TEKS UCAPAN
Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia
Awang Haji Abdullah Bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar
Menteri Perhubungan
Sesi
Dialog Bersama Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu Dan Ketua Kampong
Bagi Daerah Brunei Muara Dan Temburong Mengenai Dengan Cadangan Dasar
TVRO
Selasa, 18 Jamadilawal 1433h / 10 April 2012M
Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Alhamdulilahi
Rabbil ‘Alameen Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Anbiya’ I
Walmursaleen Sayyidina Muhammadin Wa’ala Alihie Wasahbihie Ajma’een.
Yang
Mulia Dato Paduka Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya DiGadong
Seri Lela Dato Seri Utama Haji Mohd Taha, Setiausaha Tetap Kementerian
Perhubungan
Yang Mulia Pengiran Haji Abdul Harris bin Pengiran Haji Shahbudin, Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri
Yang
Mulia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka
Haji Mohd Yusof, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan
Yang Mulia Awang Haji Yahkup bin Haji Menudin, Ketua Eksekutif AITI
Ahli-Ahli
Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan, Penghulu-Penghulu,
Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Media, Hadirin dan Hadirat yang
peramba/kaola/saya hormati sekalian.
Alhamdulillah
syukur Kehadarat Allah SWT kerana dengan limpah, rahmat dan izinnya
jua, kita telah dapat sama-sama menghadirkan diri dan berkumpul di sesi
dialog pada pagi ini.
2.
Tujuan utama sesi dialog pada pagi ini ialah untuk sama-sama mendengar
taklimat, serta bertukar-tukar fikiran dan seterusnya untuk menerima
maklum balas daripada biskita selaku wakil rakyat dan pemimpin akar umbi
di Negara ini berkenaan dengan cadangan Kementerian Perhubungan untuk
memperkenalkan satu dasar yang berkaitan dengan penggunaan Sistem
Television Receive Only (TVRO) atau yang biasa kita kenali dengan nama
parabola di Negara Brunei Darussalam.
3.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa di zaman yang serba canggih ini
pelbagai jenis media telah dihasilkan. Sebelum ini media hanya
ditumpukan kepada bahan-bahan bertulis seperti surat khabar, buku-buku,
majalah-majalah dan media yang berbentuk audio-audio visual seperti
televisyen dan radio. Dengan perubahan teknologi yang amat pesat, skop
media dan penyiaran telah berkembang, merangkumi pelbagai alat seperti
Internet, teknologi info-komunikasi, multimedia malahan juga teknologi
satelit.
4.
Mesej-mesej atau maklumat dapat dapat disampaikan dan diakses dengan
sekelip mata, mudah dan terbuka tanpa mengira sempadan dan ruang
angkasa.
5.
Peranan media, baik media cetak mahupun media elektronik bukan sahaja
untuk menyebarkan maklumat dan fakta, data dan laporan tetapi juga untuk
membentuk pendapat dan fikiran umum, mempengaruhi, mendidik serta
meningkatkan tahap fikiran, nilai hidup yang baik dan mensejahterakan
masyarakat.
6.
Namun demikian, kesan daripada media cetak dan media elektronik dalam
kehidupan sekarang dan dunia sejagat adalah adalah sangat mencabar.
7.
Media mempunyai nilai yang sangat positif dalam perkembangan kehidupan
manusia, selalu digunakan sebagai alat untuk menyalorkan unsur-unsur
negatif.
8.
Media elektronik elektronik iaitu televisyen merupakan media yang
menjadi “favorite” semua lapisan masyarakat dari peringkat kanak-kanak,
remaja, belia dan warga tua. Televisyen memaparkan banyak perkara
seperti politik, ekonomi, sosial, sukan dan hiburan.
9.
Hasil daripada maklumat yang diperolehi oleh AITI melalui AITI Brunei
Darussalam ICT Survey, sebanyak 99.6% isi rumah (household) di negara
ini mempunyai set televisyen.
10.
Sebagaimana yang abiskita maklum, landskap Industri penyiaran
televisyen di Negara Brunei Darussalam pada masa ini boleh dibahagikan
kepada tiga iaitu:
- Saluran Free-to Air – RTB (dengan 5 saluran) dan pelancaran Terrestrial TV yang dapat diterima.
- Saluran Pay-TV – Melalui saluran Kristal Astro
- TVRO (atau parabola)
11.
Amalan-amalan terbaik antarabangsa pula sangat menitik beratkan akan
perlunya ada kawalan media memandangkan media boleh mempengaruhi
pemikiran dan tingkah laku seseorang secara langsung atau tidak
langsung.
12.
Bagi perkhidmatan ‘free-to-air’ (Rangkaian RTB) dan ‘pay-tv’ (Kristal
Astro) di Brunei Darussalam, tataamalan penyiaran telah disediakan dan
diimplimentasikan bagi memastikan program-program yang disiarkan adalah
sesuai untuk disiarkan. Walaubagaimanapun, rancangan-rancangan yang
boleh diterima melalui peralatan TVRO adalah diluar daripada kawalan
pihak Kementerian Perhubungan selaku pihak authority ehwal penyiaran
Negara Brunei Darussalam. Sistem
TVRO boleh menerima apa jua siaran televisyen daripada broadcaster
antarabangsa yang mempunyai liputan satellite footprint termasuk Negara
Brunei Darussalam
13.
Ini bererti rancangan atau program yang disiarkan dalam TVRO tidak
dapat dikawal atau diolah untuk membantu kitani melihat kesesuaian
penyiaran. Sumber program program tersebut juga tidak diketahui
asal-usulnya. Dalam masa yang sama, program yang disiarkan melalui TVRO
tidak dapat menyumbang keatas perkembangan industri penyiaran tempatan
malahan sebaliknya boleh menjadi saingan secara langsung kepada
broadcaster tempatan.
14.
Mengapa perkhidmatan TVRO ini dikenalkan pada awalnya adalah bagi
memberikan perkhidmatan alternatif kepada perkhidmatan media yang sedia
ada. Pada masa itu hanya ada dua (2) saluran rancangan yang disiarkan
dalam televisyen. Dengan adanya perkhidmatan ‘pay-tv’ bersama dengan
isu-isu TVRO yang timbul, adalah perlu bagi mengemaskinikan dasar
penyiaran di negara ini bagi memastikan kesesuaiannya masa kini.
15. Dari kajian yang dibuat, hanya Negara Brunei Darussalam sahaja yang mengamalkan dasar open skies policy dalam pemencaran.
Semua Negara-negara antarabangsa mengenakan sekatan (restriction)
terhadap pemancaran dan penerimaan isi kandungan rancangan Televisyen
yang disiarkan. Ini adalah bagi mengelakkan isi kandungan atau content
[yang bercanggah dengan kepentingan negara tersebut] yang tidak diingini
untuk mempengaruhi pengguna media tersebut.
16.
Dalam hal ini berasaskan kepada perkara-perkara diatas dan tanda aras
antarabangsa mengikut kesesuaian Negara Brunei Darussalam, Kementerian
Perhubungan dan AiTi berhasrat untuk mengenalkan satu dasar bagi
penggunaan sistem TVRO diNegara Brunei Darussalam.
17.
Apa yang diharapkan melalui dasar ini adalah untuk menjadikan industri
penyiaran di negara ini lebih teratur, kompetitif, dinamik, vibrant,
terkawal, mempunyai identity tersendiri, memenuhi citarasa awam
disamping dapat menyumbang kepada pertumbuhan industri tempatan. Dalam
masa yang sama, pihak Kementerian Perhubungan dan AITI sedang berusaha
untuk memperkembang majukan lagi industry penyiaran bagi mempastikan
kualiti yang tinggi bagi program-program yang disiarkan di Negara Brunei
Darussalam dari segi:
- Quality
- Hiburan
- Informasi
- Pembentukan akhlak
Dengan
adanya kemajuan dan pembaikan kearah industri penyiaran ini, barulah
ianya akan dapat menyumbang keatas pertumbuhan ekonomi negara.
Hadirin dan Hadirat yang dihormati,
18.
Sebelum saya mengakhiri ucapan pada pagi ini, saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Penghulu-Penghulu dan Ketua-ketua kampong,
pegawai-pegawai Kanan Kerajaan, peniaga-peniaga TVRO dan para hadirin
sekalian kerana meluangkan masa untuk sama-sama hadir ke sesi dialog
pada hari ini.
Saya sudahi dengan kalimah Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamu Alaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh
Terima kasih.