

Yang Mulia Ir Mohammad Nazri Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) selaku Pengerusi ASEAN Committee on Science, Technology and Innovation (COSTI) telah menghadiri dan memberikan ucapan semasa Majlis Perasmian bagi ASEAN-Japan Innovation Week dan The 3rd ASEAN-Japan Multi-Stakeholder Strategic Consultancy Forum’ pada 22 Ogos 2023 dan 23 Ogos 2023 di Bangkok, Thailand.
Dengan tema Innovative Technologies in achieving Carbon Neutrality towards ASEAN Green Economy, acara-acara tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi kerjasama Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di kalangan Negara Anggota ASEAN dan antara Rakan Dialog ASEAN dalam mendokong ASEAN Strategy for Carbon Neutrality and Sustainable Growth.
Dalam ucapannya, Yang Mulia Ir Mohammad Nazri Mohammad Yusof menyentuh kepada kepentingan dan peranan ASEAN dalam menangani perubahan iklim dan neutraliti karbon (carbon neutrality), serta juga mengenai kerja-kerja yang sedang dijalankan dibawah COSTI seperti ASEAN Network on Bio, Circular and Green Economy. Yang Mulia Ir Mohammad Nazri Mohammad Yusof juga menekan keperluan untuk bekerjasama dalam pembangunan teknologi baru untuk menangani perubahan iklim.