Sign In
Mobirise Web Builder
Teks Ucapan Yang Mulia Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan Sempena Majlis Pelancaran Kertas Putih ICT Kebangsaan & Pelan Induk Tenaga Kerja ICT Bagi Negara Brunei Darussalam, 4 Februari 2016, Kementerian Perhubungan

TEKS UCAPAN

AWANG HAJI AZHAR BIN HAJI AHMAD

SETIAUSAHA TETAP

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

 

SEMPENA

MAJLIS PELANCARAN KERTAS PUTIH ICT KEBANGSAAN &

PELAN INDUK TENAGA KERJA ICT

BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

PADA

HARI KHAMIS

4 FEBRUARI 2016 BERSAMAAN 25 RABIULAKHIR 1437H

 

2:30 PM

DEWAN AMAR PAHLAWAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN



Bismillahir Rahmanir Rahim

 

Alhamdullilahi Rabbil `Alameen Wasaalatu Wassalaamu `Ala Asyrafil Ambiae Walmursaleen, Saidina Muhammadin Wa'alaa Aalihiee Wasahbihee Ajama'een

 

Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat,

Menteri Perhubungan

 

Yang Mulia

Ahli-Ahli Pihak AITI, Pengarah-Pengarah dan Pegawai-Pegawai Kanan,

 

Wakil-wakil daripada Industri ICT,

 

Hadirin dan hadirat yang dihormarti sekalian,

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakahtuh, Salam sejahtera dan Selamat Petang,

 

1. Alhamdulilah, kita bersyukur kehadrat Allah Subhanallah Wata'ala kerana di atas limpah, rahmat dan izin Nya jua kita dapat berkumpul pada petang ini di Majlis Pelancaran Kertas Putih ICT Kebangsaan dan Pelan Induk Tenaga Kerja ICT bagi Negara Brunei Darussalam.

2. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato kerana sudi hadir sebagai Tetamu Kehormat untuk majlis petang ini. Kehadiran Yang Berhormat Dato merupakan bukti komitmen dan kesungguhan Yang Berhormat Dato di dalam merencanakan kemajuan ICT di negara ini.

 

3. Sementara itu, kehadiran tetamu-tetamu yang lain hari ini menujukkan sokongan padu dan kerjasama erat di antara Kementerian Perhubungan dan pihak-pihak yang berkepentingan di dalam sama-sama membangunkan industri ICT di Negara Brunei Darussalam. Alhamdulillah dan terima kasih.

 

Yang Berhormat Dato, hadirin dan hadirat sekalian,

 

4. Majlis hari ini menandakan satu lagi pencapaian penting bukan sahaja bagi Kementerian Perhubungan, malah bagi industri ICT di dalam membangun sebuah masyarakat pintar (smart society). Penyediaan Kertas Putih ICT Kebangsaan telah bermula pada September 2014 dan telah siap pada April 2015.

 

Objektifnya adalah untuk menggariskan hala tuju strategik ICT bagi Negara Brunei Darussalam bagi tempoh lima (5) tahun akan datang. Ianya juga memainkan peranan sebagai salah satu enjin bagi membantu negara ini memanfaatkan ICT untuk mempelbagaikan ekonomi, meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP), menaiktarafkan kualiti hidup rakyat, dan membantu untuk mencapai matlamat bagi Smart Society atau Masyarakat Pintar.

 

Yang Berhormat Dato, hadirin dan hadirat sekalian,

 

5. ICT juga merupakan an enabler of innovation. Bagi merealisasikan perkara ini, keperluan tenaga kerja mahir dan bakat ICT adalah salah satu isu yang paling kritikal dan perlu ditangani. Seperti yang sama-sama sedia maklum, kebanyakan perniagaan, baik dalam sektor ICT mahupun sektor ekonomi yang lain, mengalami pelbagai cabaran berhubung dengan tenaga kerja ICT yang professional, berpengalaman dan berkemahiran tinggi.

 

6. Untuk menangani keperluan ini, Kementerian Perhubungan dan AITI telah memulakan kajian untuk membangunkan Pelan Induk Tenaga Kerja ICT Kebangsaan bagi Negara ini. Objektif utamanya adalah untuk menangani isu tenaga kerja ICT dan mengenal pasti strategi bagi mengatasi jurang kemahiran. Penyediaan pelan induk ini bermula pada Julai 2014 dan telah siap pada September 2015.

 

Yang Berhormat Dato, hadirin dan hadirat sekalian,

 

7. Sebelum mengakhiri ucapan saya, saya syorkan industri-industri ICT menjadikan Kertas Putih dan Pelan Induk Tenaga Kerja ICT ini sebagai peluang untuk membuat persediaan ke arah pembangunan industri yang lebih kukuh, berdaya saing dan mencapitalise teknologi baru seperti big or smart data, mobile computing, internet TVs, cloud computing, the Internet of Things (IOT) dan open data.

 

8. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak-pihak daripada agensi kerajaan, institusi pendidikan dan pelbagai sektor industri yang terlibat sepanjang proses penyediaan kedua-dua Kertas Putih ICT Kebangsaan dan Pelan Induk Tenaga Kerja ICT ini. Sokongan serta dedikasi dan komitmen yang berterusan daripada pihak biskita adalah sangat-sangat diharapkan dan dihargai.

 

9. Saya juga inigin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Jawatankuasa Kerja di atas usaha mereka di dalam mengungkyahkan majlis pelancaran ini.

 

10. Sekali lagi, saya ingin menyampaikan penghargaan tulus ikhlas kepada Tetamu Kehormat kita, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Awang Mustappa bin Haji Sirat, kerana sudi menghadiri majlis pada petang ini.

 

Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 


 

Attachments
Speeches