Sign In
Mobirise Web Builder
Teks Ucapan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan, Selaku Tetamu Kehormat Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Kebombaan Dan Kursus Pegawai Rendah, Rabu 11 Januari 2017, Jabatan Penerbangan Awam

TEKS UCAPAN


AWANG HAJI AZHAR BIN HAJI AHMAD

SETIAUSAHA TETAP

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

 

SELAKU

TETAMU KEHORMAT

MAJLIS TAMAT LATIHAN KURSUS ASAS KEBOMBAAN

DAN KURSUS PEGAWAI RENDAH

 

PADA

HARI RABU

11 JANUARI 2017 BERSAMAAN 13 RABIULAKHIR 1438

9:00 PAGI

BALAI BOMBA UTAMA BAHAGIAN PERKHIDMATAN BOMBA LAPANGAN TERBANG, JABATAN PENERBANGAN AWAM

 

 

 

 

Bismillahir Rahmanir Rahim

 

Alhamdullilahi Rabbil `Alameen Wasaalatu Wassalaamu `Ala Asyrafil Ambiae Walmursaleen, Saidina Muhammadin Wa'alaa Aalihiee Wasahbihee Ajama'een

 

Yang Mulia

Awang Mohammad Nazri Mohammad Yusof, Pmk. Pengarah Penerbangan Awam,

Jemputan–Jemputan Khas,

Pegawai–Pegawai Kanan Kementerian Perhubungan dan Jabatan Penerbangan Awam,

Ibu Bapa dan Keluarga Ahli Bomba Pelatih,

Hadirin Hadirat yang saya hormati sekalian

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakahtuh, salam sejahtera dan selamat pagi,

 

PENDAHULUAN

 

1.            Alhamdulilah, kita bersyukur kehadrat Allah Subhanallah Wata'ala kerana di atas limpah, rahmat dan izin Nya jua kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi menyaksikan Majlis Tamat Latihan bagi seramai sepuluh (10) orang Ahli Bomba Pelatih yang telah selesai menjalani latihan Kursus Asas Kebombaan dan bagi seramai lapan (8) orang peserta Kursus Pegawai Rendah Bahagian Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang.


2.     Sebagai sebuah negara ahli kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Negara Brunei Darussalam mempunyai tanggungjawab (obligation) bagi mematuhi dan melaksanakan saranan dan garispandu yang terkandung di dalam Standards and Recommended Practices (SARPs) pada ICAO Annexs samada dalam pemberian atau penyediaan perkhidmatan dan kemudahan.


 3.     Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Annex 14, adalah menjadi keperluan bagi sesebuah Negara ahli untuk menyediakan agensi penyelamat (first responders) yang berkelayakan disamping penyediaan kaedah dan perkakas-perkakas yang bersesuaian dengan tahap perlindungan kebakaran sesebuah lapangan terbang.

 

4.  Bagi konteks Negara Brunei Darussalam, Bahagian Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang di Jabatan Penerbangan Awam adalah merupakan agensi penyelamat yang telah dipertanggungjawabkan bagi memenuhi piawaian yang dinyatakan tersebut bagi memastikan tahap perlindungan kebakaran bagi pesawat-pesawat yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.  Jika bahagian ini gagal berfungsi dengan sempurna, ianya boleh menyebabkan kegagalan untuk memberikan perkhidmatan menyelamat terhadap pesawat-pesawat terbang yang bertolak dan mendarat di lapangan terbang ini dan akan mengakibatkan lapangan terbang ini ditutup dari operasi penerbangan.

 

SARANAN

5.     Saya telah dimaklumkan bahawa Kursus Asas Kebombaan bagi seramai sepuluh (10) orang Ahli Bomba Pelatih yang baru berkhidmat di Bahagian Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang telah dijalankan secara sepenuh masa selama enam (6) bulan berturut-turut manakala Kursus Pegawai Rendah yang telah dijalankan selama empat (4) minggu berturut-turut adalah bagi dua (2) orang Ahli Bomba Kanan yang telah dinaikkan pangkat  sebagai Timbalan Pegawai Balai dan juga bagi enam (6) orang Ahli Bomba Kanan bagi meningkatkan pengetahuan dalam strategi dan teknik menghadapi sesebuah insiden kecemasan disamping mentadbir sesebuah unit di Bahagian Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang.

 

6.       Tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Pegawai dan Anggota Bomba memerlukan kedayatahanan mental dan fizikal dan juga kecekapan untuk berfikir memandangkan mereka bukan sahaja ditugaskan bagi memadam kebakaran dan menyelamat nyawa dan harta benda akan tetapi mereka juga adalah merupakan agensi yang ditanggungjawabkan bagi memastikan keselamatan bangunan-bangunan sentiasa terjamin.

 

7.        Selain daripada faktor tenaga manusia (manpower) dan faktor machine iaitu penggunaan perkakas-perkakas yang bersesuaian, kaedah (method) yang bersesuaian bagi menangani insiden-insiden kecemasan adalah sama pentingnya.  Pengunaan ketiga-tiga faktor Man, Machine dan Method secara harmoni akan dapat memberikan jaminan tahap perlindungan kebakaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.  Dari itu, latihan-latihan kecemasan hendaklah sentiasa dilaksanakan bagi menguji dan mempraktikan standard operating procedures bagi memastikan prosedur berkenaan adalah bersesuaian dengan insiden-insiden kecemasan.

 

 

8.    Apa yang ingin saya tekankan ialah untuk pihak Bomba Lapangan Terbang untuk sentiasa membuat penyelidikan dan mempelajari penggunaan kaedah (method) yang bersesuaian dengan mengambil kira kejadian-kejadian yang berlaku di luar negara dan scenario-scenario kecemasan yang melibatkan pesawat-pesawat terbang.  Dengan adanya pengetahuan itu nanti, ianya dapat membantu dalam menangani dan mengurus sesuatu kecemasan dengan cekap dan teratur.

 

9.   Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta kursus pegawai rendah dan terutama sekali kepada Ahli Bomba Pelatih yang telah tamat kursus asas kebombaan. 


 10.     Saya juga ini merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohammad Nazri Mohammad Yusof, Pmk. Pengarah Penerbangan Awam di atas kesudian menjemput saya selaku tetamu kehormat di majlis ini.

 

11.    Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Jemputan-Jemputan Khas, Pegawai-Pegawai Kanan dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Mudah-mudahan sumbangan yang diberikan ke arah menjayakan majlis ini akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah Subhanahu Wataala jua.

 

Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

Attachments
Speeches