Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Khamis, 10 Ogos 2023 - Mesyuarat '8th Meeting of the Governing Council of ASEAN-India Science and Technology Development Fund (GC-AISTDF-8)' dan '14th Meeting of the ASEAN-India Working Group on Science and Technology (AIWGST-14)'


Yang Mulia Ir Mohammad Nazri Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) selaku Pengerusi 'ASEAN Committee on Science, Technology and Innovation (COSTI)' telah menghadiri '8th Meeting of the Governing Council of ASEAN-India Science and Technology Development Fund (GC-AISTDF-8)' dan '14th Meeting of the ASEAN-India Working Group on Science and Technology (AIWGST-14)' pada 7 Ogos 2023 secara maya.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Ir Mohammad Nazri Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Tuan Yang Terutama Dr. Rajesh S Gokhale, Setiausaha di Jabatan Sains dan Teknologi, India.

Antara perkara-perkara yang diketengahkan semasa mesyuarat itu ialah mengenai status penggunaan dana 'ASEAN-India Science and Technology Development Fund (AISTDF)' serta mekanisme dana dan status inisiatif-inisiatif kerjasama yang dibiayai menggunakan dana tersebut. Mesyuarat tersebut juga turut memberi sokongan terhadap 'ASEAN-India Action Plan on Science, Technology and Innovation (AIPASTI) 2025–2030' yang akan dibangunkan dengan kerjasama ASEAN dan India.


Attachments