Sign In
Mobirise Web Builder
Ucapan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah Bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Perhubungan Di Pembukaan Rasmi Fasiliti Baru P.T.A.S - Its Logistics Base Dan Tubular Inspection Facility

UCAPAN

 

YANG BERHORMAT

PEHIN ORANG KAYA HAMZAH PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABDULLAH

BIN BEGAWAN MUDIM DATO PADUKA HAJI BAKAR,

MENTERI PERHUBUNGAN

 

 

Sempena:

PEMBUKAAN RASMI FASILITI BARU P.T.A.S- ITS LOGISTICS BASE DAN

TUBULAR INSPECTION FACILITY

 

KHAMIS, 28 MUHARRAM 1434H / 18 APRIL 2013M,

 

Bertempat di:

PELABUHAN MUARA

 

  Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdullilahi Rabbil `Alameen Wasaalatu Wassalaamu `Ala Asyrafil Ambiae Walmursaleen,

Saidina Muhammadin Wa'alaa Aalihiee

Wasahbihe Ajama'een.

 

1.     Marilah kita sama-sama memanjat kesyukuran ke hadrat Allah Subahanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia dan izin-nya jua, dapatlah kita berkumpul dalam majlis pada pagi ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat P.T.A.S Sdn Bhd kerana menjemput saya selaku Tetamu Kehormat bagi merasmikan bangunan 'Logistics Base dan Fasiliti Tubular Inspection'yang saya difahamkan telah beroperasi sejak bulan Ogos 2012. Saya mengucapkan tahniah di atas perkembangan syarikat ini dan berdoa semoga ia akan lebih berjaya dan berkembang di masa akan datang.

2.     Perkhidmatan logistik di Negara ini telah berkembang dengan pesatnya. Ini adalah berpunca dari meningkatnya aktiviti perekonomian Negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan juga diramalkan akan meningkat di masa akan datang.Di antara projek-projek pengangkutan awam dan logistik di bawah inisiatif-inisiatif strategik selaras dengan 6 teras Kementerian Perhubungan ialah projek pembesaran dermaga kontena Muara yang telah diperuntukkan sebanyak $50 juta di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke 10. Perlaksanaan tambahan dermaga sepanjang 150 hingga 200meter ini adalah sedang giat dijalankan oleh Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan.

3.     Perlaksanaan pembesaran dermaga ini dihasrat akan dapat merealisasikan matlamat utama Kementerian iaitu menyediakan sistem pengangkutan dan logistik yang cekap, 'accessible', mudah, selamat, lancar (seamless) dan seterusnya berdaya saing dan berdaya tahan untuk menyumbang kepada pembangunan Negara. Apabila dermaga ini beroperasi sepenuhnya, ia akan dapat mempertingkatkan lagi pengendalian kargo dan jumlah kapal kontena yang mendarat dari keupayaannya sekarang. Dengan kedudukan Pelabuhan Muara yang strategik di pusat rantau Asia Tenggara, projek pembesaran dermaga kontena dan penambahan kepada kemudahan yang sedia ada, Insya Allah dipercayai akan lebih menarik banyak lagi kapal untuk beroperasi di Negara ini.

4.     Tambahan pula, dengan beroperasinya projek penapisan petrochemical yang dirancang oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) dan diungkayahkan oleh syarikat dari China iaitu Zhejiang Hengyi di Pulau Muara Besar nanti, akan barang setentunya memberikan impak positif kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Negara dan khasnya kepada aktiviti perkhidmatan dan perdagangan di pelabuhan Muara ini. Saya berharap dengan projek pembesaran dermaga ini serta perusahaan petrochemical di Pulau Muara Besar itu akan memberikan 'demand' dalam permintaan perjalanan melalui laut dan seterusnya 'demand' kepada perkhidmatan logistik di Negara ini.

 

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

 

 5.    Negara kita juga sekarang sedang pesat menerajui berbagai projek infrastruktur yang sedang rancak dibina. Ini telah terbukti banyak memberi manfaat kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. Perkhidmatan logistik adalah usaha yang akan menjadi pelengkap kepada projek-projek infrastruktur berkenaan. Ia adalah perlu disediakan lebih-lebih lagi untuk menarik minat lebih ramai pelabur asing untuk membuat pelaburan di negara ini.

6.    Pembukaan rasmi bangunan PTAS pagi ini adalah merupakan satu lagi perkembangan kepada usaha meningkatkan sistem perkhidmatan logistik di Negara ini. Perkhidmatan logistik adalah salah satu pemangkin bagi perindustrian yang selalu dikaitkan dengan perdagangan antarabangsa. Perkhidmatan logistik adalah pemudahcara dalam memudahkan pengeluaran dan proses pengedaran dan memberi ruang untuk lebih banyak akses kepada pasaran global. Dalam memberikan perkhidmatan yang kompetitif iaitu menghantar dan menerima barang mestilah memerlukan perkhidmatan logistik yang cekap untuk memindahkan barang-barang di tempat dan masa yang tepat serta kuantiti yang betul dan harga yang menarik.

7.     Selain daripada kemudahan logistik pelabuhan, sistem pengangkutan darat juga memainkan peranan penting dalam membantu sistem perkhidmatan logistik. Sistem pengangkutan darat dan jalanraya yang baik adalah penting bagi penghantaran barangan yang lancar terutama bagi penggunaan syarikat-syarikat pengangkutan.

8.    Sehubungan dengan ini dan seperti yang kita maklumi, projek "Formulating a Roadmap and Masterplan for a Sustainable Land Transportation Systems in Brunei Darussalam" yang di bawah kendalian Pusat Kajian Strategi dan Polisi (CSPS), dengan kerjasama Kementerian Perhubungan dan Kementerian Pembangunan, Insya Allah akan dapat merumuskan beberapa perakuan dan sokongan bagi satu rangka kerja institusi (institutional framework) yang bersesuaian dalam menerajui sektor pengangkutan awam dan logistik di Negara ini.

 

 Hadirin dan hadirat yang dihormati,

 9.    Kementerian Perhubungan menyedari yang aktiviti perkapalan adalah perniagaan antarabangsa yang 'capital intensive' dan persekitaran perniagaan yang kondusif adalah penting untuk operasi syarikat-syarikat perkapalan. Penubuhan Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) dan pengkorporatan dan penswastaan pelabuhan-pelabuhan adalah juga salah satu inisiatif strategik Kementerian ini. Ia bagi menukar peranan dan struktur Jabatan Laut dan Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan kepada entiti pengawalselia korporat dan seterusnya entiti korporat atau swasta dalam penyediaan perkhidmatan - perkhidmatan pelabuhan. Dengan adanya entiti-entiti ini, industri maritim dan pelabuhan Negara ini akan dihasratkan akan menjadi lebih terancang, efisien serta mewujudkan persekitaran bisnes dan operasional yang lebih kondusif kepada perdagangan dan pelaburan dalam jangkamasa sederhana dan panjang.

10.   Kerja-kerja persediaan termasuk penyediaan undang-undang dan peraturan MPABD adalah sedang giat dilaksanakan di Kementerian Perhubungan dengan kerjasama Jabatan Laut, pihak Peguam Negara dan Kementerian Kewangan. Bagi kerja-kerja persediaan dalam pengkorporatan dan penswastaan perkhidmatan-perkhidmatan pelabuhan, Kementerian Perhubungan juga sedang giat di dalam perundingan dengan pihak JPM melalui Jawatankuasa Penswastaan dan Jabatan Perancang dan Kemajuan Ekonomi (JPKE).

11.   Dengan tertubuhnya MPABD ini nanti, tanggungjawab bagi fungsi peraturan-peraturan keselamatan perkapalan dan pelayaran serta pemantauan kontrak dan penguatkuasaan akan kekal dipertanggungjawabkan kepada MPABD.

12.   Selain daripada itu, persekitaran perniagaan dalam sektor maritim atau aktiviti-aktiviti yang berkaitan yang kondusif samaada untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan akan diberikan tumpuan. Program-program tertentu juga akan disediakan untuk membantu pertumbuhan perniagaan maritim yang beroperasi di negara ini. MPABD juga akan bekerja rapat dengan operator-operator pelabuhan dan syarikat-syarikat perkapalan untuk mengawal selia dan membangunkan aktiviti pelabuhan.

13.   Sebelum saya akhiri ucapan saya ini, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Syarikat P.T.A.S Sdn Bhd dalam usaha mereka sama-sama menyokong inisatif untuk meningkatkan perkhidmatan tambah nilai kepada tapak-tapak di persekitaran Pelabuhan ini dan dalam masa yang sama memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan syabas dan terima kasih atas usaha gigih pihak Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan kerana telah mendokong salah satu objektif strategik Kementerian Perhubungan iaitu menggalakkan penyertaan sektor swasta bagi menyediakan perkhidmatan tambah nilai di Pelabuhan Muara.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim dan bertawakkal kehadrat Allah Subhanahu Wataala, saya dengan ini merasmikan bangunan Fasiliti baru P.T.A.S bagi Logistics Base dan Fasiliti Tubular Inspection.

 

Sekian

Wabillahitaufiq Walhidayah Wasalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh

UCAPAN

 

YANG BERHORMAT

PEHIN ORANG KAYA HAMZAH PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABDULLAH

BIN BEGAWAN MUDIM DATO PADUKA HAJI BAKAR,

MENTERI PERHUBUNGAN

 

 

Sempena:

PEMBUKAAN RASMI FASILITI BARU P.T.A.S- ITS LOGISTICS BASE DAN

TUBULAR INSPECTION FACILITY

 

KHAMIS, 28 MUHARRAM 1434H / 18 APRIL 2013M,

 

Bertempat di:

PELABUHAN MUARA

 

  Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdullilahi Rabbil `Alameen Wasaalatu Wassalaamu `Ala Asyrafil Ambiae Walmursaleen,

Saidina Muhammadin Wa'alaa Aalihiee

Wasahbihe Ajama'een.

 

 1.     Marilah kita sama-sama memanjat kesyukuran ke hadrat Allah Subahanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia dan izin-nya jua, dapatlah kita berkumpul dalam majlis pada pagi ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat P.T.A.S Sdn Bhd kerana menjemput saya selaku Tetamu Kehormat bagi merasmikan bangunan 'Logistics Base dan Fasiliti Tubular Inspection'yang saya difahamkan telah beroperasi sejak bulan Ogos 2012. Saya mengucapkan tahniah di atas perkembangan syarikat ini dan berdoa semoga ia akan lebih berjaya dan berkembang di masa akan datang.

2.       Perkhidmatan logistik di Negara ini telah berkembang dengan pesatnya. Ini adalah berpunca dari meningkatnya aktiviti perekonomian Negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan juga diramalkan akan meningkat di masa akan datang.Di antara projek-projek pengangkutan awam dan logistik di bawah inisiatif-inisiatif strategik selaras dengan 6 teras Kementerian Perhubungan ialah projek pembesaran dermaga kontena Muara yang telah diperuntukkan sebanyak $50 juta di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke 10. Perlaksanaan tambahan dermaga sepanjang 150 hingga 200meter ini adalah sedang giat dijalankan oleh Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan.

3.      Perlaksanaan pembesaran dermaga ini dihasrat akan dapat merealisasikan matlamat utama Kementerian iaitu menyediakan sistem pengangkutan dan logistik yang cekap, 'accessible', mudah, selamat, lancar (seamless) dan seterusnya berdaya saing dan berdaya tahan untuk menyumbang kepada pembangunan Negara. Apabila dermaga ini beroperasi sepenuhnya, ia akan dapat mempertingkatkan lagi pengendalian kargo dan jumlah kapal kontena yang mendarat dari keupayaannya sekarang. Dengan kedudukan Pelabuhan Muara yang strategik di pusat rantau Asia Tenggara, projek pembesaran dermaga kontena dan penambahan kepada kemudahan yang sedia ada, Insya Allah dipercayai akan lebih menarik banyak lagi kapal untuk beroperasi di Negara ini.

4.      Tambahan pula, dengan beroperasinya projek penapisan petrochemical yang dirancang oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) dan diungkayahkan oleh syarikat dari China iaitu Zhejiang Hengyi di Pulau Muara Besar nanti, akan barang setentunya memberikan impak positif kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Negara dan khasnya kepada aktiviti perkhidmatan dan perdagangan di pelabuhan Muara ini. Saya berharap dengan projek pembesaran dermaga ini serta perusahaan petrochemical di Pulau Muara Besar itu akan memberikan 'demand' dalam permintaan perjalanan melalui laut dan seterusnya 'demand' kepada perkhidmatan logistik di Negara ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

 5.     Negara kita juga sekarang sedang pesat menerajui berbagaiprojek infrastruktur yang sedang rancak dibina. Ini telah terbukti banyak memberi manfaat kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. Perkhidmatan logistik adalah usaha yang akan menjadi pelengkap kepada projek-projek infrastruktur berkenaan. Ia adalah perlu disediakan lebih-lebih lagi untuk menarik minat lebih ramai pelabur asing untuk membuat pelaburan di negara ini.

6.      Pembukaan rasmi bangunan PTAS pagi ini adalah merupakan satu lagi perkembangan kepada usaha meningkatkan sistem perkhidmatan logistik di Negara ini. Perkhidmatan logistik adalah salah satu pemangkin bagi perindustrian yang selalu dikaitkan dengan perdagangan antarabangsa. Perkhidmatan logistik adalah pemudahcara dalam memudahkan pengeluaran dan proses pengedaran dan memberi ruang untuk lebih banyak akses kepada pasaran global. Dalam memberikan perkhidmatan yang kompetitif iaitu menghantar dan menerima barang mestilah memerlukan perkhidmatan logistik yang cekap untuk memindahkan barang-barang di tempat dan masa yang tepat serta kuantiti yang betul dan harga yang menarik.

7.      Selain daripada kemudahan logistik pelabuhan, sistem pengangkutan darat juga memainkan peranan penting dalam membantu sistem perkhidmatan logistik. Sistem pengangkutan darat dan jalanraya yang baik adalah penting bagi penghantaran barangan yang lancar terutama bagi penggunaan syarikat-syarikat pengangkutan.

 

8.      Sehubungan dengan ini dan seperti yang kita maklumi, projek "Formulating a Roadmap and Masterplan for a Sustainable Land Transportation Systems in Brunei Darussalam" yang di bawah kendalian Pusat Kajian Strategi dan Polisi (CSPS), dengan kerjasama Kementerian Perhubungan dan Kementerian Pembangunan, Insya Allah akan dapat merumuskan beberapa perakuan dan sokongan bagi satu rangka kerja institusi (institutional framework) yang bersesuaian dalam menerajui sektor pengangkutan awam dan logistik di Negara ini.

 Hadirin dan hadirat yang dihormati,

 9.     Kementerian Perhubungan menyedari yang aktiviti perkapalan adalah perniagaan antarabangsa yang 'capital intensive' dan persekitaran perniagaan yang kondusif adalah penting untuk operasi syarikat-syarikat perkapalan. Penubuhan Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) dan pengkorporatan dan penswastaan pelabuhan-pelabuhan adalah juga salah satu inisiatif strategik Kementerian ini. Ia bagi menukar peranan dan struktur Jabatan Laut dan Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan kepada entiti pengawalselia korporat dan seterusnya entiti korporat atau swasta dalam penyediaan perkhidmatan - perkhidmatan pelabuhan. Dengan adanya entiti-entiti ini, industri maritim dan pelabuhan Negara ini akan dihasratkan akan menjadi lebih terancang, efisien serta mewujudkan persekitaran bisnes dan operasional yang lebih kondusif kepada perdagangan dan pelaburan dalam jangkamasa sederhana dan panjang.

10.    Kerja-kerja persediaan termasuk penyediaan undang-undang dan peraturan MPABD adalah sedang giat dilaksanakan di Kementerian Perhubungan dengan kerjasama Jabatan Laut, pihak Peguam Negara dan Kementerian Kewangan. Bagi kerja-kerja persediaan dalam pengkorporatan dan penswastaan perkhidmatan-perkhidmatan pelabuhan, Kementerian Perhubungan juga sedang giat di dalam perundingan dengan pihak JPM melalui Jawatankuasa Penswastaan dan Jabatan Perancang dan Kemajuan Ekonomi (JPKE).

11.    Dengan tertubuhnya MPABD ini nanti, tanggungjawabbagi fungsi peraturan-peraturan keselamatan perkapalan dan pelayaran serta pemantauan kontrak dan penguatkuasaan akan kekal dipertanggungjawabkan kepada MPABD.

12.    Selain daripada itu,persekitaran perniagaan dalam sektor maritim atau aktiviti-aktiviti yang berkaitan yang kondusif samaada untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan akan diberikan tumpuan. Program-program tertentu juga akan disediakan untuk membantu pertumbuhan perniagaan maritim yang beroperasi di negara ini. MPABD juga akan bekerja rapat dengan operator-operator pelabuhan dan syarikat-syarikat perkapalan untuk mengawal selia dan membangunkan aktiviti pelabuhan.

 

13.    Sebelum saya akhiri ucapan saya ini, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Syarikat P.T.A.S Sdn Bhd dalam usaha mereka sama-sama menyokong inisatif untuk meningkatkan perkhidmatan tambah nilai kepada tapak-tapak di persekitaran Pelabuhan ini dan dalam masa yang sama memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan syabas dan terima kasih atas usaha gigih pihak Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan kerana telah mendokong salah satu objektif strategik Kementerian Perhubungan iaitu menggalakkan penyertaan sektor swasta bagi menyediakan perkhidmatan tambah nilai di Pelabuhan Muara.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim dan bertawakkal kehadrat Allah Subhanahu Wataala, saya dengan ini merasmikan bangunanFasiliti baru P.T.A.S bagi Logistics Base dan Fasiliti Tubular Inspection.

 

Sekian

Wabillahitaufiq Walhidayah Wasalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh​

Attachments
Speeches