Seramai tujuh puluh lapan (78) orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya telah menerima Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam Pingat Kerja Lama (P.K.L) Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-78 Tahun bagi Tahun 2024 bertempat di Dewan Mawaddah, Setia Point, Berakas.
Hadir bagi menyempurnakan penyampaian pingat-pingat ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Turut hadir ialah Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), ketua-ketua eksekutif, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.
Pengurniaan Pingat Kerja Lama (P.K.L) adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan daripada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, sebagai tanda menghargai jasa dan sumbangan penerima-penerima pingat yang telah berkhidmat lebih daripada 20 tahun dalam perkhidmatan awam. Ianya juga berperanan sebagai sumber inspirasi dan dorongan semangat kepada seluruh warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) untuk terus meningkatkan mutu dan produktiviti kerja ke arah kecemerlangan yang lebih tinggi.
-TAMAT-
Disediakan oleh:
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC)
Negara Brunei Darussalam
E-mel: erc@mtic.gov.bn
Laman sesawang: www.mtic.gov.bn