Sign In
Mobirise Web Builder
Selasa, 24 Mac 2020 - Kenyataan Media Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi di Sidang Media Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam
1.  Dalam  usaha  bersama  membendung  dan  mengurangkan risiko  penularan wabak COVID-19 di negara ini serta sebagaimana jua nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan, beberapa agensi-agensi kerajaan telah menutup kaunter-kaunter perkhidmatan atau memendekkan tempoh perkhidmatan kaunter-kaunter sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

2.  Dalam hal ini, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) ingin menasihatkan dan mengalu-alukan orang ramai untuk menggunakan alternatif kemudahan perkhidmatan kaunter iaitu, melalui atas talian (online services) bagi beberapa perkhidmatan kerajaan tanpa perlu ke kaunter-kaunter perkhidmatan dengan melayari portal rasmi kerajaan iaitu www.gov.bn.

3.  Diantara  perkhidmatan  –  perkhidmatan  yang  ada  terdapat  dalam  portal tersebut adalah antaralainnya seperti:

(i) permohonan membaharui lesen memandu dan lesen kenderaan;

(ii) permohonan lesen bagi membangun rumah;

(iii) permohonan pemasangan eletrik dan air;

(iv) pendaftaran import makanan;

(v) permohonan pekerjaan di perkhidmatan awam dan sektor swasta dan lain-lain.

4.  Proses bagi menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan atas talian (online) ini adalah seperti berikut:

(i) Orang ramai perlu mendaftar masuk (login) menggunakan akaun e-Darussalam.  Akaun  ini  boleh  diperolehi dengan mendaftar secara atas talian (online) melalui laman portal www.gov.bn;

(ii) Setelah  berdaftar,  akaun  e-Darussalam  bolehlah  diaktfikan dengan menghantar gambar mereka dengan memegang kad pintar bersama ke Perkhidmatan Talian Darussalam 123 melalui Whatsapp 8333123 atau emel info@123.com.bn;

(iii) Pemohon hendaklah memastikan gambar yang dihantar adalah jelas; dan

(iv) Pihak  Perkhidmatan  Talian  Darussalam  (TD123)  akan mengaktifkan akaun dengan memastikan nombor kad pintar adalah sama dengan akaun yang didaftarkan dan gambar wajah adalah sama seperti gambar pemegang kad pintar tersebut.

5.  Merujuk  kepada  Kenyataan  Media  (Press Release) yang  dikeluarkan  oleh Jabatan Pengangkutan Darat dan Jabatan Perkhidmatan Pos baru-baru ini mengenai  dengan  pengurangan  waktu perkhidmatan  kaunter dan  nasihat saranan kepada orang ramai bagi membuat permohonan pembaharuan secara atas talian (online) baru-baru ini.

6.  Pada setakat ini, iaitu statistik bagi tahun 2019, permohonan pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan yang dibuat secara atas talian (online) adalah lebih 8,900 permohonan dimana sejumlah lebih 1,130 daripadanya adalah permohonan bagi pembaharuan lesen memandu. Dari segi penghantarannya pula, sebanyak 240 pelanggan telah menggunakan perkhidmatan Pos Laju bagi penghantaran lesen memandu dan lesen kenderaan yang dipohonkan secara atas talian (online). Angka ini adalah rendah dan diharapkan jumlah penggunaan orang ramai secara talian online akan jauh meningkat, terutama sekali dalam situasi yang dihadapi pada ketika ini.

7. Bagi kemudahan orang ramai, perkhidmatan pembaharuan termasuk pembayaran pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan boleh juga dibuat melalui applikasi mudahalih TransportBN.

8.  Bagi maklumat lanjut mengenai proses pengunaan akaun e-Darussalam ini orang ramai bolehlah melayari www.gov.bn atau menghubungi Perkhidmatan Talian Darussalam 123.

 

 

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Bandar Seri Begawan, BB3910
Negara Brunei Darussalam
29 Rejab 1441 / 24 Mac 2020




Attachments
Speeches