Sign In
Mobirise Web Builder
Majlis Menandatangani Kontrak Perjanjian Perkhidmatan 'Print and Post' dan Perasmian Hari Pos Sedunia

TEKS UCAPAN 

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong
Menteri Perhubungan

Isnin, 1 Disember 2008 
Dewan Amar Pahlawan, 
Bangunan Kementerian Perhubungan

 

Bismillahirahmanir rahim,

Selawat serta salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam, kaum kerabat dan pengikut-pengikut Baginda yang setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Yang Mulia, Pengerusi Majlis, Awang Haji Abd Kadir bin Tengah, 
Ketua Pos Agung;

Yang Mulia, Dato Paduka Haji Yusoff bin Haji Abdul Hamid, 
Timbalan Menteri Perhubungan;

Yang Mulia, Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, 
Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan ( Group Chairman, DST Groups );

Yang Mulia, Awang Haji Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya DiGadong Seri LelaDato Seri Utama Haji Mohd Taha, Setiausaha Tetap, 
Kementerian Perhubungan;

Yang Mulia, Dato Seri Setia Haji Awang Metussin bin Haji Baki, 
Hakim Mahkamah Syariah ( Pengarah Pengurusan TAKAFUL IBB Berhad );

Yang Mulia, Awang Mutalip Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, 
Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan;

Yang Mulia 
Pengarah-Pengarah Kementerian Perhubungan,

Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, 
Timbalan-Timbalan Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Wakil-wakil agensi Kerajaan dan pihak Swasta, 
Jemputan-jemputan Khas, Para Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabbarakatuh dan SelamatPagi;

Industri Perkhidmatan Pos adalah merupakan salah satu industri yang berkembang di seluruh dunia pada masa ini. Industri ini adalah merupakan sebuah industri yang masih lagi mengekalkan prinsip obligasi sosial seperti yang disarankan oleh Kesatuan Pos Sedunia.

Dalam masa yang sama perkhidmatan pos juga mengalami cabaran-cabaran dan persaingan dalam perkhidmatan kconventional yang diberikannya. Dengan kemajuan, kemudahan serta penggunaan yang meningkat dalam teknologi info-komunikasi, jumlah pengiriman surat melalui pos sudah menurun dan terus membawa trend yang menurun, perkhidmatan penghantaran bungkusan juga menerima persaingan dari perkhidmatan kcourier dan demikian juga perkhidmatan penghantaran wang yang juga menerima saingan dari agensi pengiriman wang ke luar negeri.

Ini mengakibatkan menurunnya pendapatan Jabatan Perkhidmatan Pos.

Perkhidmatan Pos pada asasnya adalah perkhidmatan yang boleh diperkembangkan dengan meluas dan boleh pula mempelbagaikan perkhidmatannya dengan membawa keuntungan kerana kemudahan-kemudahan ' network' yang lebih luas sehingga meliputi kawasan-kawasan yang terpencil berbanding dengan sektor lainnya. Ini adalah merupakan 'kekuatan' (strength) yang jelas yang seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Pos sebagai kelebihan yang ketara.

Sehubungan dengan itu, Sektor Perkhidmatan Pos di negara ini sewajarnya berusaha dengan lebih gigih dengan selalu mereview mereview perancangan strategiknya bagi memantapkan lagi kedudukannya dalam menghadapi cabaran-cabaran serta saingan-saingan yang dinyatakan. Bagi tujuan ini, Jabatan Perkhidmatan Pos haruslah mengenal pasti akan bidang-bidang perkhidmatan yang dilaksanakannya, bersedia membuat perubahan dalam bidang perkhidmatan tersebut dan mencari lagi bidang-bidang perkhidmatan baharu yang boleh diangkat dan dilaksanakannya.

Jabatan Perkhidmatan Pos hendaklah mengambil perhatian yang serius dalam usahanya untuk mempelbagaikan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai supaya peranan dan fungsinya akan tetap ' relevant '.

Ke arah ini beberapa perkara yang saya rasa penting yang perlu diambil perhatian dalam memperkembang dan memperkukuhkan sektor industri pos melalui Jabatan Perkhidmatan Pos di negara ini.

Pertama ialah faktor tenaga manusia yang berkaitan dengan keazaman dan komitmen dari kepimpinan (leadership) membawa kepada pekerja bawahan di Jabatan Perkhidmatan Pos ini untuk membuat perubahan. Selaras dengan misi dan visi Jabatan Perkhidmatan Pos, semua kakitangannya mestilah secara kolektif berazam membuat perubahan minda menjadikan jabatan ini sebuah jabatan yang sustainable dan berdaya saing.

Kedua ialah sentiasa berusaha menjadikan cabaran sebagai peluang-peluang iaitu dengan mengenal pasti akan bidang-bidang baharu yang boleh diteroka dan diusahakan untuk meningkatkan perkhidmatan dan sekali gus menambah pendapatan. Adalah juga mustahak untuk meneliti dan menilai perkhidmatan yang sedang diberikan dan berusaha untuk memberi nilai tambah kepada produk yang ada supaya ianya masih tetap menarik dan mempunyai nilai persaingan. Ini memerlukan pengamalan sikap muhasabah diri.

Ketiga ialah memastikan sistem dan jentera yang membantu mengendalikan perkhidmatan-perkhidmatan berjalan dengan baik, efisien dan teratur. Dalam hal ini jaminan kualiti tidak dapat diketepikan kepentingannya dan hendaklah diambil kira dalam melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan.

Keempat ialah memastikan suasana persekitaran dalam keadaan kemas dan selesa dan mesra pelanggan agar orang ramai dan pelanggan pos dapat merasakan pemedulian yang diberikan oleh kakitangan Jabatan ini.

Perkara-perkara yang saya nyatakan ini adalah selaras dengan semangat ' Empat ' Strategi Pos Nairobi atau ' Nairobi Postal Strategy ' iaitu satu strategi yang menggariskan persediaan industri pos sejagat terhadap cabaran-cabaran yang dihadapi masa kini. Antara isi kandungan strategi tersebut ialah:

( 1 ) Untuk meningkatkan interoperability, kualiti dan efisiensi iaitu 3 dimensi rangkaian pos, yang membawa maksud meningkatkan bidang kerjasama dalam usaha meningkatkan efisiensi dan kualiti semua perkhidmatan dengan pengenalan 'quality of service' dan komunikasi berterusan antara perkhidmatan-perkhidmatan pos;

( 2 ) Untuk mempromosikan perkembangan ekonomi dan sektor pos supaya akan tetap kekal wujud; di mana perubahan ekonomi dunia sekarang yang tidak menentu tidak akan menjadi penghalang kepada kemajuan dan perkembangan perkhidmatan pos. Berbagai usaha mestilah dilakukan untuk mempromosikan perkhidmatan pos agar tetap dapat memenuhi kehendak orang ramai;

( 3 ) Untuk menggalakkan perkhidmatan pos universal yang berupaya menyesuaikan dengan persekitaran teknologi, ekonomi dan sosial yang berubah-ubah. Jabatan Perkhidmatan Pos harus saedar akan kepesatan perkembangan teknologi masa kini dan memanfaatkan segala peluang yang timbul darinya serta pertumbuhan sosial negara; dan

( 4 ) Menggalakkan pertumbuhan perkhidmatan dan pasaran pos; kita mengetahui dunia sekarang mengalami berbagai masalah ekonomi yang tidak menentu. Dalam masa yang sama konsep liberalisasi dan pasaran terbuka sering dilaung-laungkan. Industri Perkhidmatan Pos sememangnyalah harus bersaing dengan lebih agresif disebabkan persaingan yang aktif dari semua sudut. Oleh itu adalah penting Industri Pos yang diwakili oleh Jabatan Perkhidmatan Pos harus bersiap sedia setiap masa dengan lebih inovatif dan kreatif dalam perancangan pelan strategiknya jika untuk terus maju.

Saya pasti orang ramai terutamanya pelanggan-pelanggan pos adalah secara berterusan mengharapkan perkhidmatan yang cemerlang dan bertaraf tinggi dalam pengendalian perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos. Mereka sentiasa mengharapkan perkhidmatan yang diberikan mencapai ekspektasi mereka.

Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan yang berteraskan perkhidmatan-perkhidmatan, seperti yang pernah saya katakan dahulu, Jabatan ini perlu bersikap inovatif dan kreatif dalam pembentukan dan pemberian perkhidmatan-perkhidmatannya supaya dapat memenuhi maksud dan hasrat orang ramai serta pelanggannya agar mereka sentiasa terasa dihargai dan merasa puas hati dengan layanan yang diberikan.

Jabatan Perkhidmatan Pos juga haruslah peka bahawa orang- ramai dan para pelanggannya mempunyai kehendak dan pilihan terhadap perkhidmatan yang diberikan. Produk, harga, dan kualiti perkhidmatan beragensi mestilah bersifat kompetitif, berkesan , dan menarik perhatian mereka kepada segala perkhidmatan yang diberikan.

Saya menaruh keyakinan bahawa Jabatan Perkhidmatan Pos boleh maju di masa akan datang dengan syarat Jabatan Perkhidmatan Pos mesti berusaha dan berikhtiar mencari jalan dan cara-cara yang berkesan untuk memajukan pengurusan dan infrastrukturnya supaya dapat mengikuti perkembangan-perkembangan serta kemajuan-kemajuan yang berlaku sekarang seperti meneroka kerjasama menerusi ' Public-Private Partnership '.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warramatullahi Ta'ala Wabarrakatuh.

DENGAN MELAFAZKAN KALIMAH BISMILLAHI RAHMAHNIR RAHIM, SAYA SUKACITA MERASMIKAN SAMBUTAN HARI POS SEDUNIA DAN PELANCARAN PAKAIAN SERAGAM POSMEN DAN KERANI POS.​

Attachments
Speeches