Sign In
Mobirise Web Builder
Pembukaan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Pertama 2012

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA

 

Yang Mulia Dato Paduka Haji Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awg Mohd Taha, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan;

Yang DiMuliakan, Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu, Pesuruhjaya Polis DiRaja Brunei

Yang Mulia, Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan;

Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap, Ahli-Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan, Ahil-Ahli Media, Hadirin dan Hadirat yang Peramba/koala/saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, kita bersyukur Kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana di atas limpah, rahmat dan izinya jua maka kita telah dapat sama menghadirkan diri dan berkumpul di mesyuarat pertama Majilis Keselamatan Jalan Raya pada pagi ini.

Sejak kebelakangan ini isu keselamatan jalan raya telah mendapat perhatian yang sangat serius di peringkat tertinggi dan telah menyerap kerisauan dan kebimbangan di pelbagai peringkat Kerajaan dan juga termasuk di kalangan masyarakat dan pihak bukan Kerajaan.  [national]. Pada tahun 2011 sahaja, mangsa kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian ialah telah mencecah seramai 47 orang. Sehingga kesaat ini, kemalangan jalan raya telah meragut sebanyak 8 nyawa.

Usaha-usaha kearah menangi isu-isu mencegah dan mengurangkan peratus kemalangan jalan raya telah dan terus berjalan secara berlanjutan, walaupun pada hakikatnya belum maximal. Peramba/koala/saya percaya kemalangan boleh dikurangkan terutama yang melibatkan kematian melalui process di peringkat akar umbi.

Di kesempatan ini, Peramba/koala/saya ingin menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar’ Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-28 pada 23 Februari 2012 mengenai keperihatinan Kebawah Duli mengenai isu keselamatan jalan raya yang semakin merisaukan. Perkara ini hendaklah diberikan perhatian yang serius. Penekanan telah diberikan terhadap isu kemalangan yang sebahagian besar melibatkan anak-anak muda yang mana punca-punca kemalangan tersebut terjadi tidak jelas. Kebawah Duli juga menekankan keperluan bagi mencari jalan-jalan bagi mencegah daripada berlakunya kemalangan jalan raya.

Kebawah Duli juga memberi penekanan mengenai undang-undang yang telah sedia ada dan keperluan kita bagi meningkatkan usaha penguatkuasaan. Oleh itu, peranan Polis DiRaja Brunei dan agensi-agensi lain adalah sangat mustahak dalam sama-sama berganding bahu berusaha meningkatkan keselamatan jalan raya melalui kempen-kempen promosi dan penguatkuasaan yang konsisten. Sehubungan dengan itu, kempen-kempen keselamatan jalan raya akan diteruskan di kesemua peringkat tidak terhad di sektor kerajaan mahupun swasta.

Sehubungan dengan itu, peranan sekolah-sekolah memandu juga hendaklah diberi perhatian. Budaya dan nilai memandu yang berhemah hendaklah diterapkan kepada pemandu-pemandu baru. Usaha bagi meningkatkan masa pembelajaran daripada 10 jam kepada 15 jam telah pun dilaksanakan. Masa pembelajaran tersebut mungkin akan ditingatkan secara incremental dari masa ke semasa mengikut keperluan. Pemanduan difensif adalah tidak kurang pentingnya dan merupakan satu kemestian bagi diterapkan kepada pembelajaran pemandu-pemandu baru.

Berbalik kepada budaya dan nilai memandu, budaya pemandu luar mungkin ada percangahan dengan budaya dan nilai memandu yang diperaktikan di Negara ini. Oleh itu, kita hendaklah sama-sama memikirkan proses-proses yang terkait dalam mengendorse lesen-lesen pemandu luar. Oleh itu, kita hendaklah mempertingkatkan usaha-usaha dalam keselamatan jalan raya dalam menyahut seruan Kebawah Duli dan juga seruan global Decade of Action for Road Safety 2011-2020.

Di kesempatan ini saya sangat menaruh harapan yang sangat tinggi agar usaha-usaha dan penglibatan yang berterusan dan berkesan daripada agensi-agensi swasta dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.  Sokongan padu dan juga penglibatan pihak Swasta adalah sangat dihargai dalam sama-sama berganding bahu berusaha sama bagi meningkatkan isu-isu keselamatan Jalan Raya dalam upaya mengurangkan kadar kemalangan di Negara ini. Saya juga turut sama berdoa, mudah-mudahan niat murni dan suci seperti ini akan dapat mencapai objektif dalam memberigakan lagi kepentingan keselamatan jalan raya kepada mesyarakat umam dan sekaligus mengurangkan kemalangan jalan raya. Insya Allah.

Sekian Terima Kasih, Wabillahhitaufiq Walhidayat Wassalamualikum Warahamatullahi Wabarakatuh​​.

Attachments
Speeches