Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Rabu, 14 September 2022 - Penggunaan Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien

Jawatankuasa Pengurusan Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) yang dipengerusikan bersama oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Kementerian Pembangunan serta berpandukan kepada Kenyataan Akhbar bertarikh 5 Muharram 1444H bersamaan dengan 3hb Ogos 2022M ingin memaklumkan mengenai pengemaskinian penggunaan Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien seperti berikut:

1. Kebenaran penggunaan Jambatan SHOAS adalah diberikan kepada semua kenderaan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam dalam kesemua Kelas I, II, III, IV, V, VI, VII dan XII.

2. Bagi kenderaan pendaftaran asing sama ada persendirian atau komersial dalam kelas sebanding Brunei iaitu Kelas I, III, IV, VI dan XII sahaja dibenarkan untuk melalui jambatan berkenaan.

3. Manakala, bagi kenderaan komersial pendaftaran asing dalam kelas sebanding dengan kelas II dan V yang mempunyai keberatan melebihi 3,500 kg adalah tidak dibenarkan untuk menggunakan Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dan dinasihatkan untuk menggunakan jalan yang dibenarkan iaitu ASEAN Highway 150 ataupun AH150 (melalui Limbang) yang selazimnya digunakan pada masa ini.

4. Para pengguna hendaklah mematuhi had kelajuan 100 km/jam bagi kenderaan biasa manakala had kelajuan bagi kenderaan komersial adalah 80 km/jam.

5. Kerjasama orang ramai adalah sangat diharapkan demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan kesemua pengguna jalan raya semasa menggunakan Jambatan SHOAS.

6. Sebarang perubahan penggunaan Jambatan SHOAS akan dimaklumkan melalui Sidang Media dari masa ke semasa.

Sebarang pertanyaan orang ramai bolehlah menghubungi Talian Darussalam 123 atau pihak “Brunei Bridge Authority” melalui email: pro@pwd.gov.bn.
Attachments