Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Khamis, 18 Januari 2024 - Lawatan Kerja Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Ke Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) dan Cyber Security Brunei (CSB), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC)
Seramai 15 orang Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) telah mengadakan lawatan ke Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) dan Cyber Security Brunei (CSB), pada hari Khamis, 18 Januari 2024 di Bandar Seri Begawan. 

Tujuan lawatan-lawatan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) adalah sebagai wadah percambahan minda dan bertukar-tukar buah fikiran bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) untuk mencergaskan lagi digital tranformasi di sektor kerajaan, serta melihat secara lebih dekat lagi akan kebolehahan dan usaha lanjutan didalam menangani ancaman keselamatan siber Negara Brunei Darussalam melalui pendekatan Whole of Nation. 

Lawatan ke Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) 

Program lawatan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dimulakan di Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) yang mana ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Amirul Hayat bin Pengiran Haji Yussop, Pemangku Pengarah Pusat Kebangsaan EKerajaan (EGNC). Antara perkara-perkara yang disampaikan adalah mengenai pengenalan dan pencapaian Jabatan, usaha-usaha dan perancangan penambahbaikan serta perkembangan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC). 

Semasa lawatan tersebut, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara juga berkesempatan untuk mengetahui lebih dekat mengenai inisiatif-inisiatif dan perancangan yang dibuat selaras dengan Pelan Strategic EGNC dan seterusnya mengadakan lawatan ke Network Operation Centre (NOC) bagi melihat secara dekat kerja pemantauan perkhidmatan-perkhidmatan gunasama EGNC yang beroperasi 24 jam sehari.

Lawatan ke Cyber Security Brunei (CSB) 

Rombongan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara meneruskan lawatan ke Cyber Security Brunei (CSB), iaitu agensi Keselamatan Siber Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. 

Program lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Mulia Shamsul Bahri Haji Kamis, Pesuruhjaya Interim Cyber Security Brunei, dan diikuti dengan taklimat pengenalan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan CSB, Perintah Keselamatan Siber, Penilaian Keterdedahan dan Ujian Penembusan, Kesedaran & Jangkauan, dan E-Pembelajaran untuk Persekitaran Keselamatan Maklumat (ELISE). 

Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) kemudian berpeluang untuk menyaksikan pameran dan meninjau dengan lebih dekat lagi inisiatif-inisiatif CSB dalam menyebarkan kesedaran keselamatan siber di seluruh negara dan pengenalan mengenai Identiti, iaitu aplikasi identiti digital yang menggunakan teknologi blockchain

Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Negara (MMN) juga berkesempatan untuk melawat Makmal Forensik Digital Kebangsaan (NDFL) bagi memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang alat-alat yang digunakan oleh penganalisis forensik digital untuk mengusahakan bukti elektronik. 


- TAMAT -



Attachments