Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Sabtu, 23 Mac 2024 - Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil Di Kubah Makam Diraja Bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya bagi Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masehi
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah  sempena bulan Ramadhan 1445 Hijrah bersamaan 2024 Masihi bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan Bacaan Surah Yasin dan seterusnya tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Saufi bin Haji Suhaini, Pegawai Hal Ehwal Masjid dari Jabatan Hal Ehwal Masjid.

Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja merupakan acara keugamaan tahunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dan memperolehi ganjaran pahala berlipat ganda serta keberkatan dari Allah Subhanahu Wataála.

Turut hadir ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Eksekutif, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya.


-TAMAT-

Disediakan oleh:
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam
Web : www.mtic.gov.bn
E-mel: info@mtic.gov.bn
Instagram : @mtic.bn​






Attachments