Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Jumaat, 21 Oktober 2022 - Singapore International Cyber Week (SICW) dan Persidangan Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Keselamatan Siber Kali ke 7, Republik Singapura 18hb – 20hb Oktober 2022
1. Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi yang juga adalah Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber, Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Singapore International Cyber Week (SICW) dan Persidangan Menteri-Menteri ASEAN mengenai Keselamatan Siber kali ke-7 (7th AMCC) yang diadakan di Sands Expo and Convention Centre, Republik Singapura pada 18hb hingga 20hb Oktober 2022.  

2. Dengan tema “Digital Security – A Shared Responsibility”, SICW 2022 telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean, Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Republik Singapura.  

3. Majlis perasmian diikuti dengan beberapa siri SICW Ministerial Roundtables di mana Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi mengambil bahagian sebagai ahli panel mengenai topik 'Melindungi Masa Depan Digital Bersama'. Dalam sesi Ministerial Roundtable, Yang Berhormat berkongsi bahawa pandemik COVID-19 telah memberikan banyak pengajaran yang berharga dengan perluanya mempercepatkan transformasi digitalisasi. Antaranya ialah keperluan untuk tidak meninggalkan sesiapa pun, memastikan ruang siber yang selamat dan keperluan untuk peraturan baharu bagi dunia yang lebih digital.

4. Domain digital telah menjadi sebahagian yang lebih penting dalam kehidupan seharian, dimana ancaman daripadanya telah menjadi lebih serius dan lebih mencabar. Ancaman yang bermula dalam domain digital juga boleh memberi kesan kepada dunia fizikal dengan cepat. Domain digital tidak mempunyai sempadan dan  oleh itu, kerjasama antarabangsa adalah penting untuk membina rangka kerja teguh yang boleh melindungi ruang siber dan menggalakkan keyakinan dan kepercayaan terhadapnya.

5. Turut diadakan sebagai sebahagian daripada SICW 2022 adalah Persidangan Menteri-Menteri ASEAN mengenai Keselamatan Siber kali ke-7 (7th AMCC) pada 20hb Oktober 2022. AMCC adalah dialog di antara Menteri-Menteri ASEAN yang bertanggungjawab ke atas ICT dan Keselamatan Siber untuk membincangkan isu-isu utama keselamatan siber serantau. 

6. Semasa Persidangan ini, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi mengalu-alukan kerjasama serantau yang berkembang dan mengukuhkan dalam keselamatan siber sebagai pemboleh kepada inovasi, kemajuan dan kemampanan. Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi seterusnya menekankan mengenai keperluan yang berterusan untuk membina kapasiti bagi menyusun strategi dan meningkatkan ekosistem keselamatan siber yang bersedia dan berdaya tahan.

7. Persidangan AMCC kali ke-7 juga turut memberi tumpuan kepada kemajuan penubuhan ASEAN Regional CERT sebagai satu cara untuk meningkatkan keupayaan keselamatan siber. Mesyuarat tersebut juga menegaskan semula kepentingan ruang siber yang selamat, stabil dan berdaya tahan sebagai penggerak utama ekonomi digital ASEAN.

8. Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi turut mengambil peluang untuk memerhati dan menyokong pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi Brunei (UTB) yang menyertai Singapore Cyber Conquest (SCC) yang diadakan semasa SICW 2022. SCC adalah sebuah program didalam kalendar SICW di mana Institut Pengajian Tinggi ASEAN adalah dijemput.

9. Turut menyertai SICW 2022 dan 7th AMCC adalah Yang Mulia Awang Shamsul Bahri bin Haji Kamis, Pesuruhjaya Interim, Cyber Security Brunei (CSB) beserta dengan pegawai-pegawai kanan dari MTIC.


 
 

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber dengan delegasi Negara Brunei Darussalam bagi SICW 2022 dan 7th AMCC


 

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber semasa menyertai Ministerial Roundtable Opening Session SICW 2022 pada 19hb Oktober 2022



Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber bersama Menteri-Menteri dan perwakilan-perwakilan ASEAN semasa 7th ASEAN Ministerial Conference on Cyber Security (AMCC) pada 20hb Oktober 2022


 
 
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber bersama delegasi Negara Brunei Darussalam semasa 7th ASEAN Ministerial Conference on Cyber Security (AMCC) pada 20hb Oktober 2022





Disediakan oleh:-
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
21 Oktober 2022
Attachments