Sign In
Mobirise Web Builder
Teks Ucapan Menteri Perhubungan Semasa Sambutan Hari Pos Sedunia Ke-143 Tahun, Sabtu 28 Oktober 2017


TEKS UCAPAN 

YANG BERHORMAT
DATO SERI SETIA HAJI MUSTAPPA BIN HAJI SIRAT
MENTERI PERHUBUNGAN,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


SAMBUTAN HARI POS SEDUNIA
KE 143 TAHUN

PADA: 8 SAFAR 1439H / 28 OKTOBER 2017M
BERTEMPAT  DI DEWAN AMAR PAHLAWAN
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN


Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamien, wassalatu wassala Mu ‘Ala Asyrafil
Anbiya Hiwal Mursaleen, Sayyidina muhammaddin, Wa’ala Alihie
Wasahbihiee Ajma’een
Rabbi Syrahli Saddri, Wa Yassirli Amri, Wahlul Uqdatam Milissani, Yafqahu Qaulli.

Yang Berbahagia,
Awang Haji Rozali Bin Haji Saidon,
Pemangku Ketua Pos Agung

Yang Mulia,
Awang Haji Azhar Bin Haji Ahmad,
Setiausaha Tetap, 

Yang Mulia-Yang Mulia,
Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Pegawai dan sekelian yang hadhir yang saya hormati Sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh 
Dan Salam Sejahtera.

1. Terlebih dahulu kita merafakkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan innayahNya jua kita dapat bersama pada petang ini, bagi memperingati Hari Pos Sedunia yang ke 143 tahun.

2. Kita juga bersyukur, kerana sambutan Hari Pos Sedunia kali ini diadakan dalam suasana kita menzahirkan ketaat setiaan kita kepada kepimpinan Raja yang kita kasihi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, sempena Jubli Emas Baginda menaiki tahta.  

3. Alhamdulillah, 50 tahun pemerintahan Baginda, telah mengukuhkan lagi institusi Beraja di Negara ini, sebagai sistem pemerintahan yang unggul, menjamin keamanan dan kemakmuran rakyat, dalam Negara yang berkat, Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafor, sentiasa dibawah keredhaan dan pertunjuk Allah.

4. Saya telah difahamkan bahawa perkhidmatan Pos di Negara ini, adalah diantara perkhidmatan yang tertua, yang telah mencapai umur lebih 111 tahun.  

5. Mengikut sejarahnya, perkhidmatan pos bermula pada tahun 1895, dengan terbangunnya sebuah pejabat pos kecil pertama oleh syarikat yang digelar Borneo Company. 

6. Pejabat Pos Kecil tersebut di bangunkan di Brooketown atau yang sekarang digelar Pekan Muara. 

7. Pada tahun 1906, British Resident sebagai penaung Negara, telah menubuhkan Pejabat Pos Kerajaan dan memberikan perkhidmatannya kepada orang ramai.  Sehinggalah tahun 1984, dimana Jabatan Perkhidmatan Pos di tempatkan dibawah tanggungjawab Kementerian Perhubungan.

8. Sejak penubuhannya, perkhidmatan Pos jelas mencerminkan betapa pentingnya peranan ‘Perhubungan’ dalam kehidupan kita seharian dan dalam segala aspek urusan kerajaan dan negara. 

9. Perhubungan bererti mengekalkan silaturrahim, memupuk perpaduan mesyarakat dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan Negara.
  
10. Di akhir zaman ini, atau apa yang biasa dipanggil sebagai zaman modern, atau dalam era Revolusi Industri Ke 4 (4th Industrial Revolution) kita dihubungkan melalui berbagai sistem perhubungan yang semakin canggih dan pesat. 

11. Ini meliputi sistem pengangkutan laut, darat dan udara serta sistem telekomunikasi. 

12. Sistem ini menawarkan perkhidmatan perhubungan dengan keupayaan dan capacity yang tinggi, lancar dan cepat. 

13. Sebagi contoh, sistem Bullet train, yang bergerak sehigga hampir 300 batu sejam, berupaya mengangkut penumpang dan kargo dengan jumlah yang besar dalam masa yang pendek.  Begitu juga Pesawat Kapal Terbang seperti A380 yang mempunyai keupayaan yang lebih laju, ditambah dengan kebolehan untuk mejelajahi keseluruh pelusuk dunia.  

14. Dalam bidang Telekomunikasi, kita sudah melihat generasi Broadband 5G, yang mempunyai keupayaan untuk menghantar maklumat seperti suara, video dan data dalam masa yang sama atau real-time.

15. Semua Perkembangan ini telah banyak merombak tradisi atau cara dan kaedah pengurusan kita seharian. Sebagai sebuah Negara komuniti antarabangsa, kita akur kepada kenyataan bahawa kita sedang berada dalam dunia global dan persaingan ekonomi yang meluas. 

16. Untuk relevant, kita tidak dapat memencilkan diri, selain dari tergolong kepada usaha kerjasama serantau dan antarabangsa, khususnya ASEAN. 

17. Kita juga sudah mula menghargai apa ertinya connectivity dan reliability sebagai aspek fundamental dalam perhubungan, yang akan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara. 

18. Dengan perkembangan ICT pula, landasan kepada persaingan sudah semakin canggih, pembangunan masyarakat dunia dan taraf kehidupan rakyat sudah semangkin meningkat. 

19. Kita sudah dihurungi oleh masyarakat-masyarakat yang berilmu dan pintar, atau Knowledge Based Societies atau Smart Societies, dan konsep ini diluaskan lagi kepada konsep Smart Nations, atau Negara Pintar. 

20. Begitu juga halnya dengan peranan Kerajaan khususnya Kementerian Perhubungan. Kita sudah mempunyai kewajipan untuk memastikan bahawa setiap penduduk dan rakyat dinegara ini harus mempunyai atau diberi kesempatan atau ‘access’ untuk menerima perkhidmatan berhubungan yang berkesan khususnya sistem pengangkutan dan ICT yang reliable dan berkesan.

21. Dengan yang demikian, saya menyeru kepada seluruh warga Kementerian Perhubungan, dan juga kepada pihak-pihak yang lain, untuk memahami dan menghargai kenyataan ini. Kerana hakikatnya, kalau kita lalai, akan lumpuhlah masyarakat, tanpa daya dan dynamism yang kita idam-idamkan.

22. Persoalannya sekarang, dimanakan pendirian dan survival perkhidmatan pos dalam suasana yang semakin berubah dan mencabar ini? 

23. Adakah dunia harus mengekalkan konsep perkhidmatan pos sebagai public goods dan memegang teguh konsep Kewajipan Perkhidmatan Sejagat atau Universal Service Obligation ?

24. Alhamdulillah hingga ke hari ini perkhidmatan pos masih bertahan untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai. 

25. Tapi apa yang kita lihat sekarang, pergolakan dan dynamism dalam rangkaian logistik antarabangsa akan membawa impak yang begitu drastik dan harus diamat-amati, terutama dengan keadaan ekonomi yang berskala kecil. 

26. Ini nampak sekali dari kritikan orang ramai yang tidak henti-henti mengenai penerimaan mel dan bungkusan yang dipesan dari luar negara. 

27. Mel dan Bungkusan yang terkumpul yang tidak terhantar atau lambat dihantar, adalah musuh (atau worse enemy) dalam perkhidmatan pos. Ini kerana, mel dan bungkusan yang diterima oleh Pusat Memproses Mel dan pejabat pejabat pos diseluruh negara, secara purata, hampir menyecah sepuluh ribu setiap hari. 

28. Jumlah ini sebenarnya tidaklah banyak jika dibandingkan ditempat lain. Walaubagaimanapun, dengan tenaga pekerja yang serba terhad, saja-saja akan menjadi igauan kepada mereka yang dipertanggungjawabkan.

29. Cabarannya, masih banyak yang belum faham dan menghargai apa yang dimaksudkan sebagai connectivity dan reliability perkhidmatan dan betapa pentingnya Kerajaan melalui Kementerian Perhubungan harus menanainya secepat yang mungkin.

30. Mengikut statistik daripada Jabatan Perkhidmatan Pos, penghantaran surat sudah menurun sebanyak 50 peratus, iaitu dari 14.7 juta pada tahun 2000 kepada 7.5 juta pada tahun 2016.

31. Sementara itu penghantaran bungkusan dan paket meningkat lebih 100 peratus, dari 224,000 ribu pada tahun 2000 kepada 490,000 pada tahun 2016.

32. Dalam suasana pertumbuhan perdagangan serantau semakin meningkat, pengangkutan kargo dari negara maju ke negara maju yang lain terus meningkat. Yang ironiknya, penghantaran Kargo kepada ekonomi yang berskala kecil melalui udara atau laut semakin tidak konsisten. 

33. Nyata disini, kita memerlukan strategi, disamping ekonomi yang kuat untuk menarik perkhidmatan kargo dan logistik beroperasi secara reliable dan konsisten ke Negara ini.  

34. Kita perlu mejadikan pelabuhan dan lapangan terbang sebagai hub dengan didokong oleh peluang-peluang transshipment dan FTZ dengan kemudahan Bonded warehouses.

35. Digital economy dan E-Commerce, terus saja mengalami transformasi, melahirkan apa yang dipanggil sebagai disruptive technology, mencabar pihak pengawalselia dalam mengatur sistem perdagangan tradisi, menjejaskan jualan retail dan wholesale.

36. Inilah pentingnya perhubungan dalam menyumbang kepada mesyarakat yang dynamik dan pertumbuhan ekonomi yang maju. Ia berpaksi kepada sistem pengangkutan, sistem pos dan ICT yang cekap dan berkesan.

37. Dari perspektif sebuah kerajaan, perkhidmatan ini kita landaskan kepada aspek accessibility dan affordability sebagai public goods, atau universal service obligation, selagi ianya tidak dapat diserahkan sepenuhnya kepada kuasa pasaran atau market forces.

38. Ini bermakna perkhidmatan Pos masih diperlukan oleh setiap lapisan masyarakat sama ada yang berpendapatan rendah atau sederhana.

39. Melihat kepada perkembangan ini, salah satu strategi yang kita utarakan ketika ini ialah fokus pelanggan. 

40. Sudah masanya Jabatan Perkhidmatan Pos mengadakan innovasi dan mempelbagaikan perkhidmatannya, bukan saja untuk survival keujudannya, tapi juga untuk memahami cita rasa pengguna. 

41. Setiap pembangunan dan perkembangan yang hendak diungkayahkan, harus berinspirasi dari keperluan dan expektasi orang ramai atau pelanggan. 

42. Sebagai service provider, kita tidak boleh segan untuk berhadapan dengan masyarakat luar. Sebarang kritikan yang diajukan hendaklah diterima dengan hati dan minda yang terbuka, dan jangan biarkan semua itu melemahkan keazaman dan memecah belahkan  perpaduan. 

43. Kita jangan sembunyikan apa pun rintihan dan kelemahan, jadikan ia sebagai suntikan semangat dan sumber idea untuk memberi yang terbaik. Setiap masaalah hendaklah ditangani dengan jelas dan tegas

Hadirin dan Hadirat Sekalian;

44. Sebagai pengakhirnya, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Warga Pos yang sentiasa berusaha gigih, komited dan bersemangat dalam menghadapi apa jua cabaran dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang.  

42. Majlis Sambutan pada petang ini juga merupakan satu komitmen berterusan Jabatan Perkhidmatan Pos, dalam memberigakan kepada masyarakat umum keutamaan perkhidmatan perhubungan pos yang mempunyai nilai kepentingannya tersendiri. 

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhi Wabarakatuh

Attachments
Speeches