Sign In
Mobirise Web Builder
Ucapan Alu-Aluan Yang Berhormat Menteri Perhubungan Di Sesi Muzakarah Kementerian Perhubungan Bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2017, Hari Selasa 7 Februari 2017 Di Bangunan Kementerian Perhubungan

UCAPAN ALU-ALUAN

 

YANG BERHORMAT

DATO SERI SETIA HAJI MUSTAPPA

BIN HAJI SIRAT,

MENTERI PERHUBUNGAN

 

DI SESI MUZAKARAH

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

 

BERSAMA

 

AHLI-AHLI

MAJLIS MESYUARAT NEGARA TAHUN 2017

 

Hari Selasa 7 Februari 2017 Jam 8.30 pagi di

Bilik Mesyuarat Al-Mahabbah,

Bangunan Kementerian Perhubungan

 

 

 

 

Bismillahi rahmanir Rahim.

Alhamdulillahi rabbil alamin, wassalatu wassalamu ala asyrafil mursalin sayidinna Mohammadin wa'ala alihi wasahbihi ajamain.

 

Rabbi Syrahli Sadri WaYassirli Amri, wahlal ukhdatam milisani, yaf qahu qauli.

 

Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara;

Yang Mulia Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan

Pengarah-pengarah Bahagian, Ketua-ketua Jabatan dan sekalian yang hadir

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera


PENDAHULUAN:

1.  Alhamdulillah, syukur Kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala, kerana diatas limpah kurnia dan izinNya jua, ketani dapat berjumpa di Sesi Muzakarah antara Kementerian Perhubungan dan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

 

2.  Peramba, Kaola / Saya terlebih dahulu mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat atas lantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negara oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.  

3.  Lantikan Ahli-ahli Yang Berhormat merupakan satu kepercayaan dan keyakinan yang tinggi yang diberikan terhadap kewibawaan dan kepimpinan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memberi sumbangan yang besar dan memberikan yang terbaik bagi kesejahteraan dan keharmonian rakyat dan penduduk dinegara ini.

4.  Pihak Peramba/Kaola/saya bagi mewakili seluruh warga Kementerian Perhubungan siap sedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam melaksanakan tugas dan tanggongjawab yang diberikan.

 

TUJUAN MUZAKARAH:

5.  Seperti pada tahun-tahun yang lepas, Sesi Muzakarah ini merupakan satu platform atau landasan bagi Kementerian ini memberikan penerangan ataupun pendekatan serta penjelasan di samping mengongsikan inisiatif-inisiatif strategik yang disasarkan dan diselaraskan kepada pembangunan Negara khasnya dalam matlamat pencapaian Wawasan Brunei 2035.

 

6.  Peramba kaola berharap sesi ini merupakan a two way process dimana, Kementerian Perhubungan yang banyak terlibat dalam pemberian perkhidmatan (public goods) akan mengetahui lebih dekat lagi akan cita rasa dan aspirasi rakyat dalam mencarta hala tuju Negara bagi menjamim kesinambungan bangsa dan negara yang berlandaskan kepada konsep Melayu Islam Beraja.

 

PENGENALAN TUJUARAH STRATEGIK KEMENTERIAN PERHUBUNGAN:

7.  Seperti yang dimaklumi, dibawah Kementerian ini ada enam Jabatan iaitu:-

  1. Jabatan Pengangkutan Darat;
  2. Jabatan Penerbangan Awam;
  3. Jabatan Laut;
  4. Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan;
  5. Jabatan Perkhidmatan Pos; dan
  6. Jabatan Kajicuaca.
  7. Disamping itu, badan pengawalselia iaitu Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi (Authority for Info-communications Technology Industry – AITI) juga dibawah bidang kawalan Kementerian ini dalam menyelenggarakan hal ehwal ICT dan perkara yang berkaitan.

     

8.  Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa Kementerian Perhubungan kini hampir kepada penghujung tempoh Perancangan Strategik yang pertama yang telah digubal daripada bulan April tahun 2008 hingga April tahun 2017.  Ini merupakan satu peluang bagi Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Negara untuk meninjau lebih dekat pencapaian yang telah diperolehi dan sejauh mana perkara telah ditangani untuk memastikan penduduk Negara terus menikmati kesejahteraan yang kita nikmati selama ini.

9.  Kearah merangka tuju arah strategik Kementerian ini bagi tempoh Perancangan Strategik yang kedua iaitu 2017 hingga 2022 sedang di pertimbangkan dan dihalusi dan ini akan meliputi 5 perkara penting:- 

 

i.  Pertama, Pengurusan yang berfokus kepada pelanggan – atau Customer Focus Strategy

Seperti yang peramba kaola katakan tadi sesi muzakarah ini merupakan two way process dimana MOC akan mengenalpasti hala tuju dan perkembangan sektor perhubungan pada masa akan datang.
 

Di bawah strategi ini Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Perhubungan akan lebih peka kepada aspirasi dan keperluan orang ramai, memenuhi cita rasa dan membentuk hubungan yang serasi dan pengurusan yang mesra pelanggan.

 

ii.  Strategi Kedua ialah mengukuhkan rangkakerja kawalselia (regulatory framework) dengan mengemaskinikan undang-undang dan peraturan dalam pengangkutan dan perhubungan. 

Ini bertujuan untuk melahirkan sistem pengangkutan yang berkesan untuk meningkatkan dan melicinkan lagi pengangkutan awam, barangan dan perkhidmatan. Sasaran utama dalam usaha ini ialah untuk memperbaiki connectivity dan reliability sistem pengangkutan awam. Sasaran riderships untuk meningkat daripada 1.9 juta kepada 3-3.5 juta pada tahun 2020.

Regulatory framework memainkan peranan penting. Peranan communication adalah penting bagi memastikan rakyat mempunyai peluang atau exconpmic activities untuk melibatkan diri dalam kegiatan keusahawanan. Peranan perhubungan dan pengnangkutan memastikan bahawa pergerakan atau mobility setiap penduduk rakyat adalah lebih mudah dan lancar dan kelangsungan itu berjalan tanpa ada halangan.

 

iii.  Strategi ketiga adalah Mencapai keberkesanan dan cost effectiveness dalam pengurusan khususnya dalam rangka Public-Private Partnership (PPP) atau Pengkorporatan.  

Ini merupakan isu yang banyak dibincangkan berhubungan dengan sistem pengurusan MOC untuk menjadi lebih mudah dan merupakan satu approach bagi public dan private sector berkerjasama rapat. Dalam PPP, public sector mempunyai time and space, private sector mempunyai resources. Dalam menghadapi cabaran ekonomi, kerjasama harus dipertingkatkan bagi memnfaatkan resources yang ada.

 

iv.  Peningkatan infrastruktur perhubungan seperti pelabuhan dan lapangan terbang awam.   Ini merupakan usaha yang berterusan dimana MOC akan terus memperbaiki perkhidmatan kepada orang ramai dengan tujuan meningkatknan kegiatan ekonomi.

 

v.  Health, Safety and Environment: Membudayakan aspek keselamatan, kesihatan dan penjagaan alam sekitar dalam pengurusan sistem perhubungan dan pengangkutan.  Ini merupakan satu aspek yang besar memandangkan MOC terlibat dalam pengangkutan yang melibatkan orang ramai. Dalam hal itu, aspek HSE merupakan aspek yang penting.

 

10.  Perancangan Strategik ini nanti juga akan memberi penekanan terhadap pencapaian atau performance based approach Kementerian Perhubungan dalam pemberian perkhidmatan khususnya dalam meningkatkan pergerakan dan mobility rakyat selaras dengan usaha untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.   Ini merupakan satu departure daripada yang dilaksanakan bagi memastikan semua keselesaan ini mempunyai tujuan atau matlamat yang tertentu.

 

Dua perkara yang dipastikan adalah pergerakan ini mempunyai connectivity iaitu destinasi yang bernilai dan reliability dalam meningkatkan pergerakan manusia, barangan dan perkhidmatan.

 

11.  Atas tujuan ini Kementerian Perhubungan akan memberi tumpuan kepada isu-isu keberkesanan sistem pengangkutan awam connectivity dan reliability dalam seluruh sektor perhubungan.   

 

12.  Dengan connectivity dan reliability ini, kepentingan dan sumbangan sektor perhubungan kepada peraktivitian ekonomi di Negara ini akan menjadi lebih substantive.  Our contribution to economic development will be more substamtive, dengan membuka ruang-ruang perniagaan dan menjana peluang pekerjaan dalam memudahcara rakyat dan penduduk untuk mencari pekerjaan dan rezeki.

 

13.  Dalam memberi tumpuan khusus kepada connectivity dan reliability ini, ianya juga menekankan tanggungjawab dan obligasi Kerajaan untuk menyediakan infrastruktur dan sistem pengangkutan yang cekap dan berkesan demi pergerakan manusia, maklumat dan barangan yang akan menjadi sistem dokongan kepada mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035.   Insya Allah perkara ini akan kita bincangkan dengan lebih lanjut mengenai apa sasaran dan matlamat yang dicapai, iaitu dengan pendekatan berasaskan performance based dan bukannya memberi perkhidmatan sahaja, dan setiap sasaran dan matlamat tersebut memberikan benchmark.

 

14.  Disinilah istilah penyediaan sebuah sistem pengangkutan dan perhubungan oleh pihak Kerajaan sebagai fardhu kifayah / satu kewajipan bagi Kementerian Perhubungan kerana pentingnya sistem ini kepada pembangunan sesebuah Negara.  Kebergantungan masyarakat kepada pergerakan manusia, maklumat dan barangan yang lancar adalah urat nadi kepada kualiti kehidupan yang lebih baik.

 

15.  Barangkali untuk membincangkan perkara ini lebih lanjut MOC ada menyediakan satu susnan acara, selepas pembuka kata, mungkin pihak Ahli-ahli akan memberikan sepatah dua kata. 

 

Attachments
Speeches