengangkutan Darat 



Attachments