TEKS
UCAPAN
YANG
BERHORMAT
DATO
SERI SETIA HAJI MUSTAPPA BIN HAJI SIRAT
MENTERI
PERHUBUNGAN
SEMASA
MAJLIS
PELANCARAN AL HADID COMMERCIAL DIVING SAFETY SEMINAR
PADA
HARI
SELASA, 19 RABIULAKHIR 1438 /
17
JANUARI 2017, 8:30PAGI
BERTEMPAT
DI
INDERA
KAYANGAN BALLROOM
EMPIRE
HOTEL AND COUNTRY CLUB

ALHAMDULLILAHIRABBIL'AALAMEEN, WASALATUWASSALAMU 'ALAAASYRAFILANBIYAE' WALMURSALEEN, SAYYIDINA MUHAMADDIN WA'ALAAAALALIHIEWASAHBIHIE AJMA'EEN.
RABBI SYRAHLI SADDRI, WAYASIRLI AMRI, WAHLUL UQDATAM MILLISANI, YAF-QAHU QAULI.
Yang Mulia, Pengiran Hjh Reda Farizah Binti Pg Dato Paduka Hj Ismail,
Pengarah Urusan, Al-Hadid Marine Services Sendirian Berhad
Penceramah undangan, Para jemputan dan peserta Seminar, Hadirin dan hadirat sekalian,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera,
1. Alhamdulillah, kita bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala, kerana atas izinNya jua, kita dapat bersama pada pagi ini bagi Majlis Seminar on Commercial Diving Safety yang dianjurkan oleh Al-Hadid Marine Services Sendirian Berhad.
2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Al-Hadid Marine Services atas ingatan baik mengundang saya bagi merasmikan Seminar ini.
3. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Al-Hadid Marine Services, syarikat tempatan pertama yang berkecimpung dalam perkhidmatan commercial diving di Negara Brunei Darussalam. Walaupun baru sahaja ditubuhkan pada bulan September 2014, syarikat ini telah terlibat dalam melaksanakan pelbagai projek yang boleh dianggap 'professionally demanding', termasuklah projek-projek Kerajaan.
4. Seminar ini diadakan tepat pada waktunya apabila kita sedang berhadapan dengan cabaran-cabaran ekonomi antarabangsa yang membawa impak keatas kemajuan dan pembangunan negara. Antara perkara penting yang kita berikan tumpuan dalam hal ini ialah keperluan untuk meningkatkan keupayaan Negara dalam pemberian perkhidmatan-perkhidmatan khusus yang mencabar dan memerlukan kepakaran, tanpa bersandar kepada sumber-sumber dari negara lain.
5. Sebagai sebuah negara pengeluar minyak dan gas, dan dalam usaha Kerajaan ketika ini untuk mempertingkatkan sektor maritim, kita tidak ketandusan idea-idea baru untuk memperluaskan lagi aktiviti-aktiviti perdagangan dan membuka peluang-peluang pelaburan dan pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Dari itu, saya sangat menghargai usaha dan inisiatif Al-Hadid Marine Services dalam mengadakan seminar ini sebagai perintis yang mencetuskan idea-idea dan perkhidmatan-perkhidmatan baru yang boleh diterokai.
6. Seminar ini juga akan dapat meningkatkan kesedaran mengenai bidang commercial diving sebagai satu pilihan kerjaya yang memberi ganjaran yang memuaskan (rewarding) tetapi mencabar dalam pelbagai aspek. Perkhidmatan commercial divers ini juga diperlukan terutamanya oleh sektor maritime, khususnya perkapalan, minyak dan gas, pertahanan dan tidak lupa juga kepada misi kemanusiaan (seperti search and rescue) dan eksplorasi sejarah. [Antara yang menarik adalah seperti underwater photographers, Hazardous Materials (HAZMAT) divers, scientific divers serta naval divers]
7. Dengan bertumbuhnya sektor-sektor berkenaan, maka peluang-peluang pekerjaan sebagai commercial divers bukan hanya terbuka luas di dalam Negara ini sahaja, tetapi juga di tempat-tempat lain.
8. Satu aspek penting yang akan diketengahkan semasa seminar ini ialah mengenai kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (Health, Safety and Environment). Perkara ini bertepatan sekali terutama kepada mereka yang telah berkecimpung dalam bidang ini.
9. Seperti yang kita maklumi, commercial diving services and commercial divers merupakan satu kerjaya yang mempunyai risiko yang tinggi kerana mereka berhadapan dengan suasana yang berlainan, dan terdedah kepada bahaya sama ada yang diketahui mahu pun juga yang diluar jangkaan.
10. Karier ini memerlukan individu berkenaan untuk bertindak mengikut prosedur yang ditetapkan dan prinsip yang mengutamakan keselamatan atau safety first. Sangat jelas disini, keselamatan adalah faktor yang tidak dapat dikompromi dalam commercial diving.
11. Antaranya adalah keperluan untuk memastikan alat kelengkapan seperti breathing apparatus dan communications equipments sentiasa berfungsi dan dalam keadaan baik. Disamping itu, prosedur-prosedur keselamatan yang tertentu hendaklah dipatuhi sambil mempunyai ketahanan fizikal dan mental untuk mereka membuat sebarang keputusan dan bertindak sewajarnya dalam suasana dan persekitaran yang bahaya.
12. Perkara ini perlu juga diketahui oleh mereka yang ingin melibatkan diri sebagai commercial divers, khususnya dikalangan mereka yang sudah mempunyai kepakaran-kepakaran teknikal dalam bidang yang lain.
13. Kearah ini, saya mengambil maklum bahawa Al-Hadid Marine Services menggunakan piawaian dan amalan-amalan terbaik antarabangsa yang ditetapkan oleh badan-badan kerajaan di negara-negara membangun yang digunakan untuk mentadbir aktiviti commercial diving di negara berkenaan, khususnya International Marine Contractors Association di United Kingdom.
14. Dalam hal ini, saya percaya Al-Hadid Marine Services sebagai pioneer dalam commercial diving services, mempunyai kedudukan yang unik untuk bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan kearah mengusahakan satu piawaian khusus yang lebih coherent untuk digunakan sebagai garis pandu bagi commercial diving services di Negara ini.
15. Kementerian Perhubungan menempatkan keselamatan sebagai salah satu strategi utama dalam dasar Peningkatan Sistem Perkhidmatan Pengangkutan Awam. Ini termasuklah memenuhi keperluan piawaian yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa seperti International Civil Aviation Organisation (ICAO) dan International Maritime Organisation (IMO).
16. Kearah ini, Kementerian Perhubungan telah menubuhkan Bahagian Keselamatan dan Penyiasatan (Safety & Investigation Division) yang akan terus memantau kesediaan dan kesiapsiagaan (preparedness and readiness) agensi-agensi dibawah Kementerian Perhubungan dalam menangani sebarang kemungkinan. Perkara ini penting untuk semua pihak memberikan perhatian sewajarnya memandangkan tanggungjawab Kementerian Perhubungan yang melibatkan pergerakan awam secara menyeluruh.
17. Dalam hal ini, sektor maritim juga terus mengalami pelbagai cabaran. Persekitaran maritim terus menghadapi ancaman yang berpunca dari aktiviti maritim sendiri. Antaranya adalah seperti bangkai kapal karam, pembuangan sisa dari kapal dan tumpahan minyak yang dapat menjejaskan keselamatan navigasi perkapalan.
18. Dengan mengambilkira mustahaknya memelihara persekitaran maritim daripada ancaman-ancaman sebegini, keperluan bagi perkhidmatan commercial diving menjadi semakin ketara. Commercial divers berkeupayaan untuk menjalankan kerja-kerja seperti melupuskan bangkai kapal karam, membuat pemeriksaan, menilai serta membaiki kerosakan pada infrastruktur dan bangunan di bawah permukaan laut.
19. Pemeliharaan alam sekitar maritim ini merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Perhubungan kearah memajukan lagi sektor maritim di Negara Brunei Darussalam. Atas tujuan ini, peranan serta tanggungjawab Jabatan Laut dan Jabatan Pelabuhan sedang giat diselaraskan sebagai Authority yang bertanggungjawab membuat perancangan-perancangan untuk lebih memperkembangluaskan sektor maritim di Negara ini secara keseluruhannya.
20. Berlandaskan kepada kepentingan ini juga, saya sangat menghargai inisiatif Al-Hadid Marine Services yang telah dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan dikalangan anak tempatan, dengan adanya professional yang terlatih dan berkepakaran di Syarikat ini. Saya berharap inisiatif ini akan dapat dikembangkan lagi melalui kolaborasi bersama pelbagai pihak termasuk dari agensi-agensi Kerajaan serta institusi pendidikan dan latihan di negara ini.
21. Seterusnya saya ingin mengambil kesempatan bagi mengalu-alukan para penceramah undangan, Mr Abdul Malik, Chairman of Commercial Diving Association Singapore, dan Mr Darren Brunton, Managing Director KB Associates, Singapore.
22. Disini, saya percaya para peserta Seminar serta pihak-pihak yang berkepentingan akan mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi dan meneroka peluang-peluang kerjasama khususnya antara pihak penganjur, penceramah serta dikalangan para peserta sekalian. Saya percaya pengetahuan dan kepakaran yang akan diperolehi ini akan dapat dimanfaatkan dalam usaha kita kearah memajukan sektor maritim di Negara ini.
23. Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.