Sign In
Mobirise Web Builder
Teks ucapan Yang Berhormat Menteri Perhubungan sempena Sambutan Hari Pos Sedunia

TEKS UCAPAN

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA HAMZAH PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABDULLAH BIN BEGAWAN MUDIM DATO PADUKA HAJI BAKAR MENTERI PERHUBUNGAN

SEMPENA: SAMBUTAN HARI POS SEDUNIA

PADA: HARI SELASA, 7 ZULHIJJAH 1433 / 23 OKTOBER 2012


 

Alhamdullilahi Rabbil `Alameen Wasaalatu Wassalaamu `Ala Asyrafil Ambiae Walmursaleen, Saidina Muhammadin Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajama’een. Yang Mulia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan Yang Mulia Awang Haji Idris bin Haji Mohd Ali, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan Yang Mulia Awang Haji Bujang bin Tinkong, Pemangku Ketua Pos Agung selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Pos Sedunia Yang Mulia Pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Perhubungan serta Jabatan Perkhidmatan Pos, hadirin dan hadirat sekalian.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh 1. Kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala yang telah mengizinkan kita berkumpul pada pagi ini di Majlis Sambutan Hari Pos Sedunia 2012.   Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perkhidmatan Pos atas aktiviti-aktiviti yang diadakan sempena Hari Pos Sedunia pada tahun ini.  Saya menghargai usaha abiskita ini kerana ianya menekankan relevance dan kepentingan perkhidmatan pos dalam kehidupan harian kita.  Syabas saya ucapkan dan diharap usaha ini akan dapat diteruskan, malah juga dipertingkatkan lagi.

2. Hari Pos Sedunia diraikan setiap 9 haribulan Oktober.  Pada tahun ini, tema bagi Sambutan Hari Pos Sedunia ialah “A New Strategy for a New World” ataupun “Strategi Baru bagi Dunia Baru”.  Perkhidmatan pos secara umumnya telah banyak mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman dan teknologi.  Perkembangan teknologi ICT masa kini telah banyak memudahkan perhubungan dan urusan kita sekarang.  Tidak dinafikan perkembangan ini memberi cabaran kepada relevance dan kewujudan perkhidmatan pos.  Dalam hal ini, perkhidmatan pos perlu mengambil strategi baru dengan memanfaatkan perkembangan tekonologi ICT sepenuhnya.  Strategi ini akan bertindak sebagai pendokong keberkesanan perkhidmatan pos. 

3. Dengan perkembangan ini, trend dan keinginan pelanggan juga turut berubah.  Peningkatan dalam aktiviti e-commerce dan pembelian secara online juga semakin meningkat.  JP Morgan menganggarkan nilai pendapatan dari aktiviti e-commerce secara global akan meningkat kepada US$963billion pada tahun 2013 .  Secara tidak langsung, peningkatan ini akan memberi kesan positif  dan menambah bungkusan yang dikendalikan oleh perkhidmatan pos dan courier.  Dalam anggaran global, secara purata sebanyak 909 buah bungkusan dikendalikan bagi setiap 1000 penduduk pada tahun 2012 .

4. Walaupun dalam menghadapi persaingan dari syarikat-syarikat courier, perkhidmatan pos global telah mengendalikan jumlah bungkusan yang semakin meningkat.  Berdasarkan statistik Kesatuan Pos Sedunia (Universal Postal Union – UPU) pada bulan September 2012, lebih kurang 46% dari negara-negara di rantau Asia Pasifik mengalami peningkatan dalam jumlah bungkusan yang dikendalikan. Trafik bagi bungkusan antarabangsa pada tahun 2011 adalah sebanyak 58 juta buah barangan (‘items’).  Sejak tahun 2006, segmen ini meningkat lebih kurang 5% setiap tahun .  Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali dari perkembangan ini.  Peningkatan sebanyak 14% turut direkodkan dalam perkhidmatan EMS yang dikendalikan pada tahun 2011.  Dari itu, Jabatan Perkhidmatan Pos mestilah sentiasa  mensejajarkan operasinya dengan perkembangan ‘e-commerce’ ini agar tidak ketinggalan dengan trend dan keinginan pengguna.

Hadirin dan hadirat sekalian, 5. Perkembangan sebegini sebenarnya memberi ruang bagi perkhidmatan pos untuk lebih  berdaya saing dalam memberikan perkhidmatan.  Dalam hal ini saya gembira dengan usaha Jabatan Perkhidmatan Pos dalam meneroka peluang perniagaan baru bagi memperbaiki kualiti perkhidmatan mereka.  Perkhidmatan door-to-door bagi bungkusan EMS juga telah diperkenalkan sebagai antara langkah kearah perkhidmatan yang lebih comprehensive dan mesra pelanggan.  Selain itu, satu perkhidmatan baru yang boleh dibuat secara online juga akan dilancarkan pada hari ini. Melalui perkhidmatan ini, para pelanggan akan dapat membuat pertanyaan secara online melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Pos ( www.post.gov.bn ).

6. Perkhidmatan online yang akan dilancarkan ini adalah satu langkah yang progresif bagi Jabatan Perkhidmatan Pos.  Saya berharap langkah progresif ini dapat dipertingkatkan oleh para stakeholders dalam industri pos dinegara ini, seperti syarikat-syarikat courier dan logistic.  Kearah ini, teknologi ICT perlu dimanfaatkan sepenuhnya.  Melihat perkembangan masa kini, perkhidmatan-perkhidmatan online semakin giat diusahakan oleh operator pos seluruh dunia.  Kajian Kesatuan Pos Sedunia (UPU) mengenai perkembangan postal e-services dalam tempoh 20 tahun menunjukkan, pada tahun 2011, 70% dari operator-operator pos diseluruh dunia mengutamakan kepentingan e-services dalam strategi mereka.  Dengan keutamaan ini, jumlah perkhidmatan postal e-services juga meningkat dari 33 jenis perkhidmatan pada tahun 2007 kepada 85 jenis perkhidmatan pada tahun 2011 .  Perkhidmatan postal e-services ini merangkumi bidang-bidang e-post, e-commerce, e-finance dan e-government.

7. Selain itu, teknologi ICT juga terbukti dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan pos.  Teknologi seperti Radio Frequency Identification (RFID) berpotensi besar untuk memantau tahap kualiti penghantaran mel dan bungkusan.  Setentunya, RFID boleh membawa pembaikan dan pembaharuan dalam industri perkhidmatan pos.  Sekitar 70% dari operator pos yang menggunakan teknologi ini melaporkan peningkatan dalam kualiti perkhidmatan masing-masing .

8. Pada Sambutan Hari Pos Sedunia 2011, saya ada menyentuh pengkorporatan Jabatan Perkhidmatan Pos.  Dalam hal ini, saya telah difahamkan bahawa persiapan mengenai pengkorporatan telahpun dijalankan.  Antara langkah atau perkembangan yang telah dilaksanakan adalah penyediaan perundangan-perundangan yang berkaitan dengan pengkorporatan melalui perbincangan dengan agensi-agensi yang terlibat.  Ini menunjukkan usaha yang positif daripada pihak-pihak yang terlibat dan saya berharap usaha sebegini akan terus digiatkan.

9. Dalam membawa pembaharuan bagi perkhidmatan pos dan courier, saya ingin menyarankan para operator serta pengendali pos dan mel untuk memelihara kepercayaan para pengguna.  Keselamatan dan kesejahteraan barangan yang dikendalikan mestilah dipelihara dengan sebaiknya.  Perkhidmatan ini haruslah dilaksanakan dengan penuh telus dan ‘customer-oriented’.  Dengan ini, industri pos akan dapat bertahan sebagai industri yang relevant, berdaya tahan dan meyakinkan.

10. Usaha Jabatan Perkhidmatan Pos melancarkan Perkhidmatan Pertanyaan Mel Online ini adalah selaras dengan visi Kementerian Perhubungan.  Visi Kementerian ini adalah kearah Masyarakat Canggih yang mempunyai perhubungan dan pengangkutan cemerlang sekaligus menjadi negara yang berdaya saing menjelang tahun 2017.  Masyarakat canggih yang dihasratkan ini adalah merupakan masyarakat yang boleh memanfaatkan teknologi moden bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka.  Seterusnya didalam masyarakat canggih ini, urusan, baik dari segi peribadi mahupun rasmi akan menjadi lebih mudah dan cepat serta pengurusan akan menjadi lebih efektif dan berkesan. 

11. Dari itu, saya ingin Jabatan Perkhidmatan Pos untuk menggiatkan lagi usaha kearah mempersiapkan diri mendokong mencapai visi ini.  Persiapan ini antaralainnya termasuk memastikan proses operasi lebih berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan.  Selain itu, pemberian perkhidmatan perlu menjadi lebih telus, accountable dan effisien agar pelanggan menjadi lebih percaya dengan komitmen Jabatan Perkhidmatan Pos. Turut sama pentingnya adalah perubahan dari segi mindset para warga Jabatan Perkhidmatan Pos untuk menjadi lebih berinisiatif, inovatif dan berdisiplin.  Secara keseluruhannya, usaha kearah visi ini akan menjadikan operasi Jabatan Perkhidmatan Pos lebih ‘customer-oriented’.   Dari perspektif pelanggan pula, usaha Jabatan Perkhidmatan Pos ini nanti akan dapat memberikan lebih kepelbagaian dan kualiti dalam setiap produk dan perkhidmatan.

12. Dalam hal ini, saya harap Jabatan Perkhidmatan Pos akan terus mengikuti perkembangan semasa terutama dalam hal yang berkaitan dengan industri pos.     Perkhidmatan ‘on-line’ seperti pembayaran bil-bil, penempahan on-line, ‘tracking and tracing’ bagi persuratan, bungkusan dan penyerahan adalah antara produk dan perkhidmatan yang boleh diteroka lagi.  Dalam pada itu juga, saya menyarankan agar Jabatan Perkhidmatan Pos juga akan dapat lebih memantapkan perkhidmatan conventional yang diberikan selama ini.  

13. Seterusnya, saya berharap agar Jabatan Perkhidmatan Pos akan sentiasa maju dengan mempelajari amalan terbaik serantau dan antarabangsa.  Ingin saya tekankan bahawa kekuatan perkhidmatan pos terletak kepada pelanggannya.  Dari itu, keutamaan pelanggan perlu menjadi priority Jabatan Perkhidmatan Pos setiap masa.  Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perkhidmatan Pos atas anugerah saguhati bagi perkhidmatan EMS ‘Merchandise Door-to-door’ dibawah kategori Penyampaian Perkhidmatan dalam Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2012.  Saya menghargai setiap usaha gigih yang dirancang dan dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos bagi memajukan Jabatan berkenaan.  Saya berharap segala usaha yang akan dilaksanakan dapat diberikan dengan penuh pembaharuan, kualiti dan meyakinkan pelanggan.

Hadirin dan Hadirat sekalian, 14. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada para warga pos yang akan menerima anugerah atas kecemerlangan mereka dalam memberikan perkhidmatan.  Saya berharap anugerah ini akan dapat menjadi pendorong bagi meraih pencapaian yang lebih tinggi dalam bidang kerjaya masing-masing.  Sekali lagi, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Sambutan Hari Pos Sedunia 2012 di atas kesudian mengundang saya hadir pada acara pagi ini.  Saya harap sokongan dan kerjasama biskita sekalian atas dasar Kerajaan dan usaha serta insiatif Jabatan Perkhidmatan Pos akan dapat diteruskan. 

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamu Alaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

 

[1] http://techcrunch.com/2011/01/03/j-p-morgan-global-e-commerce-revenue-to-grow-by-19-percent-in-2011-to-680b/

[2] Development of postal services in 2011, www.upu.int

[3] Development of postal services in 2011, www.upu.int

[4] UPU Annual Report 2011, http://news.upu.int/fileadmin/user_upload/PDF/Reports/2011AnnualReportEn.pdf

[5] UPU Annual Report 2011, http://news.upu.int/fileadmin/user_upload/PDF/Reports/2011AnnualReportEn.pdf​​

Attachments
Speeches