Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Selasa, 30 Mei 2023 - Majlis Doa Selamat Bagi Bakal-Bakal Jemaah Haji Kementerian Pengangkutan Dan Infokomunikasi Dan Jabatan-Jabatan Serta Pihak-Pihak Berkuasa Di Bawahnya Kelolaan Jabatan Penerbangan Awam Bagi Tahun 1444H/2023M​

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi bakal-bakal jemaah haji bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Mahabbah, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, dikelolakan oleh Jabatan Penerbangan Awam.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan penyampaian sumbangan derma kepada bakal-bakal jemaah haji yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, kepada sepuloh (10) orang bakal-bakal jemaah haji yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa. Majlis diakhiri dengan Bacaan Doa Selamat bagi bakal-bakal jemaah haji agar mendapat perlindungan, keselamatan, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam keadaan sihat serta memperolehi haji yang mabrur.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa.

 

Disediakan oleh:

Jabatan Penerbangan Awam

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Brunei Darussalam


Attachments