Sign In
Mobirise Web Builder
Ucapan Alu-aluan YB Pengiran Dato Seri Setia Shamhary Bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi di Sesi Perjumpaan Muhibah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi Bersama Ahli-Ahli MMN Bagi Tahun 2023

Ucapan Alu-aluan

 

Yang Berhormat

Pengiran Dato Seri Setia Shamhary Bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha

Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

 

Di Sesi Perjumpaan Muhibah

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Bersama

Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Bagi Tahun 2023

 

 

Hari Rabu, 24 Rejab 1444 bersamaan 15 Februari 2023

Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi,

Negara Brunei Darussalam

 

 

 

 

 

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin Wassalatu Wassalamu 'Ala-Asyarafil Anbiya'e Wal Mursalin Saidina Muhammadin Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajma'in

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Selamat Pagi

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

selaku Ketua Rombongan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara ke Sesi Perjumpaan Muhibah diantara Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC).

Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara,

Yang Mulia Haji Nazri bin Haji Mohammad Yusof,

Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC);

Yang Mulia Haji Hairul Mohd Daud Bin Haji Abdul Karim, 

Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi);

Yang Mulia Haji Mohammad Salihin bin Haji Aspar,

Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan)

Ketua-ketua jabatan, Pegawai-pegawai kanan, dan para hadirin semuanya,

1.   Alhamdulillah, bagi mewakili seluruh warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) Negara Brunei Darussalam, peramba/kaola/saya amat berbesar hati untuk mengalu - alukan keberangkatan dan kehadiran Yang Berhormat Ahli - Ahli Majlis Mesyuarat Negara ke Kementerian ini.

2.   Terlebih dahulu peramba/kaola/saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas perlantikan sebagai Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang baharu. Peramba/kaola/saya berdoa semoga usaha-usaha dan sumbangan Ahli-Ahli Yang Berhormat akan mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah Subhana Wataaala jua. Amin.

 3.    Dalam melangkah menuju kehidupan norma baharu pasca COVID-19 yang telah banyak menjejaskan perlaksanaan program atau projek-projek yang telah di rancangankan. Namun begitu, ianya memberi peluang kepada Kementerian ini untuk menilai semula keberkesanan projek-projek yang telah dilaksanakan, meliputi strategi-strategi yang sedang dirancang, serta mengukur pencapaian dan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian dan jabatan-jabatan dibawahnya. Ini termasuk penjajarannya dengan pelan-pelan induk kebangsaan yang lain serta mendokong Wawasan 2023.

4.   Dalam hubungan ini, Kementerian telah membuat mid-term review kepada Pelan Strategik Kementerian, iaitu MTIC 2025. Penerangan lanjut mengenainya akan dikongsikan selepas ini.
 

5.   Sebagai rumusan mengenainya, Kementerian ini telah telah mengenal pasti perkara-perkara yang memerlukan penambahbaikan dan akan menanganinya secara sistematik dan telah menitikberatkan kepada tiga pemacu nilai atau value drivers, iaitu:
 

  1. Memastikan keselamatan orang ramai terjamin;
  2. Memastikan kesejahteraan dan penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan yang cekap, bersih dan efisien; dan,
  3. Mendokong kemajuan ekonomi yang mampan.

     

6.   Tumpuan tindakan seterusnya adalah kepada perkara berikut:

    1. Penyediaan dan mengemaskinikan Manual Prosedur Kerja (MPK) – perkara asas yang perlu diterapkan untuk digunakan dan dikemaskini mengikut peranan dan tugasan yang diberikan. Dengan MPK yang jelas, organisasi tersebut akan lebih fokus dalam menjalankan peranannya;
    2. Seterusnya, ialah mengikuti piawaian (standard) sebagai rujukan yang jelas – terutama sekali dalam penyediaan perkhidmatan kepada orang ramai dan dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan semua; dan
    3. Pemantauan prestasi (performance monitoring) – perkara ini perlu diberikan perhatian terutama sekali dalam memastikan pelaksanaan strategi dan pencapaian key performance indicators (KPIs) serta dalam pengurusan projek ke arah memantapkan ekonomi negara dan memastikan tidak ada pembaziran dalam sumber tenaga manusia serta kewangan.

       

7.   Seterusnya, Kementerian ini telahpun mengenalpasti dan menilai perkara-perkara yang boleh mengancam keberkesanan Kementerian ini dan Jabatan-jabatan dibawahnya untuk menjalankan peranannya serta mencapai objektif pelan-pelan strategic mahupun hasrat Wawasan 2023. Perkara-perkara tersebut atau risiko-risko tersebut adalah seperti yang tertera didalam Risk Visual atau Carta Risiko yang dipaparkan sekarang.

 8.   Pada masa ini sebanyak 23 risiko telah dikenal pasti dan setiap satu akan memerlukan pelan mitigasi atau pelan tindak balas untuk menanganinya. Ianya juga akan di rebiu dari masa kesemasa, dan di sini lah jua saya mengalu-alukan tinjauan dan pandangan Yang Berhormat - Yang Berhormat semua pada hari ini dan juga pada bila-bila masa untuk mengongsikan pandangan dan memberikan apa jua input mengenainya atau terdapat perkara penting yang terlepas pandang oleh Kementerian ini.

​9.   Sepertimana yang dilihat, perkara-perkara yang perlu ditangani sangat meluas dan diantaranya adalah perkara yang berlaku in the background yakni di luar pandangan orang ramai. Sebahagian daripadanya adalah terdiri daripada berikut:
 

    1.  Memastikan keselamatan dan sekuriti aset dan petugas;
    2.  Ancaman Siber,
    3. Penyediaan sistem pengangkutan awam yang berkesan dan mampan;
    4. Gangguan kepada perkhidmatan rangkaian;
    5. Ketidakcukupan sumber tenaga manusia dalam jawatan kritikal;
    6. Penyelanggaraan peralatan kritikal dan penting;
    7. Keberksesanan didalam melaksanakan penguatkuasaan dan pengawalseliaan; dan
    8. Cabaran untuk mencapai kecemerlangan dalam melaksanakan strategi-strategi di bawah pelan-pelan strategic MTIC.

 

Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara,

10.        Disamping perkara-perkara yang memerlukan perhatian selanjutnya. Alhamdulillah, terdapat juga banyak pencapaian yang telah dihasilkan dan membanggakan. Ini insha Allah juga akan dikongsikan didalam penerangan mengenai MTIC 2025 nanti. Makluman mengenainya juga terkandung didalam poster-poster dan pameran-pameran yang telah disediakan. Contohnya adalah seperti:

 

  • peningkatan ke atas peratus penduduk Negara Brunei Darussalam telah mendapatkan akses kepada Internet melalui broadband.
     
  • Brunei Content Festival (BCF) 2022 yang julung kali nya diadakan telah dianjurkan oleh AITI bagi mengalakkan penyertaan tempatan dalam perkembangan industri penyiaran dan pembuatan kandungan (content creation).

     
  • AITI juga telah memperkenalkan Skim Productivity and Efficiency Joint Funding for Digital Adoption (PENJANA) pada awal tahun 2022.

     
  • Brunei ICT Industry Competency Framework (BIICF) melalui AITI juga telah dilancarkan pada Ogos 2022 yang berfungsi sebagai panduan yang komprehensif bagi pekerjaan industri ICT.

     
  • Manakala Cyber Security Brunei (CSB) juga memfokuskan kearah peningkatan keupayaan penyelidikan dan pembangunan termasuk penyelidikan akademik dalam bidang Fourth Industrial Revolution serta bidang-bidang yang berkaitan dengan keselamatan siber, melalui ITPSS iaitu I.T Protection Security Services.

     
  • Perkhidmatan-perkhidmatan dibawah CSB iaitu BruCERT, Cyberwatch Centre (CWC) dan Makmal Forensik Digital Kebangsaan (National Digital Forensic Laboratory NDFL) telah mendapat persijilan ANSI National Accreditation Board (ANAB) dan juga ISMS ISO 27001 Certification.

Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan para hadirin sekalian,

11.        Dari segi aspek pengangkutan:

 

  • Buku Edisi Kedua “The Safe and Smart Driving in Brunei Darussalam" dan buku Bacaan-Bacaan Bersiri Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Negara Brunei Darussalam:  Adab dan Keselamatan Kitani Di Jalan Raya, telah dilancarkan pada tahun lepas.
  • Dalam usaha meningkatkan kualiti sistem pengangkutan bas awam di Negara ini, Projek Rintis Sistem Maklumat Bas Penumpang iaitu Bus Passenger Information System juga telah diperkenalkan.
  • Dari segi penyediaan perkhidmatan kajicuaca yang berkualiti untuk navigasi udara, Kementerian ini juga menitikberatkan terhadap keperluan peningkatan keupayaan dan kompetensi pegawai-pegawai melalui kursus pensijilan.
  • ​Bagi menyokong pembangunan bakat maritim, satu Rangka Kerja Kecekapan Maritim (Maritime Competency Framework), yang berfungsi sebagai panduan untuk pembangunan bakat maritim di Negara Brunei Darussalam juga telah diperkenalkan.

     

12.        Dalam hubungan ini, Kementerian ini akan sentiasa memastikan strategi yang dirancang akan sentiasa direbiu bagi memastikan ianya seiring dengan perubahan masa serta sentiasa dikemaskini untuk sejajar dengan hasrat dan visi Kementerian ini untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Pintar Terhubung iaitu Connected Smart Nation bagi mencapai Wawasan Brunei 2035.

13.        Akhir sekali, peramba/kaola/saya sekali lagi mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih diatas perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat, dan peramba/kaola/saya memohon maaf diatas sebarang kekurangan atau sorok langkah di Sesi Perjumpaan Muhibah ini. InsyaAllah, pihak MTIC dengan hati terbuka menerima apa jua maklumbalas atau sebarang pertanyaan serta cadangan-cadangan baik yang boleh kita sama-sama fikirkan bagi kebaikan rakyat dan negara bersama. 

Sekian.  Wabillahitaufiq Wal hidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Attachments
Speeches