TEKS UCAPAN
Yang Berhormat
Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin
Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha
Menteri Pengangkutan dan Infokommunikasi
Majlis Perasmian
“Kempen Isi Selamat, Rasa Selamat & Hari Perkhidmatan Champion”
Fill Safe, Feel Safe Campaign & Service Champion Day
Hari Khamis,
11 Rabiulakhir 1445 bersamaan 26hb Oktober 2023
Jam: 11.00 pagi
Tingkat 3, Dewan Banquet, JHotel,
Taibah Complex, Unit 1-14, Kiulap,
Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam
Bismillahir Rahmanir Rahim,
Alhamdulillahi Rabbil ‘alamin Wassalatu Wassalamu ‘Ala-Asyarafil
Anbiya’e Wal Mursalin Sayidina Muhammadin Wa’ala AlihiWasahbihi Ajma’in
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Pagi
dan Salam Sejahtera
Yang Mulia Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Hj Abdul Jalil,
Pengarah Urusan, Brunei Shell Marketing Company Sendirian
Berhad (BSM),
Yang Mulia Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha TetapTimbalan Setiausaha Tetap;
Tuan-Tuan, Puan-Puan, Hadirin dan Hadirat sekalian,
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu waTa'ala kerana dengan izin dan rahmatNya jua kita dapat berkumpul di Majlis Perasmian Kempen Fill Safe, Feel Safe (Isi Selamat, Rasa Selamat) yang diselajurkan dengan Hari Service Champion anjuran BSM pada pagi ini.
2. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallalahu 'alaihi wa sallam, kaum kerabat, sahabatsahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang ta'at setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.
3. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak BSM diatas usaha berterusan dalam mengungkayahkan kempen-kempen keselamatan seperti ini. Kempen ini adalah kali ke-5 ianya diadakan dengan tujuan untukmeningkatkan kefahaman mematuhi peraturan-peraturan dan garispanduan keselamatan di setiap stesen minyak dan juga menjaga keselamatan Service Champion sebagai barisan hadapan yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga keselamatan orang ramai.
4. Oleh itu, Hari Service Champion juga telahpun diadakan di awal pagi tadi untuk memberi penghargaan kepada petugas-petugas barisan hadapan di stesen-stesen minyak.
5. Dalam hal ini saya berpendapat, kempen Fill Safe, Feel Safe sudah tidak asing lagi bagi orang ramai. Jika kita terus menerapkan amalan baik melalui kempen ini, ia akan memastikan kita semua pulang kepangkuan keluarga dan orang yang kita sayangi dengan selamat.
6. Alhamdulillah dan tahniah juga kepada BSM kerana Kempen Fill Safe, Feel Safe ini telah berjaya memenangi Anugerah Initiatif HSSE Terbaik semasa berlangsungnya Shell License Summit di Bologna, Italy pada bulan Mei yang lalu. Ini adalah bukti nyata bahawa kempen ini mendapat pengikitirafan global dan ianya adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan. Syabas! Saya ucapkan.
7. Saya difahamkan, pada pagi ini ada dua tetamu istimewa dari Shell Malaysia iaitu, juara Global Shop Service Champion pada tahun 2019 dan juara Global Smiling Stars 2021. Syabas dan tahniah saya ucapkan diatas penyertaan mereka berdua pada pagi ini. Saya berharap abiskita semua dapat mengambilbaik perkongsian pengalaman mereka dan mendorong semangat untuk mencapai kejayaan bersama.
Para Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,
8. Di sepanjang tahun 2022, terdapat 43 insiden keselamatan yang dilaporkan berlaku di stesen minyak di negara ini. Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa jumlah insiden pada tahun ini menunjukkan penambahbaikan.
9. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh leka mengenainya kerana insiden-insiden seperti serangan atau agresi terhadap pekerja, nozzle minyak tercabut dan ketidakpatuhan kepada Fuel Directive masih berlaku di stesen-stesen minyak. Jadinya adalah penting bagi pihak BSM untuk terus mengadakan kempen seperti ini dengan harapan agar insiden-insiden seperti yang saya katakana tadi tidak akan berlaku lagi.
10. Ukuran kejayaan kempen ini bagi saya, bukan hanya terletak dibahu pihak BSM sahaja tetapi ia juga memerlukan penglibatan dan kerjasama semua pihak termasuk pihak pengurusan stesen, service champion sebagai barisan hadapan dan juga orang ramai. Penglibatan semua adalah penting untuk memastikan prestasi keselamatan di stesen-stesen minyak adalah sejajar untuk menuju matlamat sifar tanpa insiden atau Goal Zero.
11. Untuk makluman, matlamat tersebut adalah juga bertepatan dengan Pelan Strategik Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dimana dua diantara tiga pemacu nilai atau value driver’s yang dititikberatkan ialah:
i. Memastikan keselamatan orang ramai terjamin, dan
ii. Memastikan kesejahteraan dan penyediaan perkhidmatanperkhidmatan yang cekap, bersih dan efisien.
12. Disamping itu jua, pihak BSM telah membuat pengawasan dan kawal selia keatas kenderaan pengangkutan minyak (road tanker) bagi memastikan pengangkutan minyak ke stesyen-stesyen minyak mematuhi garispandu dan piawaian keselamatan yang telah ditetapkan.
13. Kenderaan-kenderaan ini dipandu oleh pemandu-pemandu yang terlatih, bukan sahaja didalam mengendalikan kenderaan tersebut tetapi juga dilatih dalam tindak balas kecemasan awal.
14. Kenderaan-kenderaan tersebut juga dipasang dengan peralatan In-vehicle Monitoring System atau IVMS yang memantau keberadaan, kelajuan dan tingkah laku pemanduan kenderaan; dan juga kamera pemantauan keletihan pemandu atau driver fatigue monitoring camera. Semua ini merupakan diantara usaha untuk menjamin keselamatan pengangkutan minyak.
15. Dikesempatan ini, saya ingin menyerankan agar pengawasan keatas kenderaan yang mengisi minyak melalui drum-drum juga akan dapat diberikan perhatian lanjut dan memastikan garispandu yang telah ditetapkan seperti had penjualan sebanyak dua drum dapat di patuhi oleh penguna-penguna dan juga pengusapengusa stesyen minyak dalam menjaga keselamatan bersama.
16. Dalam hal ini, pengawalan keatas kenderaan yang membawa muatan lebih daripada dua drum juga perlu diamati oleh pihakpihak yang berwajip kerana tatacara pengangkutan minyak tanpa langkah-langkah kesalamatan, sepertimana yang dikongsikan tadi merupakan kegiatan berisiko keselamatan yang tinggi.
17. Diantara perkara yang pada masa ini ditunduki oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi melalui Jabatan Pengangkutan Darat adalah untuk memperkenalkan keperluan IVMS atau In-vehicle Monitoring System, secara berperingkat-peringkat, khusunya bagi kenderaan-kenderaan yang membawa muatan berisiko tinggi.
18. Kembali kepada majlis pagi ini, saya ingin mengucapkan syabas kepada wakil-wakil stesen minyak yang terpilih untuk menjadi Retail HSSE Ambassador. Saya berharap biskita dapat menunaikan tanggung-jawab yang telah diamanahkan kepada biskita dengan baik.
19. Sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada BSM kerana Kempen Fill Safe, Feel Safe ini telah berjaya memenangi Anugerah Initiatif HSSE Terbaik.
20. Kepada Service Champion yang hadir, saya ingin menasihatkan agar terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai yang berkunjung ke stesen minyak. Diakui bahawa biskita berdepan dengan pelbagai cabaran dan masalah dengan karenah-karenah orang ramai yang mungkin belum cukup menjiwai hal ehwal keselamatan. Hadapi dengan hati yang tabah, cekal dan sabar. Sebagai barisan hadapan, biskita bertanggungjawab didalam menegakkan keselamatan.
21. Akhir sekali, saya berharap kempen ini akan berjalan dengan baik seperti yang dirancang dan mencapai objektif yang dihasratkan.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wasalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
******