Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Isnin, 30 Oktober 2023 - Mesyuarat ASEAN-U.S. Consultation on Science and Technology ke -11 (AUSCST-11)
Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, selaku Pengerusi ASEAN COSTI tahun ini telah menghadiri mesyuarat ASEAN-U.S. Consultation on Science and Technology ke -11 (AUSCST-11) pada 30 Oktober 2023 di Washington D.C., Amerika Syarikat. 

Mesyuarat ASEAN-U.S. Consultation on Science and Technology ke-11 (AUSCST-11) ini dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Setiausaha Tetap, Kementeran Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Puan Yang Terutama, Rahima Kandahari, Timbalan Penolong Setiausaha bagi Hal Ehwal Sains, Teknologi dan Angkasa, Biro Hal Ehwal Lautan, Alam Sekitar dan Saintifik (OES), Amerika Syarikat. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pengerusi Kebangsaan COSTI ahli-ahli Negara ASEAN dan juga wakil-wakil dari agensi dan kedutaan ahli-ahli Negara ASEAN. 

Semasa Mesyuarat AUSCST-11, Yang Mulia Setiausaha Tetap dalam ucapannya menekankan kepentingan penglibatan aktif dan perbincangan terbuka di kalangan ahli-ahli Negara ASEAN dan menyatakan bahawa Amerika Syarikat telah menjadi rakan kongsi yang tidak ternilai dalam memajukan sains, teknologi dan inovasi di Rantau ASEAN. Inisiatif bersama seperti Underwriters Laboratories (UL) - ASEAN-U.S. Science Prize for Women, Women in STEM Webinar Series, AI Guideline dan Policy Brief: Strengthening ASEAN Women’s Participation in STEM telah memberikan kesan yang bermanfaat bagi ahli-ahli Negara ASEAN. Dengan sokongan dari Amerika Syarikat ini telah membentuk landskap sains dan teknologi dengan lebih ketara dan mengukuhkan usaha kerjasama untuk memberi manfaat bukan sahaja kepada rantau ASEAN tetapi juga komuniti global.

Antaralain perkara-perkara yang telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut adalah mengenai perkembangan dasar sains, teknologi dan inovasi terkini dan pengemaskinian dasar ASEAN dan Amerika Syarikat, dalam meneroka pensejajaran aktiviti Kerjasama dan juga peluang kerjasama masa depan terkini. Turut dibincangkan semasa mesyuarat adalah mengenai cabaran dalam pembinaan industri yang pesat serta perkongsian dalam menangani isu-isu tersebut secara kolektif dan sejajar dengan Pelan Tindakan ASEAN mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (APASTI) 2026-2035 yang sedang dalam pembangunan.

Pada hari kedua selepas persidangan AUSCST-11, delegasi-delegasi dari ahli-ahli Negara ASEAN telah membuat lawatan kerja ke Ladang Chesapeake untuk membuat pemerhatian dan menerokai inisiatif kemampanan dan kimia hijau Syarikat Corteva Agriscience termasuk U.S. EPA Reduced Risk Pesticide Program dan Penyuntingan Gene dengan teknologi CRISPR-Cas9. 

Acara sampingan pada hari terakhir telah dihoskan oleh U.S. ASEAN Business Council (US-ABC). Antaralain perkara-perkara yang diketengahkan ialah Tinjauan Genomik dan Sesi Pelaburan dan juga sesi Artificial Intelligence (AI) Roundtable dimana semua ahli-ahli Negara ASEAN mengongsikan perkembangan AI di negara masing-masing dan juga meneroka peluang kerjasama dengan US-ABC dalam Pembangunan AI. Acara diakhiri dengan Makan Malam Gala yang diadakan di The Army & Navy Club, Washington D.C.



Attachments