Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Khamis, 4 April 2024 - Kenyataan Mengenai Kereta Api Rentas Borneo (Trans-Borneo Railway)

KENYATAAN AKHBAR

1. Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam ingin merujuk mengenai perkara Kereta Api Rentas Borneo (Trans-Borneo Railway) yang kuat dibincangkan baru-baru ini termasuk jua di negera-negara jiran melalui pelbagai platform media massa dan media sosial. 

2. Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ingin membuat kenyataan bahawa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak pernah menawarkan atau pun melantik sebarang syarikat tempatan mahu pun dari luar negeri untuk mengendalikan projek berkenaan. 

3. Pada masa yang sama, belum ada sebarang perbincangan rasmi diperingkat kerajaan mengenai perkara tersebut mahupun diantara negeri-negeri dan pihak-pihak yang berkepentingan. Bagi projek yang berskala sedemikian sudah setentunya memerlukan komitmen diperingkat kerajaan masing-masing terlebih dahulu. 

4. Di kesempatan ini, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi juga ingin menyarankan akan pentingnya untuk berhati-hati di dalam membuat kesimpulan, perlu mengkaji dan mengesahkan setiap maklumat yang diterima. Ini penting bagi mengelak salah faham dan mengekalkan kestabilan dan keharmonian masyarakat dan negara. 


Disediakan oleh: 
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi 
Negara Brunei Darussalam



Attachments