Tema : Memajukan Inovasi untuk Pembangunan Penerbangan Global (“Advancing Innovation for Global Aviation Development” : 2020-2023)
1. Industri penerbangan merupakan salah satu komponen utama globalisasi yang berpengaruh dalam menghubungkan dunia melaluinya pergerakan manusia, perkhidmatan dan barangan. Pada tahun 2019, pengangukatan udara sejagat telah mengangkut sebanyak 4.5 billion penumpang dan 61.2 juta ton matrik barangan. Pencapaian ini telah melibatkan seramai 87.7 juta pekerja yang berkhidmat secara langsung mahupun tidak langsung dari industri ini dengan sumbangan kepada kadar Keluaran Negara Kasar (GDP) kira-kira US$3.5 trillion (4.1%) ekonomi dunia. Ini menunjukkan bahawa industri penerbangan memainkan peranan penting dan signifikan kepada kemajuan ekonomi dan sosial dunia.
2. Advancing Innovation for Global Aviation Development adalah tema Hari Penerbangan Awam Antarabangsa bagi tahun 2020 hingga tahun 2023. Tema ini adalah bersesuaian dengan aspirasi Negara Brunei Darussalam yang telah dimuatkan ke dalam Digital Economy Masterplan 2025 iaitu untuk menjadi sebuah Smart Nation melalui Transformasi Digital yang dihasratkan akan memacu dan meningkatkan pertumbuhan sosio-ekonomi negara ini.
3. Penerapan inovasi dan teknologi moden dalam industri penerbangan memainkan peranan utama dalam membantu meningkatkan tahap dan kualiti keselamatan penerbangan. Ini adalah kerana keselamatan boleh mempengaruhi kepercayaan dan keyakinan orang ramai untuk memilih pengangkutan udara sebagai pengangkutan yang selamat dan cekap. Oleh itu, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) melalui Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sentiasa memastikan tahap keselamatan penerbangan dan lapangan terbang sentiasa menurut garis pandu yang dipiawaikan oleh pihak pertubuhan antarabangsa khususnya Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (International Civil Aviation Organisation - ICAO)
4. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk memastikan tahap dan keterjaminan keselamatan penerbangan melalui penggunaan teknologi moden. Ini termasuk:
- penggunaan sistem sekuriti berteknologi terkini; Sistem Pengurusan Keselamatan (Safety Management System);
- menaiktaraf sistem Communications Navigations Surveilance/Air Traffic Management (CNS/ATM) untuk meningkat tahap prestasi Perkhidmatan Navigasi Udara. Selaras dengan Deklarasi Beijing 2018, Asia Pacific, setiap negara-negara ahli kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk komited melaksanakan pengurusan lalulintas udara secara seamless; dan
5. Pada tahun 2016, ACI World Traffic Forecasts (WATF) telah mensasarkan bahawa trafik penumpang akan meningkat pada kadar sebanyak 4.5% bermula 2017 hingga 2040.
Walaubagaimanapun, impak dari penularan COVID-19 telah memberikan kesan sangat ketara terhadap profil sasaran trafik udara global dengan kejatuhan mendadak pada tahun 2020.
6. Menurut jangkaan International Air Transport Association (IATA), trafik udara bagi tahun 2020 menurun sebanyak -66% berbanding dari tahun sebelumnya. Di sebalik penurunan berkenaan, bawaan barangan udara (air cargo) dijangka akan meningkat dan hampir menyamai rekod tahun 2019 menjelang tahun 2021 nanti dengan jangkaan pertumbuhan sebanyak 61.2 juta ton metrik berbanding dengan 61.3 juta ton metrik pada tahun 2019. Jumlah pelancong global pada tahun 2020 (Jan-Mei) menurun sebanyak -56%.
7. Di Negara Brunei Darussalam, seperti negara-negara lainnya, industri penerbangan merupakan industri yang secara langsung mengalami kesan dari pandemik COVID-19. Menurut perangkaan trafik udara bagi bulan Januari hingga Oktober 2020, jumlah pergerakan penumpang udara adalah seramai 416,012 orang iaitu menurun sebanyak -76.54% dari tahun sebelumnya bagi tempoh yang sama. Manakala bawaan barangan udara menurun sebanyak - 58.24% dari jumlah 8,605 ton metrik pada tahun 2019 (sehingga Oktober).
8. Impak ini bukan saja membawa kesan signifikan kepada trafik penumpang, penerbangan dan bawaan barang bahkan juga impaknya kepada sosial dan ekonomi yang dijana dari aktiviti ini. Antara sektor yang juga mengalami impak dalam industri ini secara tidak langsung ialah sektor pelancongan dan perhotelan serta industri lain yang berkaitan dengannya.
9. Pada peringkat serantau, usaha-usaha bagi memperkenalkan norma baru telah di perbincangkan semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN pada 24 dan 25 November 2020 yang mana beberapa initiatif telah dipersetujui, antaranya;
a. pembukaan semula sektor penerbangan awam secara berperingkat dengan mengambil kira perkembangan dan keadaan semasa pandemik COVID-19;
b. pemudah cara perjalanan antara negara-negara ASEAN melalui inisiatif seperti pengenalan 'Travel Bubbles'; dan,
c. inisiatif-inisiatif khusus bagi memastikan kedayatahanan sektor-sektor pengangkutan di rantau ASEAN ke arah memudahkan rangkaian pergerakan barangan (kargo udara) khususnya keperluan asas.
10. Pengangkutan udara memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada perkembangan sosial serta dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. Pihak Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dengan kerjasama berbagai pihak secara ‘whole of nation’ akan sentiasa memastikan dan mengutamakan tahap keselamatan yang terbaik demi kesejahteraan pengguna-pengguna lapangan terbang disamping meningkatkan tahap keyakinan orang ramai melalui projek-projek inovatif dan berteknologi, selaras dengan halatuju dalam mencapai visi Negara Pintar melalui transformasi digital menjelang 2025.
***END***