Sign In
Mobirise Web Builder
Khamis, 25 Februari 2021 - Sidang Media Pelancaran Anugerah ICT Brunei (Brunei Information Communication Technology Awards - BICTA) 2020/2021

SIDANG MEDIA BRUNEI ICT AWARDS (BICTA) 2020/2021

Teks Ucapan Alu-Aluan
Yang Mulia Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof
Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Selaku Pengerusi Bersama Pertama Jawatankuasa Pandu BICTA

Khamis, 25hb Februari 2021, 9.30 pagi
Main Auditorium, Bangunan Design and Technology, Anggerek Desa


Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Ambiya e Wal Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'ala Aalihiee Wasahbihee Ajmaeen

Yang Mulia
Awang Sheikh Haji Abas bin Sheikh Mohamad Pengerusi
InfoCom Federation Brunei (IFB)
Selaku Pengerusi Bersama Kedua Jawatankuasa Pandu BICTA 

Yang Mulia
Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi)
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Selaku Ketua Bersama Pertama Kumpulan Tindakan Strategi BICTA

Yang Mulia
Awang Haji Jailani bin Haji Buntar Pemangku Ketua Eksekutif 
Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi (AITI)
Selaku Ketua Bersama Kedua Kumpulan Tindakan Pemberigaan/Promosi BICTA

Yang Mulia
Pengiran Sarimah binti Pengiran Haji Abdul Latiff Presiden, SUHBE Company Selaku Ketua Hakim BICTA

Yang Mulia
Ahli-ahli Jawatankuasa Pandu BICTA, Rakan-rakan Media, Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan selamat datang ke Sesi Sidang Media Anugerah ICT Brunei (Brunei Information Communication Technology Awards - BICTA) 2020/2021. Saya berterima kasih di atas kehadiran Ahli-ahli Jawatankuasa Pandu BICTA, Rakan-rakan Media serta hadirin dan hadirat sekalian. Saya berharap dan meminta kerjasama pihak Pengiran, Tuan dan Puan semua supaya akan dapat mengongsikan maklumat mengenai acara BICTA 2020/2021 kepada orang ramai, termasuk para akademik, wakil-wakil industri ICT dan agensi-agensi yang berkaitan.

2. Hadirin dan hadirat sekalian, saya dengan sukacita mengumumkan bahawa Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), dengan kerjasama Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi (AITI) dan InfoCom Federation Brunei (IFB), akan menganjurkan Brunei Information Communication Technology Awards (BICTA) pada tahun ini.

3. Acara ini merupakan usaha yang berterusan untuk merangsang inovasi teknologi dan kreativiti di kalangan individu, pelajar dan organisasi awam dan swasta, termasuk
Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSMEs) dan startups. BICTA berperanan sebagai tanda aras (benchmark) bagi perkembangan produk ICT dengan mengetengahkan wadah atau platform bagi persaingan dan pengiktirafan dalam innovasi dan kreativiti ICT di Negara ini.

4. Anugerah BICTA 2020/2021 akan membawakan tema 'Smart Nation Through Digital Transformation'. Ini adalah selaras dengan visi Majlis Ekonomi Digital, untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Smart Nation. Tema ini antaralainnya, memfokuskan kepada pentingnya memanfaatkan teknologi digital bagi perkembangan sosio-ekonomi dan memperkayakan masyarakat dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyertai ekonomi digital secara efektif. Oleh yang demikian, BICTA adalah inisiatif yang akan dapat memupuk inovasi dan keusahawanan. Ini adalah sebagai usaha bersama kita dalam melaksanakan inisiatif transformasi digital bagi membawa Negara Brunei Darussalam kearah Smart Nation dan mendokong visi Negara Brunei Darussalam, iaitu, Wawasan 2035.

5. Anugerah BICTA 2020/2021 akan mempertandingkan tiga (3) kategori utama, iaitu;-
i. Pertama, Kategori Industri ICT;
ii. Kedua, Kategori Tertiary; dan
iii. Ketiga, Kategori Sekolah.

6. Selain itu, Anugerah BICTA 2020/2021 juga akan memberikan lima (5) Anugerah Istimewa bagi penyertaan yang memfokuskan kepada lima (5) perkembangan terkini, iaitu:-
i. Pertama, Research and Development Project;
ii. Kedua, Big Data Analytics Technology;
iii. Ketiga, Artificial Intelligence (AI) Technology;
iv. Keempat, In ternet of Things (IoT); dan
v. Kelima, Startups.

7. Oleh yang demikian, saya menyeru dan menggalakkan para individu, pelajar dan wakil-wakil daripada industri ICT untuk menyertai Anugerah BICTA 2020/2021. Melalui BICTA, produk dan solutions yang inovatif boleh dihasilkan, yang bukan sahaja memenuhi keperluan tempatan, tetapi juga responsif dan sejajar dengan trend dan perkembangan teknologi pada masa ini.

8. Sebagai usaha untuk memberigakan BICTA 2020/2021, Jawatankuasa Pandu BICTA serta Jawatankuasa Kerja BICTA telah menganjurkan beberapa jerayawara pada tahun 2020. Di samping itu, BICTA Plus Bootcamp juga telah dimulakan pada bulan Disember 2020, khusus untuk membantu peserta-peserta BICTA memperkukuhkan pelan perniagaan mereka, memantapkan lagi pembentukan market ready product serta mempersiapkan mereka untuk pertandingan BICTA. Ini akan dilaksanakan sehingga bulan Jun 2021 dibawah bimbingan dan mentorship dari pelatih-pelatih pakar.

9. Penyertaan bagi BICTA 2020/2021 kini dibukakan dan saya menggalakkan peserta- peserta yang berminat untuk menghantar proposals mereka sebelum 31hb Julai 2021. Penilaian akan dijalankan oleh para hakim, Insha Allah pada bulan Ogos 2021.

10. Pemenang-pemenang BICTA Insha Allah akan diumumkan semasa Majlis Anugerah BICTA 2020/2021 yang akan di adakan pada bulan Ogos tahun ini. Para pemenang BICTA, khususnya pemenang tempat pertama, akan berpeluang untuk mewakili Negara Brunei Darussalam ke Pertandingan Asia-Pacific ICT Alliance Awards (APICTA) 2021 yang dijadualkan akan di adakan pada penghujung tahun 2021, dan bersaing bersama rakan- rakan lain dari rantau Asia-Pasifik, tertakluk kepada situasi terkini pandemik COVID-19 di rantau ini.

11. Seterusnya, saya sukacita mengongsikan bahawa MTIC, AITI dan IFB sedang meningkatkan usaha dan fokus kepada daya tahan dan perjalanan peserta-peserta setelah BICTA. Oleh yang demikian, adalah menjadi aspirasi bahawa BICTA terus memainkan peranannya sebagai platform untuk innovasi, kreativiti, dan menjalin hubungan strategik dan perniagaan yang berdaya tahan. Aspirasi ini juga turut dikongsikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Darussalam Enterprise (DARe).

12. Terakhir sekali, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada peserta-peserta BICTA. Saya berharap supaya proposals yang akan dihadapkan itu nanti akan dapat direalisasikan untuk menjadi produk-produk dan solutions yang akan dapat meningkatkan kualiti kehidupan penduduk secara seamless.

13. Tanpa berlengah lagi, saya ingin menjemput Yang Mulia Awang Sheikh Haji Abas bin Sheikh Mohamad, Pengerusi, InfoCom Federation Brunei (IFB) selaku Pengerusi Bersama Kedua, Jawatankuasa Pandu BICTA, untuk menambah jika ada, di ikuti dengan pembentangan oleh Urusetia BICTA dan seterusnya menjunjung Pengiran Sarimah binti Pengiran Haji Abdul Latiff, selaku Ketua Hakim, BICTA 2020/2021 untuk mengongsikan maklumat dan highlights mengenai penghakiman BICTA.

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Attachments
Speeches