Sembah Alu-Aluan
Yang Berhormat
Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha
Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi
Pada
Hari Khamis, 7hb Zulhijah 1443 /
7hb Julai 2022
Semasa
Majlis Anugerah BICTA 2022
Bertempat di
Dewan Canselor
Universiti Brunei Darussalam
Bismillah Hirrahma Nirrahim
Alhamdullilahi
Rabbil `Alameen Wasaalatu Wassalaamu `Ala Asyrafil Ambiae Walmursaleen,
Saidina Muhammadin Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajama’een.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
1. Mengadap
Kehadapan Majlis Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda
Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Penaung
Diraja BICTA.
2. Alhamdulillah,
abis hamba Duli Tuanku memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah Subhanahu
Wata’ala, dengan izinNya jua, Majlis Anugerah Teknologi Info-komunikasi
Brunei atau Brunei ICT Awards (BICTA) 2022 dapat dilangsungkan pada
hari ini.
3. Hamba
Duli Tuanku, mewakili Ahli-ahli Jawatankuasa Pandu dan Jawatankuasa
Kerja BICTA 2022, menjunjung kasih setinggi-tingginya jua atas
keberangkatan Duli Tuanku sebagai Tetamu Kehormat pada majlis hari ini,
dan seterusnya untuk menyempurnakan pengurniaan hadiah dan Anugerah
Penaung Diraja BICTA kepada pemenang.
4. Keberangkatan
Duli Tuanku pada pagi ini setentunya adalah pendorong kepada
penghasilan produk dan digital solutions yang innovatif dan selaras
dengan perkembangan dan keperluan semasa. Seterusnya, keberangkatan Duli
Tuanku juga menggambarkan galakan Duli Tuanku kepada penggiat industri
dan belia untuk terus berkembang, berkerjasama dan mendokong persaingan
sihat.
5. Alhamdulillah,
pada tahun ini, BICTA dapat dilaksanakan melalui hasil kerjasama padu
diantara Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Pihak Berkuasa
Industri Teknologi Info-komunikasi (AITI) dan Infocom Federation of
Brunei.
6. Majlis
Anugerah BICTA telah ditangguhkan selama dua tahun kebelakangan ini,
berikutan penularan wabak COVID-19. Sungguhpun begitu, usaha mengekalkan
momentum berinnovasi serta berdaya saing telah dapat terus
dilaksanakan.
Beribu ampun,
7. BICTA,
pada lazimnya, mempertandingkan tiga kategori, iaitu Kategori Industri
ICT, Kategori Pengajian Tinggi dan Kategori Sekolah. Dengan
mengambilkira situasi yang dihadapi, penyertaan pada tahun 2021 dibawa
untuk dipertandingkan dalam BICTA 2022.
8. Tema
BICTA bagi tahun ini adalah “Negara Pintar Melalui Transformasi
Digital”, yang menampilkan peralihan digital dan innovasi yang tidak
dapat dielakkan dan sebaiknya dimanfaatkan kearah mewujudkan kualiti
hidup yang lebih baik serta ekonomi yang vibrant dan mampan.
9. Alhamdulilah,
pada tahun ini sebanyak 51 penyertaan diterima. Ini merupakan
peningkatan sebanyak 27% jumlah penyertaan berbanding dengan tahun
sebelumnya.
10. Seperti
selazimnya jua, pemenang-pemenang BICTA berpeluang untuk mewakili
Negara Brunei Darussalam ke pertandingan Asia Pacific ICT Allliance
(APICTA) Awards pada penghujung tahun ini, dan bersaing dengan
peserta-peserta dari 15 ahli ekonomi lain dari rantau Asia-Pasifik.
Beribu ampun,
11. Bagi
tahun 2022, BICTA juga memperkenalkan program BICTA Level Up untuk
menggalakkan perkembangan produk dan memastikan kesinambungan
peserta-peserta BICTA. Melalui program BICTA Level Up, beberapa buah
syarikat tempatan, iaitu DST, Imagine, Progresif, Dynamik Technologies
dan Shell Livewire Brunei tampil sebagai BICTA Supporting Partners,
dengan memberikan sokongan melalui inisiatif masing-masing bagi mengasah
potensi produk dan peserta BICTA yang terpilih.
12.
Sokongan seumpama ini menunjukkan kesepakatan dalam sama-sama bergerak
kearah hasrat menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara
Pintar melalui Transformasi Digital.
13. BICTA
juga telah melakar satu pencapaian dengan penubuhan BICTA Alumni pada
tahun 2021. Dengan objektif untuk mengumpulkan peserta-peserta BICTA
yang lalu. BICTA Alumni telah bergiat aktif mengadakan beberapa aktiviti
bagi menghubungkan ahli-ahli dengan para penggiat industri, pakar-pakar
teknikal, serta memudahcara peluang kerjasama dengan rakan-rakan
kongsi.
14. Alhamdulillah,
dengan adanya BICTA, para peserta memperolehi manfaat untuk memaparkan
dan mengetengahkan produk-produk mereka. Alhamdulillah melalui landasan
ini, Hamba Duli Tuanku mewakili Ahli-ahli Jawatankuasa Pandu dan
Jawatankuasa Kerja BICTA berbangga untuk mengongsikan bahawa ada
diantara produk-produk yang dipertandingkan pada mulanya sebagai
peringkat idea atau prototype telah berjaya dimajukan ke tahap komersil
sehingga berhasil menembusi pasaran yang kompetitif. Antara mereka yang
berjaya ini akan dapat kita saksikan dalam tayangan video BICTA Success
Stories sebentar lagi.
Beribu ampun,
15. Sebelum
hamba Duli Tuanku menjunjung anugeraha berundur diri, hamba Duli Tuanku
dengan penuh hormat dan takzim menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung
kasih diatas keberangkatan Duli Tuanku ke Majlis Anugerah BICTA 2022
pada pagi ini.
16. Hamba
Duli Tuanku menjunjung sabda perkenan untuk merakamkan penghargaan
kepada penaja-penaja serta semua pihak yang terlibat atas komitmen bagi
menjayakan BICTA 2022.
17. Hamba
Duli Tuanku juga seterusnya menjunjung perkenan untuk menzahirkan
penghargaan dan terima kasih diatas keberangkatan dan kehadiran
Timbalan-Timbalan Menteri, ketua-ketua perwakilan dari negara-negara
sahabat, pegawai-pegawai kanan dan semua yang hadir.
Pada
mengakhiri sembah alu-aluan ini, hamba Duli Tuanku dengan penuh hormat
dan takzim menyembahkan berbanyak-banyak menjunjung ampun sekiranya
terdapat sebarang suruk langkah dan tutur kata yang kurang manis dalam
sembah alu-aluan hamba Duli Tuanku dan dalam majlis pada pagi ini.
Sekian Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Hamba Duli Tuanku menjunjung anugeraha.