Perutusan
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha
Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi
Sempena Sambutan Hari Pos Sedunia Tahun 2022
Ahad, 13 Rabiulawal 1444H bersamaan 9 Oktober 2022M
Tema : “Post for Planet”
1.
Hari Pos Sedunia diraikan setiap 9hb Oktober oleh negara-negara ahli
Kesatuan Pos Sedunia (UPU) bagi memberikan kesedaran umum mengenai
dengan peranan pos dalam perkembangan sosial dan ekonomi global.
2.
Pada tahun ini, Kesatuan Pos Sedunia (Universal Postal Union (UPU)
telah memilih tema “Post for Planet” bagi memberikan kesedaran akan
kepentingan peranan pos kepada alam sekitar dan impak akibat daripada
aktiviti seharian yang boleh mendorong kepada perubahan iklim. Tema pada
tahun ini juga adalah demi mendokong matlamatUnited Nations Sustainable
Development Goals kearah pesekitaran yang berdaya tahan.
3.
Penyedia Perkhidmatan Pos bagi 192 negara-negara ahli UPU mempunyai
lebih daripada 5 juta orang tenaga kerja dari lebih 600,000 pejabat di
seluruh dunia. Kesemua Penyedia Perkhidmatan Pos adalah bertanggungjawab
bagi sama-sama menyumbang kearah alam sekitar yang berdaya tahan.
4.
Sebagai penyumbang utama kepada industri penghantaran surat dan
bungkusan, JabatanPerkhidmatan Pos dan syarikat-syarikat kurier di
negara ini adalah disarankan untuk sama-samamelaksanakan
inisiatif-inisiatif bagi meningkatkan lagi kesedaran ke atas alam
sekitar.
5.
Tuntutan untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran surat dan
bungkusan lebih mesra alam adalah bertepatan pada masanya dan innovasi
memainkan peranan penting didalam menangani perkara ini. Ianya juga
bertepatan dengan visi Pelan Strategik Kementerian Pengankutan dan
Infokomunikasi (MTIC 2025), iaitu untuk mencapai alam sekitar yang
berdaya tahan (Environment Sustainability).
6.
Kearah ini, beberapa cabaran perlu maseh diatasi, lebih-lebih lagi
ketika hendak mewujudkan perkhidmatan penghantaran surat tradisi yang
cekap dan berdaya maju semakin banyak saingan, seperti peralihan kepada
pengunaan mel elektronik dan sebagainya, telah mengakibatkan penurunan
jumlah persuratan fizikal yang pada lazimnya menjanakan hasil
pendapatan. Menyedari akan hakikat ini, model perniagaan Jabatan
Perkhidmatan Pos perlu melalui perubahan dan peralihan semasa.
7.
Dalam pada itu, Jabatan Perkhdimatan Pos bertekad untuk berinovasi dan
melakukan penambaikan berterusan. Ini termasuk usaha berterusan mereka
dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih mesra alam, seperti membuat
perancangan awal perjalanan dan destinasi dengan lebih teratur. Selain
daripada meningkatkan produktiviti ianya juga lebih efisien dan
menjimatkan.
8.
Dalam usaha menjaga alam sekitar, Jabatan Perkhidmatan Pos juga akan
sentiasa berusaha dalam melaksanakan strategi dan kemajuan mengikut
peredaran zaman. Peranan pos juga akan sentiasa kekal relevan dalam
aktiviti seharian bagi memenuhi kehendak pelanggan.