Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Khamis, 8 Mei 2025-Majlis Doa Selamat Bakal Jemaah Haji Bagi Tahun 1446H / 2025M bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi dua belas (12) orang bakal jemaah haji bagi tahun 1446H/2025M pada hari ini bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC). Majlis telah dikelolakan oleh Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC). 



Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunkasi, yang kemudiannya menyempurnakan penyampaian sumbangan derma kepada para bakal jemaah haji yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunkasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya. 





Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustapa, Pegawai Perkembangan Ugama dari Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan seterusnya menyampaikan ceramah khas bertajuk ‘Jangan Siasiakan Waktu Yang Ada’. 

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan para bakal jemaah haji, agar segala urusan akan dipermudahkan dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, serta memperolehi haji yang mabrur. 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap di Pengangkutan dan Infokomunkasi, Ketua-Ketua Eksekutif, Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.


Disediakan oleh: 
Pusat Kebangsaan E-Kerajaan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi 
Negara Brunei Darussalam 
E-mel: corpcomms@egnc.gov.bn 
Tel: 2424955 
Laman sesawang: www.egnc.gov.bn


Attachments