Taklimat Sumber Pakar (Expert Resource) bagi Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Teknologi dan Sains (Council for Research and Advancement in Technology and Science - CREATES) telah diadakan secara maya pada 22 Januari 2025. Objektif taklimat tersebut adalah untuk menekankan tugas dan tanggungjawab sumber pakar, pemberigaan dokumen terma rujukan bagi CREATES dan sumber pakar, serta membincangkan perkara-perkara berkaitan. Taklimat ini juga bertujuan untuk memastikan penjajaran dan pemahaman yang jelas mengenai peranan serta jangkaan sumber pakar pada masa hadapan.
Taklimat ini dihadiri oleh ahli-ahli sumber pakar yang dilantik dari Institusi Pengajian Tinggi di Negara Brunei Darussalam, iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB), dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Taklimat tersebut dipengerusikan oleh Yang Mulia Ir. Mohammad Nazri Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) selaku Setiausaha CREATES.
Objektif utama penubuhan sumber pakar bagi CREATES ialah untuk mengukuhkan lagi proses pemilihan dan pemantauan projek penyelidikan yang menggunakan Dana Penyelidikan CREATES. Ia juga bertujuan untuk memastikan penjajaran dan sumbangan yang signifikan terhadap pertumbuhan aktiviti Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI) di negara ini, serta mendorong pembangunan sosio-ekonomi negara selaras dengan aspirasi Wawasan 2035.
Turut hadir ke taklimat berkenaan ialah Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) dan Ketua Bahagian Teknologi dan Inovasi selaku urusetia CREATES.