TEKS UCAPAN
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA HAMZAH PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABDULLAH
BIN BEGAWAN MUDIM DATO PADUKA HAJI BAKAR
MENTERI PERHUBUNGAN
DI MAJLIS
PELANCARAN APLIKASI CUACA BRUNEI DARUSSALAM
BAGI
TELEFON BIMBIT DAN TABLET
Pada
Hari Sabtu
25 Zulhijjah 1433h Bersamaan 10hb November 2012m
Bismillah hir-rahman nir-rahim Assalamu'alaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Alhamdullilahi
rabbil `alameen wasaalatu wassalaamu `ala asyrafil ambiae walmursaleen,
saidina muhammadin wa’alaa aalihiee wasahbihee ajama’een.
Yang
mulia Pengiran adnan bin pengiran badarudin, pemangku pengarah
penerbangan awam, selaku pengerusi majlis pelancaran aplikasi cuaca
brunei darussalam bagi telefon bimbit dan tablet.
Yang
mulia Awang abdul mutalib bin pehin orang kaya seri setia dato paduka
haji mohd yusof, pemangku setiausaha tetap, kementerian perhubungan.
Yang mulia Pengiran hj mohd zain bin pengiran hj abd razak, pemangku timbalan setiausaha tetap, kementerian perhubungan.
Yang
mulia Pengarah-pengarah, ketua-ketua jabatan, timbalan-timbalan ketua
jabatan, pegawai-pegawai, jemputan-jemputan khas serta hadirin dan
hadirat yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah,
segala puji-pujian bagi allah subhanahu wataala, yang telah mengizinkan
kita berkumpul pada petang ini di majlis pelancaran aplikasi cuaca
brunei darussalam bagi telefon bimbit dan tablet.
Selawat
serta salam ke atas junjungan besar kita nabi muhammad sallahu alaihi
wassalam, kaum kerabat dan para sahabat serta pengikut-pengikut baginda
yang jujur lagi setia hingga ke akhir hayat baginda.
Terlebih
dahulu saya sukacita mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pemangku pengarah penerbangan awam selaku pengerusi majlis atas daya
usaha mengadakan majlis yang berkebajikan ini dan kerana menjemput saya
selaku tetamu kehormat.
Kita
semua maklum akan pentingnya cuaca terhadap kehidupan harian, terutama
sekali dalam merancang aktivi-aktiviti samaada ianya berbentuk riadah,
sukan, kerja-kerja rumah ataupun dalam melakukan tugasan kita.
Memandangkan
bulan november hingga januari adalah bulan-bulan negara kita mengalami
turunan hujan yang tertinggi, kejadian fenomena cuaca seperti ini
menjadi satu faktor penting dalam mempengaruhi keputusan untuk
mengunkayahkan mana-mana akitviti yang kita rancangkan. Oleh itu
penyampaian maklumat cuaca, yang terkini, yang mudah diperolehi, dan
yang boleh diakses pada bila-bila masa oleh yang memerlukannya, menjadi
satu cabaran penting yang perlu ditangani.
Visi kementerian perhubungan
Dalam
hal ini, memudah cara penyampaian maklumat terutamanya kepada orang
ramai dengan berkesan adalah satu perkara yang tersirat dalam visi
kementerian perhubungan iaitu “masyarakat canggih, kecemerlangan
perhubungan ,memperkasa daya saing negara”.
Di
antara objektif strategik, kementerian perhubungan 2008 - 2017
menekankan dan menitikberatkan penggunaan alatan yang berpatutan untuk
menyediakan perkhidmatan yang efisien dan efektif, serta mengalakkan
peralihan kepada rangkaian elektronik dalam meningkatkan lagi
perhubungan di antara kerajaan dengan orang awam dan bidang perniagaan.
Kepentingan teknologi info-komunikasi
Sejajar
dengan aspirasi wawasan 2035 negara kita untuk mencapai kehidupan
rakyat yang berkualiti tinggi, kementerian perhubungan amat mengambil
berat akan perkembangan teknologi info-komunikasi di negara ini
antaranya menjadikan keperluan maklumat tempatan dapat diperolehi oleh
segenap penduduk secara efektif, sambil meningkatkan kesedaran awam
mengenai dengan kepentingan mendapatkan apa jua maklumat.
Mendokong inisiatif e-kerajaan
Kementerian
perhubungan juga mengambil kira pelan strategik e-kerajaan tahun 2009 -
2014 adalah selaku pemangkin kepada perkembangan serta keutuhan
maklumat info-komunikasi di negara ini.
Strategi
e-kerajaan mengariskan penyediaan khidmat secara ‘online’ kepada
penduduk supaya ianya efisien, selamat dan mudah untuk digunakan, dan
boleh diperolehi secara 24 jam. Di samping itu, maklumat yang disediakan
haruslah tepat dan kerap dikemaskini.
Saya
juga ingin menyentuh mengenai dengan kajiselidik yang diterbitkan oleh
united nations public administration network (unpan) iaitu “e-government
survey 2012”. Mengikut laporan tersebut, kedudukan negara kita dalam
senarai indeks e-kerajaan pada tahun ini adalah pada tangga ke 54,
kenaikan 14 anak tangga daripada kedudukan ke 68 pada tahun 2010.
Peningkatan yang dicapai ini memberikan kita semangat untuk berusaha
dengan lebih proaktif lagi untuk terus menyumbang kepada peningkatan
kedudukan negara kita, sekaligus untuk menempatkan negara kita di antara
10 negara teratas di dunia.
Dari
segi ini dan menyedari pencapaian kita mempunyai sangkutpaut dengan
‘accessibility / usability’ melalui teknologi wireless dan juga
menyedari telefon bimbit semakin menjadi teknologi yang paling diterima
ramai dan teknologi peribadi yang paling popular dan berleluasa di
dunia, mendorong kita untuk menggunakan kaedah ini bagi penyampaian
maklumat kepada orang awam dan mana-mana pihak yang memerlukannya.
Adaptasi dan faedah aplikasi mengikuti perspektif negara dan kehendak semasa
Mengikut
maklumat daripada pihak berkuasa industri teknologi info-komunikasi
(aiti), menunjukkan pada tahun ini sebanyak 449,260 pelanggan bimbit
(mobile subscribers) yang berdaftar di negara kita.
Oleh
itu adalah wajar penggunaan aplikasi bimbit dapat di eksploitasikan
manfaatnya bagi penyampaian maklumat awam kepada pengguna-pengguna
alatan bimbit, dalam kata lain, kepada sebahagian besar penduduk di
negara kita.
Pada
majlis petang ini saya berasa gembira kerana kita akan melancarkan satu
produk yang dihasilkan oleh bahagian perkhidmatan kajicuaca, jabatan
penerbangan awam iaitu “aplikasi cuaca brunei darussalam bagi telefon
bimbit dan tablet”.
Dalam
beberapa minggu yang lalu terdapat banyak maklumat yang telah
disebarkan melalui “media sosial” seperti facebook dan juga “forwarded
sms/messages” yang memaklumkan mengenai dengan cuaca yang buruk dan
membimbangkan. Dengan aplikasi ini, saya percaya orang ramai akan dapat
menggunakannya supaya mendapat informasi yang tepat dan cepat. Ini
adalah satu kaedah untuk menuju kepada masyarakat yang canggih.
Saya
difahamkan aplikasi ini mempunyai kemampuan untuk menyalurkan maklumat
cuaca kepada mana-mana pengguna alatan bimbit. Penghasilan aplikasi ini
mempunyai tujuan untuk menyediakan dan memberikan akses kepada maklumat
cuaca bagi penduduk di negara ini. Di samping itu, penyampaian maklumat
menggunakan kaedah ini difikirkan adalah amat releven untuk memenuhi
kehendak semasa.
Sehubungan
itu, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyarankan supaya
aplikasi seperti ini menjadi satu titik permulaan kepada penghasilan
banyak lagi aplikasi-aplikasi lain yang boleh diungkayahkan oleh
mana-mana jabatan kerajaan, terutama sekali jabatan-jabatan di bawah
kementerian ini bagi memberikan khidmat kepada pihak awam.
Penutup
Bagi
mengakhiri ucapan saya ini, sukacita saya ingin mengambil kesempatan
untuk memberi penghargaan dan tahniah kepada jabatan penerbangan awam,
khususnya perkhidmatan kajicuaca brunei darussalam atas usaha gigih yang
telah ditunjukkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan
mengambil kira perkembangan dan penggunaan sepenuhnya teknologi
info-komunikasi yang sedia ada, se untuk kepentingan, keselamatan dan
kesejahteraan penduduk negara kita.
Dengan
mendahulukan kalimat ‘bismillahhirrahmannirrahim’ dan dengan bertawakal
kepada allah serta selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi
muhammad s.a.w., saya sukacita merasmikan “pelancaran aplikasi cuaca
brunei darussalam bagi telefon bimbit dan tablet”.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah
wassalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh