Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Khamis, 02 November 2023 - Lawatan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara ke Jabatan Pengangkutan Darat

Seramai 14 orang Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) telah mengadakan lawatan ke Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) bertempat di Kompleks Litar Memandu, Kampong Sungai Akar pada pagi tadi.

Tujuan lawatan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara adalah bagi mengetahui dengan lebih lanjut lagi akan fungsi dan peranan JPD dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berhubungkait dengan pengangkutan darat, sebagai persediaan bagi Majlis Mesyuarat Negara yang akan datang.

Program lawatan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara telah dimulakan dengan taklimat ringkas pengenalan Jabatan yang disampaikan oleh Yang Mulia Ridzuan Haji Ahmad, Pemangku Pengarah Pengangkutan Darat. Antaralain perkara yang disampaikan adalah mengenai pencapaian Jabatan, cabaran-cabaran yang dihadapi serta usaha-usaha dan perancangan bagi mengatasi cabaran tersebut.

Seterusnya, turut dikongsikan taklimat khusus bagi pengenalan dan perkembangan Sistem Pengangkutan Awam yang mengetengahkan perancangan terkini bagi mempertingkatkan lagi sistem pengangkutan awam yang sedia ada.

Lawatan tersebut merupakan perjumpaan tahunan serta sebagai wadah perkongsian perkembangan dan pencapaian JPD kepada Yang Berhormat Ahli-Ahli MMN, di samping mendapatkan gambaran jelas tentang cabaran-cabaran yang dihadapi Jabatan tersebut dalam menanganinya serta wadah untuk percambahan minda serta bertukar-tukar buah fikiran, dan mempertingkatkan kesedaran awam untuk sama-sama menanai cabaran perkhidmatan pengangkutan darat di Negara Brunei Darussalam melalui pendekatan Whole of Nation.


-TAMAT-

Disediakan oleh

Jabatan Pengangkutan Darat


Attachments