Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Khamis, 27 Julai 2023 - Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445 Dan Doa Kesyukuran Jemaah Haji Kementerian Pengangkutan Dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan Serta Pihak-Pihak Berkuasa di Bawahnya bagi Tahun 1445H/2023M



Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya pada petang ini telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445 dan Doa Kesyukuran Jemaah Haji bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya Bagi Tahun 1445H/2023M bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa. Majlis telah dikelolakan oleh Pusat Kebangsaan E-Kerajaan.



Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

 


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan Ceramah Khas bertajuk 'Ugama Terpelihara, Negara Sejahtera' yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustapa, Penolong Ketua Bahagian Penyebaran Da'wah (Ceramah) dari Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.  




Majlis seterusnya diikuti dengan Dikir Asraqal dan Doa Kesyukuran bagi kepulangan jemaah Haji warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya yang diketuai oleh Yang Mulia Imam Awang Ashraf bin Haji Bujang, Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa sebelum diakhiri dengan sembahyang Fardhu Asar berjemaah.

 

 

Majlis ini adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan keagamaan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi yang bertujuan untuk memperingati dan menyemarakkan Sambutan Ilal Hijrah dan meraikan kepulangan warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya yang telah selamat kembali ke tanah air daripada menunaikan fardhu Haji tahun ini.

 



Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Ketua-Ketua Eksekutif, Ketua-Ketua Jabatan, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya.




Disediakan oleh: 

Pusat Kebangsaan E-Kerajaan

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Negara Brunei Darussalam

 

E-mel: corpcomms@egc.gov.bn

Tel: 2424955 samb 114/117

Laman sesawang: www.egnc.gov.bn

Instagram: @egnc.bn

Facebook: facebook.com/egnc.gov.bn

Twitter: @egnctweet


Attachments