TEKS
UCAPAN
YANG
BERHORMAT
DATO
PADUKA AWANG HAJI MUSTAPPA
BIN
HAJI SIRAT
MENTERI
PERHUBUNGAN
SEMPENA
'TELBRU
2ND GRADUATION CEREMONY'
PADA
HARI
RABU, 27HB APRIL 2016
BERTEMPAT
DI
DEWAN
PERSIDANGAN UTAMA
PUSAT
PERSIDANGAN ANTARABANGSA,
BERAKAS
Bismillahir rahmanir rahim.
Alhamdulillahi rabbil 'alameen,
wassalatu wassalamu 'ala asyrafil anbiyaaiwal mursaleen. Sayyidina Muhammadin wa'ala aalihi wasahbihi ajma'een.
Rabbi Syrahli Saddri, Wa-Yassirli Amri, Walul ukh-datam Millisani, Yaf-qahu qaulli.
Yang Mullia
Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohammad Hanifah, Timbalan Menteri Kewangan dan
Pengerusi Telekom Brunei Berhad (TelBru),
Tuan David Kay,
Ketua Pegawai Eksekutif, TelBru
Ahli-ahli Lembaga Pengarah TelBru,
Para Pegawai yang diraikan, serta hadirin dan hadirat sekalian,
Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh dan Salam sejahtera,
1. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan David Kay, kerana menjemput saya untuk hadhir dan memberi ucapan di Majlis Konvokesyen Kedua Telekom Brunei Berhad.
2. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah/ kepada semua penerima sijil, atas kejayaan mereka/ dan saya berharap/ segala latihan dan kemahiran yang diperolehi akan dapat memperluaskan lagi prospek kerjaya dalam bidang masing-masing.
3. Kementerian Perhubungan/ menghargai sumbangan Syarikat Telekom Brunei kepada pembangunan modal insan, melalui penyusunan program-program peningkatan capacity yang rapi dan memenuhi rangkakerja kompetensi (industry competentcy framework) dalam bidang telekomunikasi.
4. Strategi ini saya yakin/ akan menempatkan Syarikat Telbru di posisi yang kuat dan stabil/ untuk menghadapi persaingan dan pergolakan teknologi dimasa akan datang.
Hadirin dan hadirat sekalian,
5. Telekom Brunei Berhad adalah salah satu agensi kerajaan yang awal diswastakan, kira-kira 10 tahun yang lalu, dengan tujuan untuk memperbaiki lagi sistem pengurusan melalui kaedah corporate management untuk memberikan perkhidmatan telekom yang cekap dan berkesan dan meningkatkan hasil pendapatan negara.
6. Sebagai Public Goods and utilities, perkhidmatan perhubungan dan telekom menjadi asas penting kepada kesejahteraan dan pembangunan masyarakat yang dinamik. Bukan sahaja sebagai sumber perhubungan, tetapi juga sebagai sumber intellect dan maklumat melalui apa yang kita kenal sebagai ICT.
7. Trend ini telah juga membentuk tamadun masyarakat yang berilmu (knowledge based society) dalam semua kegiatan manusia, sama ada ekonomi, pengurusan, perundangan dan sebagainya.
8. Permintaan orang ramai terhadap perkhidmatan telekomunikasi yang cekap dan berkesan/ juga terus menjulang tinggi/ supaya mereka dapat bersaing dan sentiasa bersedia untuk memberikan yang terbaik.
9. Dalam konteks ini, kita bangga melihat Telekom Brunei Berhad terus berada dibarisan hadapan/ dalam pemberian perkhidmatan yang berkesan,/ menyahut wawasan negara/ untuk membentuk rakyat dan masyarakat yang pintar dan berilmu pengetahuan.
10. Di sinilah masanya kita meletakkan keyakinan kita terhadap pertumbuhan sektor swasta, dan memanfaatkan kaedah penswastaan dinegara ini.
11. Objektif utama ialah untuk menjaga kepentingan jangka panjang negara (the long term interest of the country) seperti yang ditekankan dalam belanjawan negara tahun ini, ia itu mengukuhkan iklim perekonomian bagi mendokong pembangunan berterusan.
12. Sebagai agensi Kerajaan yang bertanggungjawab keatas dasar dan perkembangan ICT di Negara ini, Kementerian Perhubungan terus memberi penekanan kepada kestabilan pasaran dan perkembangan sektor ICT, serta pembangunan yang seimbang (balanced development).
13. Ke arah ini Kementerian Perhubungan terus berhadapan dengan beberapa cabaran, antaranya, ialah aliran teknologi yang terus berkembang (atau rapid change of technology) dan realitinya, bahawa negara kita terus berada sebagai pengguna (atau receiving end of technology and not as a solution provider).
14. Tanpa menumpukan perhatian kepada research and development, Harta Intelek (Intellectual Property) berunsur ICT yang direkodkan di Negara ini masih ditahap yang rendah.
15. Sementara Telbru terus memainkan peranan yang penting, pada masa yang sama, kita juga harus peka bahawa perkembangan ditempat lain adalah jauh lebih impressive dan inspirational.
16. Ini jelas dalam aspek penguasaan teknologi dan solution provider.
17. Lebih tiga dekad dalam perkhidmatan telekomunikasi, Negara Brunei Darussalam sudah terbiasa dengan perkembangan teknologi telekom.
18. Pada tahun 90-an, melalui Jabatan Telekom Brunei, kita telah mencapai kadar penembusan telefon rumah hampir 100%.
19. Kita juga adalah pengguna awal teknologi terkini seperti Next Generation Network (NGN ), Fiber- to-the - Home (FTTH), rangkaian dan perkhidmatan 4G- LTE.
20. Namun kita belum memanfaatkan sepenuhnya pelaburan dan prasarana yang ada yang boleh membawa kita ketahap negara maju atau negara pengeluar.
21. Ini saya khuatir akan membawa impak yang signifikan terhadap jurang digital atau digital divide yang semakin ketara di negara ini.
22. Masih banyak lagi yang perlu diberi perhatian.
23. Access to Internet terutamanya di kawasan luar bandar, dan Universal Connectivity di kalangan rakyat di Negara ini, adalah satu cabaran yang akan membezakan perkembangan di negara ini dengan negara-negara yang membangun.
24. Sudah ada gelombang baru ataupun "New Wave", dengan munculnya smart technologies, yang memberikan makna baru (redefining moment) kepada penggunaan teknologi dan perhubungan masa depan.
25. Konsep Internet of Things (IOT) sebagai contoh, dimana peralatan-peralatan penting seperti kenderaan, pengangkutan awam, peralatan rumah dan sebagainya akan dilengkapi dengan teknologi digital dan keupayaan ICT seperti GPS, sensors, alat pengesan, data storage dan connectivity.
26. Suasana ini dijangka akan muncul menjelang tahun 2025, dan dianggarkan dunia akan mempunyai kira-kira 100 bilion sambungan (ataupun connections).
27. Melalui sambungan tersebut, kira-kira 55% adalah melalui aplikasi perniagaan seperti retail, traffic management, yang membawa concept connected nations, smart society dan juga smart manufacturing.
28. Manakala 45% yang lainnya pula, adalah applikasi-applikasi pengguna seperti smart home, connected cars, intelligent shopping, keselamatan, wearables, health surveillance dan banyak lagi.
29. Pakar-pakar industri juga meramal 5G dan Big Data akan menjadi platform penting bagi kemajuan dan perkembangan Internet Of Things.
Hadirin dan hadirat sekalian,
30. Teknologi seumpama ini akan merubah segalanya. Rangkaian telekomunikasi akan menjadi lebih luas dan kompleks, beberapa penyedia baru akan muncul dengan business model yang lebih inovatif dan mencabar.
31. Connected nations, Smart society dan juga smart nations pasti akan datang.
32. Persoalannya, adakah kita bersedia dengan perubahan ini? baik dari segi dasar, pengurusan, dan mahupun pelaburan kedalam pembinaan infrastruktur baru ini.
33. Kementerian Perhubungan dan AITI akan terus menilai semula keberkesanan dasar pengawalseliaan yang ada sekarang, relevant dengan suasana eko-sistem ICT yang serba canggih.
34. Kita mungkin memerlukan rejim Data Protection yang lebih kukuh untuk melindungi maklumat peribadi yang dihasilkan oleh infrastruktur yang berteknologi tinggi ini.
35. Untuk langkah kehadapan, kita hendaklah meningkatkan usaha kearah pelaksanaan projek Fibre-to-the-Home dan High Speed Broadband melimpasi sasaran 40,000 rumah dan perniagaan pada tahun ini.
36. Kita hendaklah meluaskan Nationwide WiFi TelBru dari 50 lokasi yang ada, yang akan membolehkan semua pelanggan untuk menikmati access to internet bila-bila masa dan dimana jua.
37. Saya juga percaya peningkatan infrastruktur akan membolehkan rakyat di negara ini untuk mencapai kelajuan purata internet yang tinggi dari 10Mbps, untuk setanding dengan negara-negara dirantau ini.
38. Kita juga harus prihatin terhadap isu affordability, atau pengenalan harga yang lebih rendah/ kepada pengguna-pengguna yang di kategorikan sebagai 'light user' yang mana akan juga membolehkan lebih ramai mereka mendapat akses internet pada kadar yang berpatutan.
39. Seterusnya pembangunan kandungan tempatan (local content development) juga adalah penting jika kita hendak melihat penembusan jalur lebar di Negara ini untuk meningkat dimasa yang terdekat ini.
40. Hasrat Kementerian Perhubungan untuk mengurangkan jurang digital juga hanya akan dicapai melalui kerjasama rapat diantara sektor awam dan sektor swasta dengan menempatkan kepentingan sosial dan pembangunan daripada kepentingan komersial.
41. Antara inisiatif yang sedang dipertimbangkan ialah melalui subangan kepada Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision) dan peningkatan accessibility.
42. Saya yakin melalui peluasan infrastruktur dan liputan perkhidmatan, lebih banyak peluang boleh diwujudkan bagi pembangunan ICT enterprises sebagai sektor penting untuk menjana peluang pekerjaan serta pertumbuhan ekonomi di negara ini. Ini selaras dengan wawasan yang digariskan didalam Kertas Putih ICT yang dilancarkan baru-baru ini, sebagai strategi ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035.
Hadirin dan hadirat sekalian,
43. Untuk mengakhiri ucapan saya ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada para graduan sekalian. Saranan saya adalah bagi semua pihak untuk bersedia berhadapan dengan hambatan teknologi dengan lebih berinnovasi bagi meraih peluang di masa akan datang.
44. Ganjarannya, Insha Allah, pasti ada bagi mereka yang bersedia dan dapat mengikuti arus perubahannya. Kebolehan untuk berinnovasi dan kreatif serta realistik akan menjadikan diri kita lebih maju dari yang lain. Semoga kejayaan pada hari ini akan terus mendorong semua pihak kearah pencapaian yang lebih tinggi dimasa akan datang.
45. Sekian WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH