Sign In
Mobirise Web Builder
Mukaddimah Yang Berhormat Dato Menteri Perhubungan Di Bawah Tajuk Jabatan Kementerian Perhubungan Bagi Sesi Majlis Mesyuarat Negara 2016

MUKADDIMAH  

YANG BERHORMAT DATO MENTERI PERHUBUNGAN  

DI BAWAH TAJUK JABATAN KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

BAGI SESI MAJLIS MESYUARAT NEGARA 2016

 

 

 

 

Terima kasih Yang Berhormat Yang DiPertua Dewan,

 

Bismillahi Rahmannir Rahim,

Alhamdulillahi rabbil alamin, Wassalatu wassala mua'ala ashrafil anbia e-wal mursalin wa ala alihi wasahbihi ajamain.

Rabbi Syrahli Saddri, Wa Yassirli Amri, Wahlul uqdatam Milissani, Yafqahu Qaulli.

Yang Berhormat Yang DiPertua Dewan,

Yang Berhormat Menteri Menteri Kabinet

Dan Yang Berhormat Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

 

Assalamualaikum warrahmtullahi wabarkatuh dan Salam Sejahtera.





Yang Berhormat Pehin Pengerusi,

Alhamdulillah, Negara yang berkat ini, Negara Brunei Darussalam, dengan Izin Allah, dan berkat kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, terus kekal menikmati keamanan dan kesejahteraan, dan dapat lagi meneruskan usaha kearah pembangunan negara demi meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan kesinambungan kesejahteraan generasi yang akan datang.

Kaola, bagi pihak seluruh warga Kementerian Perhubungan, merakamkan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas kurnia perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam, bagi satu anggaran peruntukan belanjawan sebanyak B$ 68.5 Juta (B$ 68,545,090.00) bagi tahun Kewangan 2016/2017 untuk diamanahkan kepada Kementerian Perhubungan dan Jabatan Jabatan dibawahnya bagi tujuan untuk melaksanakan program pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Dari peruntukan ini sebanyak $ 42.6 juta dikhususkan untuk pembayaran Gaji Kakitangan; sebanyak $17.4 juta untuk perbelanjaan operasi atau perbelanjaan Berulang-ulang; dan sebanyak $ 8.5 juta diperuntukan untuk perbelanjaan khas, khususnya bagi pembaik-pulih prasarana dibawah Jabatan Laut, Jabatan Pelabuhan dan Jabatan Penerbangan Awam.

Hasil pendapatan tahunan yang dikutip oleh Jabatan-Jabatan dibawah Kementerian Perhubungan ialah antara $ 75.1 juta pada tahun 2013/2014 dan meningkat kepada $ 98.5 juta pada tahun 2014/2015.

Sumbangan Sektor Perhubungan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) hanyalah sebanyak 3 peratus ia itu kira-kira $600 juta lebih setahun.

 

 

Yang Berhormat Pehin Pengerusi,

Alhamdulillah Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam masih mampu mengadakan anggaran belanjawan yang agak tinggi, terutama kalau dilihat dari segi per capita spending.

Sungguhpun demikian, kita peka kepada impak ekonomi global yang tidak menentu, terutama dengan suasana persaingan harga minyak dan gas antarabangsa yang begitu sengit, yang bakal menjejaskan kestabilan fiscal negara.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Perhubungan menjunjung titah-titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Bagainda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bagi Kerajaan Baginda memberi focus sepenuhnya kepada menggiatkan sektor swasta untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan generasi akan datang. Insya Allah, Kementerian Perhubungan akan meneruskan sikap berjimat cermat, dengan memberi sepenuh perhatian kepada prestasi meningkatkan produktibiti dan menghindarkan sebarang pembaziran dalam rangka performance budgeting serta akan mengambil sikap sebagai pemudah cara atau facilitator dalam semua aspek pengurusan demi kepentingan rakyat.

 

Yang Berhormat Pehin Pengerusi,

Sektor Perhubungan memainkan peranan penting dalam mendokong pembangunan dan perekonomian negara yang dynamic, resilient, dan kempetitif.

Ini ada hubung kaitnya dengan apa yang dipanggil sebagai mobility atau movement of people, goods and services.

Setiap ekonomi yang dinamik mempunyai system perhubungan yang efficient bagi keperluan rakyat dan penduduk untuk menjana masyarakat yang dinamik menjelajahi dan merantau dimerata tempat meluaskan pasaran untuk mencari nafkah dan mencari mata pencarian.

Setiap barangan dan perkhidmatan perlu kelangsungan laluan yang lancar tanpa halangan dari satu tempat ketempat yang lain menuju destinasi.

Dapat kita simpulkan bahawa antara faktor penting dalam aspek mobility dan perhubungan ialah 'kesaling-hubungan' atau connectivity dengan rangkaian perkhidmatan pengangkutan yang meluas.

Ini bukan hanya dalam konteks pengangkutan awam dalam negara sahaja, tetapi juga connectivity antara Negara Brunei Darussalam bersama negara-negara luar melalui penerbangan awam dan perkapalan.

Faktor kedua yang pentingnya negara mempunyai sistem perhubungan dan Pengangkutan Awam yang reliable, baik pengangkutan udara, laut dan darat. Reliability atau sistem pengangkutan yang tepat dan boleh dipercayai, diasaskan kepada perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan yang berterusan dan tidak tergendala, atau boleh diharapkan sebagai aspek penting dalam urusan seharaian.

Melihat kepada faktor-faktor ini, dan adanya sistem perhubungan, pengangkutan dan perkapalan yang efficient dan selamat, kaola percaya ianya akan membukakan lagi ruang-ruang pasaran atau creating economic space, dan menggalakkan perdangangan dan pelancongan dinegara ini.

Disamping itu sistem pengangkutan yang reliable juga akan dapat membantu rakyat dan penduduk di negara ini untuk mencari peluang-peluang pekerjaan, (terutama lepasan sekolah, yang belum mempunyai kenderaan sendiri) dan juga dapat mengalas tekanan daripada kesempitan keluarga.

Sehubungan dengan itu Kaola percaya, sektor pengangkutan berpotensi untuk diangkat sebagai salah satu economic fundamental yang penting yang mampu untuk menjana ekonomi yang vibrant dan competitive.

Kearah ini, sebagai kesinambungan kepada perancangan strategik 2008 – 2017, Kementeraian Perhubungan akan memberi tumpuan kepada lima (5) keutamaan seperti berikut :-

 

Keutamaan Pertama ialah Mengambil strategi pengurusan yang berfokus kepada pelanggan – atau Customer Focus Strategy.  Ini selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 25 pada tahun 2009 supaya rakyat Baginda mengubah minda untuk mempergiatkan pertumbuhan ekonomi.

Memandangkan kepada cabaran ekonomi yang dihadapi ketika ini, dan selaras dengan dasar kerajaan pro business untuk berhijrah dari  bergantung sepenuhnya kepada pendapatan minyak dan gas, Kementerian Perhubungan telah mengambil strategi untuk memfocus kepada Pelanggan.

Dibawah Strategi ini Jabatan-Jabatan dibawah Kementerian Perhubungan, selaras dengan peranan mereka sebagai 'facilitator' akan lebih peka kepada keperluan dan expectation orang ramai, memahami cita rasa dan aspirasi mereka, dan membentuk hubungan yang serasi dan pengurusan yang mesra pelanggan.  

Front End process, dan Tekad Pemedulian Orang Ramai akan lebih telus dan accountable dengan tujuan untuk memudah cara, meningkatkan integrity, dan prestasi kutipan hasil kerajaan dan mengurangkan tunggakan.

 

2.           Keutamaan Kedua ialah Mengukuhkan regulatory framework dengan mengemaskinikan undang-undang dan peraturan dalam perhubungan, dengan tujuan untuk melahirkan sistem pengangkutan awam yang teratur, berdisiplin dan selamat.

Dalam konteks ini, Kementerian Perhubungan telah mengambil langkah-langkah berikut:-

1. Mengemaskinikan Perundangan atau Akta Penerbangan Awam bagi menepati kehendak piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (atau International Civil Aviation Organisation).

Pengemaskinian Akta Penerbangan Awam ini juga bertujuan untuk menggariskan dengan jelas perbezaan peranan yang diambil oleh Jabatan Penerbangan Awam sebagai Pengawalselia atau Regulator, Pengurusan Lalu Lintas Udara atau Air Traffic Management dan sebagai Airport Operator serta membentuk satu Badan Penyiasatan yang autonomous atau berkecuali.

 

Jabatan Penerbangan Awam berhasrat untuk mensasarkan usahanya menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei antara yang 100 yang terbaik mengikut Skytrax World Airport Ranking, dengan pengurusan  perkhidmatan dan prasarana yang selamat, efisien, moden dan selesa, mengikut amalan terbaik dan memenuhi kehendak piawaian antarabangsa.

 

2. Disamping itu pembentukan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan, atau Maritime and Port Authority, sedang dalam proses yang nanti akan men'stream-line' pengurusan sistem perkapalan dan pelabuhan, serta menggariskan dengan jelas peranan antara regulator dan operator.

Sektor maritim adalah disasarkan untuk menjana suasana yang kondusif bagi pertumbuhan industri maritim, dan mempastikan sistem perkapalan dan pengawalan alam sekitar yang selamat.


3. Ketika ini Kementerian Perhubungan juga sedang mengkaji kesesuaian untuk membentuk satu Badan Berkuasa Pengangkutan Darat atau Land Transport Authority, dengan menilai keperluan dan kesesuaian bagi satu badan berkuasa, sebagai regulator untuk mengawalselia dan memperluaskan sektor pengangkutan darat khususnya teksi dan bas awam.

 

Kearah ini, Jabatan Pengangkutan Darat telah mengambil pendekatan dengan berstrategikan focus pelanggan, untuk meningkatkan reliability dan connectivity pengangkutan bus awam secara meluas, yang akan mendorong kepada peningkatan pergerakan, pelancongan dan pertumbuhan ekonomi.

 

Kementerian Perhubungan juga sedang berusaha untuk memperbaiki perkhidmatan teksi dengan pengenalan sistem teksi bermeter, tempahan melalui sistem ICT, dan struktur tambang yang terkawal dan kompetitif.  Ini diharap akan meningkatkan lagi keyakinan terhadap perkhidmatan teksi negara, dan memperbiki imej negara dimata orang ramai khususnya pelawat pelawat yang melancong ke negara ini.

Beberapa sesi dialog dan perbincangan bersama pengusaha-pengusaha teksi telah diadakan dan apa yang dihasratkan adalah bagi para pengusaha teksi dapat memperluaskan sumber pendapatan mereka melalui dasar perlesenan yang flexible yang membolehkan teksi negara memberikan pelbagai perkhidmatan selain daripada perkhidmatan teksi.

 

3.           Priority ketiga ialah untuk mencapai keberkesanan dan cost effectiveness dalam pengurusan khususnya dalam rangka PPP atau Pengkorporatan.

Perkara ini berhubung kait dengan kapasiti Jabatan dalam pemberian perkhidmatan dimana permintaan orang ramai semakin bertambah.

 

Dua aktibiti khusus yang menjadi sasaran ialah Penswastaan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan atau Outsourcing of Vehicle Inspection Services dan Pengkorporatan Pengurusan Pelabuhan di Muara.

Penswastaan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan dihasratkan untuk mengongsikan tanggungjawab dalam memestikan roadworthiness setiap kenderaan kepada bengkel-bengkel dalam Class A dengan mengambil kesempatan dari excess capacity yang terdapat di bengkel-bengkel tersebut.

The value change atau faedah dari pendekatan ini ialah pemeriksaan kenderaan yang rapi dan berkualiti, penjimatan susbsidi kerajaan terutama dari perbelanjaan pemeliharaan dan meringankan beban pemeriksaan kenderaan yang juga semakin bertambah.

Sementara itu Jabatan Perkhidmatan Pos juga tidak akan ketinggalan untuk membuat perubahan untuk sentiasa relevant dalam menangani cabaran perkembangan pos masa kini.

Jabatan Perkhidmatan Pos akan mengambil kaedah 'enterpreneural management' untuk mempelbagaikan perkhidmatan yang menjurus kepada e-commerce dan penghantaran barangan melalui pos bagi menggalakkan perniagaan komuniti setempat dan perhubungan pos sejagat yang dipercayai, selaras dengan komitmen Kesatuan Pos Sedunia dan Universal Service Obligation.

Antara perkhidmatan yang dipertimbangkan ialah V-Post atau Virtual Post untuk menyalurkan pesanan-pesanan melalui e-commerce yang ketika ini disalurkan melalui pos-pos di negara jiran.

 

4. Keutamaan Keempat ialah Peningkatan Infrastruktur –Kementerian Perhubungan akan terus berusaha untuk menaik taraf prasarana perhubungan dengan tujuan untuk memperluaskan lagi kapasiti dan meningkatkan kelancaran laluan dalam perhubungan. 

1. Antara projek yang diungkayahkan dibawah Kementerian Perhubungan ialah peningkatan Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, dengan tujuan untuk membolehkan pesawat yang bersaiz besar terutama pesawat cargo untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

2. Satu lagi projek yang akan diusahakan ialah Pembesaran Pelabuhan Muara untuk memuatkan banyak lagi kapal untuk berlabuh ditempat berkenaan.

Jabatan Pelabuhan berperanan untuk mendokong pertumbuhan ekonomi melalui sistem pelabuhan dan logistic yang cekap dan berdaya saing bagi kelancaran pergerakan pelancong dan kargo.

Dengan meningkatnya perdagangan antarabangsa dan pasaran yang terbuka dirantau Asia, Pelabuhan Muara perlu menempatkan dirinya sebagai salah satu pelabuhan yang strategic, bagi mengambil faedah dari kegiatan perkapalan dan penghantaran container atau cargo yang dijangka meningkat dengan bertambahnya permintaan serantau.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Perhubungan juga sedang giat mencari jalan untuk meningkatkan hasil melalui Transhipment, dan berharap untuk bekerjasama dengan pihak Asian Development Bank untuk membuat kajian kearah mengorak strategi meningkatkan potensi tersebut sebagai lanjutan kepada kajian mengenai peluang transhipment antara negara negara BIMP EAGA.


3.    Dibidang ICT, pihak AITI atas dasar ICT White Paper akan berusaha kearah mengembangkan sektor ICT sebagai pemangkin atau "engine of growth" bagi menjana pertumbuhan ekonomi Negara dan memberi perhatian kepada merapatkan jurang digital selaras dengan Wawasan 2035.

 

Kementerian Perhubungan ingin menggalakan Syarikat-Syarikat Telekomunikasi agar terus peka dan responsive kepada meningkatkan usaha ke arah pembenaan prasarana yang menembusi kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman serta kawasan-kawasan Rancangan Perumahan Negara.

 

 

5.  Keutamaan yang kelima ialah Health, Safety and Environment. Dalam usaha Kementerian ini untuk memastikan keupayaan memudahcara aktiviti-aktiviti perekonomian, isu keselamatan tidak diabaikan. Antara tujuan yang ingin dicapai ialah  untuk membudayakan  aspek-aspek keselamatan, kesihatan dan penjagaan alam sekitar dalam pengurusan sistem pengangkutan awam.

Kearah ini Kementerian Perhubungan telah menubuhkan Bahagian Keselamatan dan Siasatan yang berfungsi sebagai badan untuk membuat penyelarasan dan penyelidikan mengenai seluruh aspek keselamatan dan penyiasatan dalam sistem pengangkutan awam.

Berhubung dengan keselamatan motor sangkut di Negara ini, sukacita jua kaola memaklumkan mengenai penetapan satu Domestic Class sebagai piawaian perahu-perahu tempatan. Ini bertujuan untuk memastikan perahu-perahu yang dibina mengikut piawaian-piawaian dan standard keselamatan yang ditetapkan.

Sementara itu, Jabatan Kajicuaca juga tidak ketinggalan dalam berusaha untuk meningkatkan kapasiti dalam memberi perkhidmatan menyediakan maklumat cuaca dan iklim yang tepat untuk keselamatan penduduk dan rakyat di Negara ini.

 

Yang Berhormat Pehin Pengerusi,

Dengan peruntukan yang diluluskan bagi Kementerian Perhubungan, Alhamdullilah, semua perancangan yang telah dan sedang berjalan ketika ini akan dapat diteruskan untuk kemudahan rakyat.  Kementerian Perhubungan akan terus melaksanakan projek-projek strategik sebagai usaha berterusan kearah kemajuan ekonomi dengan membuka ruang-ruang perdagangan (creating economic space), meningkatkan ketahanan ekonomi (economic resilience), dan menggalakkan persaingan ekonomi yang mampan (Economic Competitiveness). 

 

Dalam memikul tanggungjawab ini, Kaola amatlah menjunjung kasih setinggi tingginya titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baingda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam terutama pada memastikan kesinambungan pembangunan  dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam berdasarkan Melayu Islam Beraja, aman makmur dibawah payong permintahan Baginda, Negara Brunei Darussalam Baldatun Tayyibatun Warrbun Ghafor.

Sekianlah  sahaja yang Kaola dapat bentangkan mengenai agenda dan perancangan Kementerian Perhubungan dan mudah-mudahan ianya mendapat restu dan endorsement dari semua Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

 

Sekian. Wabillaitaufiq Wal hidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarkatuh.


Attachments
Speeches