Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Khamis, 6 Mac 2025 - Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran Sempena Bulan Ramadhan Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadhan tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi, bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarbangsa Brunei, pada hari ini. Majlis telah dikelolakan oleh Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. 

Majlis dimulakan dengan sembahyang fardhu Zohor berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Imam Haji Mohammad Ashraf bin Haji Bujang, Imam di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Majlis diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Haji Mohammad Salihin bin Haji Aspar, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan disusuli dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat. 

 



Turut hadir ialah Ketua-Ketua Eksekutif, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawaipegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya. 




-TAMAT
Disediakan oleh: 
Jabatan Penerbangan Awam 
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam 
Tarikh: 4 Ramadhan 1446 / 6 Mac 2025



Attachments