Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) telah mengadakan Majlis Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada Ketua-Ketua Eksekutif, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian untuk diserahkan pengagihanya kepada setiap pegawai dan kakitangan masing-masing di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) bagi tahun 1446H/2025M bertempat di Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Hadir bagi menyempurnakan penyerahan kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Yang Mulia Yang Mulia Ir. Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan) di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.