Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Sabtu, 30 Mac 2024 - Majlis Sembahyang Fardhu Zuhur Berjemaah, Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Hari Kajicuaca Sedunia 2024
Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) telah mengadakan Majlis Sembahyang Fardhu Zuhur Berjemaah, Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat pada petang ini sempena sambutan Hari Kajicuaca Sedunia 2024 berlangsung di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Salihin bin Haji Aspar, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.  


Hari Kajicuaca Sedunia disambut setiap tahun pada 23 Mac bagi memperingati berkuatkuasanya konvensyen Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO) pada tahun 1950 yang mana Negara Brunei Darussalam merupakan negara ahli badan saintifik dunia ini di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Hari yang bersejarah ini juga diraikan bagi menghargai sumbangan-sumbangan penting yang diberikan oleh Perkhidmatan-Perkhidmatan Kajicuaca dan Hidrologi Kebangsaan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di seluruh dunia. Pada tahun ini, tema sambutan Hari Kajicuaca Sedunia ialah ‘Di Barisan Hadapan Kepada Tindakan Iklim’ atau ‘At the Frontline of Climate Action’. 
 
Majlis didahului dengan sembahyang fardhu Zuhur berjemaah dan diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil beramai-ramai dan Doa Selamat. 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Kajicuaca selaku Pengerusi Majlis, Ketua-Ketua Eksekutif, Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya. 



Disediakan oleh: 
Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam 
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi 
Negara Brunei Darussalam 
 
19 Ramadhan 1445/30 Mac 2024
Ruj: PREO/PR/01/2024 





Attachments