UCAPAN PEMBUKAAN
YANG BERHORMAT DATO SERI SETIA AWANG ABDUL MUTALIB BIN PEHIN ORANG KAYA SERI SETIA DATO PADUKA HAJI MOHAMMAD YUSOF
MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI
SEMASA
MAJLIS PEMBUKAAN
PELANCARAN PROJEK RINTIS KENDERAAN ELEKTRIK
11 SYA'ABAN 1442H BERSAMAAN 25 MAC 2021
DEWAN BRIDEX 2, JERUDONG
Bismillahir Rahmanir Rahim,
Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin Wassalatu Wassalamu 'Ala-Asyarafil Anbiya'e Wal Mursalin Saidina Muhammadin Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajma'in
Yang Berhormat,
Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar
Menteri Pembangunan selaku Pengerusi Bersama Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam
Yang Berhormat,
Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md. Hussein
Menteri Tenaga juga selaku Pengerusi Bersama Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam
Yang Berhormat,
Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong
Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan selaku Ahli Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam
Yang Mulia,
Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw
Timbalan Menteri Tenaga juga selaku Ahli Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam
Yang Mulia,
Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke Bin Haji Mohsin
Timbalan Menteri Pembangunan
Yang Berhormat
Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara
Your Excellencies,
Ambassadors, High Commissioners and representatives of the Diplomatic Corps.
Yang Mulia,
Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap
Yang Mulia,
Ahli-Ahli Electric Vehicle Joint Task Force (EVJTF) Brunei Darussalam
Yang Mulia Pengarah Urusan, Wakil-Wakil Syarikat berserta para Pegawai-Pegawai kanan.
Rakan-rakan media yang dihormati sekalian
Hadirin dan Hadirat,
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi pada semua, a very good morning dan salam sejahtera.
1. Alhamdulillah, mula-mula sekali saya bagi pihak Kementerian yang menyelaras, ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian Yang Berhormat Tetamu-Tetamu Khas Rakan-Rakan Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, perwakilan-perwakilan daripada Diplomatic Corps serta semua hadirin dan hadirat ke majlis pelancaran Projek Rintis Kenderaan Elektrik ataupun EV bagi Negara Brunei Darussalam pagi ini. Welcome everyone and thank you very much.
2. Mula-mula sekali, saya dengan rasa besar hati dan sukacita mengongsikan bahawa Projek Rintis EV ini akan melibatkan berbagai pihak yang berkepentingan dengan sasaran selepas tempoh dua (2) tahun pelaksanaan projek ini ianya akan membuat apa jua penilaian dan kajian tentang keberkesanan dan sambutan orang ramai mengenainya.
3. Dasar dan program-program berkenaan telah dan akan terus diteliti dan dipantau oleh sebuah Kumpulan Petindak yang telah ditubuhkan sejak awal tahun 2020 tahun lepas iaitu Electric Vehicle Joint Task Force (EVJTF) yang diterajui bersama Kementerian Tenaga. Melalui pendekatan whole-of-nation dengan penglibatkan agensi Kerajaan, bukan Kerajaan dan persatuan yang berkepentingan, objektif EVJTF antaralain adalah untuk membincangkan keperluan-keperluan jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi pelaksanaan EV agar Negara lebih bersedia sebelum penyebaran luas EV di negara ini nanti.
4. Majlis kita pada pagi ini serta aktiviti-aktiviti yang diaturkan sepanjang Pelancaran Projek Rintis EV ini yang akan berlangsung selama 4 hari iaitu dari 25 hingga 28hb Mac 2021 iaitu ke penghujung minggu ini adalah salah satu dari Program EVJTF yang dimaksudkan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kenderaan elektrik (EV), merasakan (to have a feel) sambutan orang ramai terhadap EV dan mandapatkan maklumat lanjut ke arah masa depan pasaran EV di Negara ini.
Hadirin dan hadirat sekalian,
5. Berdasarkan Dasar Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam atau the BNCCP yang telah dilancarkan pada 25 Julai 2020 tahun lepas, sumbangan pelepasan gas karbon (carbon emissions) dari sektor pengangkutan darat pada 2018 adalah sebanyak 13.6% yang mana merupakan sektor ketiga terbesar dari segi pelepasan gas rumah hijau (Greenhouse Gas, GHG) di Negara ini.
6. BNCCP telah menetapkan 10 strategi untuk melakar jalan kearah kedayatahanan Negara dalam perubahan cuaca dan emisi karbon yeang rendah. EV adalah merupakan Strategi Ketiga dalam BNCCP ini dengan sasaran meningkatkan perkongsian iaitu share of EV kepada 60% dari jumlah keseluruhan penjualan kenderaan di Negara ini menjelang 2035 nanti inshaaAllah.
7. Purata tahunan jumlah pendaftaran baru kenderaan di Negara ini bagi lima tahun kebelakangan ialah sebanyak 12,658 kenderaan setiap tahun. Menjelang 2035, berdasarkan kajian awal EVJTF bersama Sekretariat Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam,saya telah difahamkan dimana adalah dianggarkan sebanyak 11,400 kenderaan baru akan didaftarkan dari mana 60% atau 6,800 disasarkan terdiri dari kenderaan jenis EV menjelang tahun 2035.
8. Ke arah mencapai sasaran ini, penyediaan dasar serta pogram bagi menggalakkan ownership EV termasuk insentif-insentif, penyediaan infrastruktur, customer protection, program pembangunan kapasiti termasuk retraining dan upskilling, emergency response, pelupusan sisa dan pemberigaan berterusan sedang diusahakan dan dirancang pelaksanannya dibawah peranaan EVJTF dan ini dibuat bersama industry players serta agensi-agensi berkepentingan yang lain.
Hadirin dan hadirat,
9. Di atas kesempatan ini, Alhamdulillah, atas kurnia perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, saya berbesar hati untuk mengongsikan salah satu insentif yang akan diberikan sepanjang tempoh projek rintis ini dimana Lesen Kenderaan (Vehicle license, VL) bagi mana-mana EV yang terlibat dalam projek rintis dan juga bagi yang tidak terlibat dalam projek rintis adalah dikecualikan pembayarannya sehingga penetapan nanti bagi kadar Lesen Kenderaan bagi EV yang berpandukan kepada kuasa motor elektrik dikuatkuasakan nanti.
10. Saya difahamkan salah satu daripada aktiviti utama yang akan diungkayahkan semasa projek rintis ini adalah untuk mengenal pasti lokasi-lokasi strategik dimana stesen pengecasan (charging stations) kenderaan elektrik akan dipasang secara berfasa dan berperingkat mengikut keperluan orang ramai dalam negara.
Hadirin dan hadirat,
11. Dalam kesempatan ini, orang ramai adalah di alu-alukan mengambil peluang dari EV showcase yang diadakan selama 4 hari ini bagi mengetahui lebih lanjut mengenai EV. Kita juga sangat mengalu-alukan feedback orang ramai bagi kegunaan agensi-agensi dan syarikat-syarikat yang terlibat bagi membantu dalam penelitian dasar EV secara amnya dan menyeluruh serta kaji selidik pamasaran syarikat-syarikat yang terlibat.
12. Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada pihak yang terlibat khususnya Syarikat Brunei Shell Marketing Sdn Bhd (BSM), Persatuan Peniaga Automobil Brunei (BATA), Persatuan Insurans dan Takaful Brunei (Brunei Insurance and Takaful Association, BITA), syarikat-syarikat kewangan serta syarikat-syarikat lain atas penglibatan mereka di dalam Pelancaran Projek Rintis ini.
13. Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Pelancaran Projek Rintis EV dan kepada kesemua pihak yang terlibat di atas sokongan dan komitment yang diberikan dalam melaksanakan, menjayakan dan memberigakan Pelancaran Projek Rintis EV ini nanti.
Sekian. Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatu