TEKS UCAPAN
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA HAMZAH PAHLAWAN
DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABDULLAH
BIN BEGAWAN MUDIM DATO PADUKA HAJI BAKAR
MENTERI PERHUBUNGAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
SEMPENA
MAJLIS PELANCARAN FORMAT BARU LESEN MEMANDU, LESEN KENDERAAN DAN BUKU PENDAFTARAN KENDERAAN
HARI KHAMIS, 27 JAMADILAKHIR 1434 BERSAMAAN 8 MEI 2013
JAM : 9:30 pagi
BERTEMPAT DI KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
Alhamdullilahi
Rabbil `Alameen Wasaalatu Wassalaamu `Ala Asyrafil Ambiea Walmursaleen,
Saidina Muhammadin Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajama’een.
- Yang Mulia Awang Haji Khalid bin Haji Mustafa, Pengarah Pengangkutan Darat selaku Pengerusi Majlis
- Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu, Pesuruhjaya Polis
- Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha – Setiausaha Tetap
- Yang
Mulia Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka
Haji Mohamad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan
- Yang Mulia Awang Haji Idris bin Haji Mohd Ali, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan,
- Yang Mulia Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan, Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala yang telah mengizinkan kita berkumpul pada pagi ini bagi Majlis
Pelancaran Format Baru Lesen Memandu, Lesen Kenderaan dan Buku
Pendaftaran Kenderaan. Tahniah kepada Jabatan Pengangkutan Darat diatas
inisiatif ini.
Majlis
pelancaran ini membawa satu perubahan yang baru dalam sektor
pengangkutan darat di Negara Brunei Darussalam. Perubahan ini tidak akan
dapat dilaksanakan tanpa kerjasama pelbagai pihak, seperti Pusat
Kebangsaan E-Kerajaan serta maklumbalas dan pandangan orang ramai dalam
usaha kearah pembaharuan dan peningkatan dalam pemberian perkhidmatan.
Lesen
memandu, lesen kenderaan serta buku pendaftaran kenderaan yang akan
dilancarkan ini adalah antara ‘milestones’ yang telah dicapai oleh
Kementerian Perhubungan. Format baru ini dilengkapi dengan ciri keselamatan yang mampu menghindari elemen-elemen
negatif seperti penipuan dan pemalsuan. Dengan format dan ciri yang
berunsurkan teknologi ini, ia melambangkan kemajuan dalam usaha kita
menghasilkan ‘smart society’ yang kita hasratkan.
Apakah
yang dimaksudkan dengan ‘smart society’ ini? Beberapa buah negara telah
melaksanakan strategi kearah pembentukan Smart Society atau masyarakat
bijak ini. Strategi ini dihasratkan untuk memperbaiki kualiti kehidupan
melalui penggunaan data secara innovatif bagi menghasilkan perkembangan
sosio ekonomi. Antaralainnya seperti perniagaan yang lebih baik,
penglibatan warga awam dan governance yang lebih berkesan serta
pengurusan pengangkutan dan utiliti yang lebih baik. Asas kepada
pembentukan Smart Society ini adalah teknologi ICT yang boleh menjana innovasi dan meningkatkan keberkesanan dalam perkhidmatan[1].
Antara
ciri utama Smart Society ini adalah akses yang lebih mudah bagi
membolehkan interaksi diantara orang ramai dan Kerajaan. Interaksi ini
antaralainnya dapat dicapai melalui pemberian perkhidmatan melalui
on-line. Selaras dengan amalan dan perkembangan antarabangsa,
Kementerian Perhubungan telah merangka inisiatif-inisiatif strategik
kearah pembentukan masyarakat bijak di Negara Brunei Darussalam. Seiring
dengan kecanggihan teknologi, masyarakat bijak ini mampu menggunakan
dan memanfaatkan teknologi dengan positif dan effisien. Selain itu,
dalam masyarakat bijak ini, teknologi, sumber asli dan sumber manusia
akan digunakan secara bijak bagi memastikan kemajuan dan pembangunan
yang berdayatahan.
Selaras dengan hasrat ini, inisiatif perkhidmatan secara on-line akan sentiasa dipertingkatkan.Insya
Allah permohonan untuk membaharui lesen memandu boleh juga akan dibuat
secara 'online'. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengongsikan bahawa
Kementerian Perhubungan sedang giat melaksanakan inisiatif
Fibre-to-the-Home (FTTH) di Negara ini. Dengan
adanya infrastruktur Fibre to the Home (FTTH) ini nanti, applikasi
permohonan lesen memandu secara ‘online’ adalah antara beberapa aplikasi
atau e-services yang bakal diperolehi dan bakal dinikmati oleh orang
ramai nanti. Dari itu, saya penuh berharap usaha sebegini akan dapat
dipertingkatkan dengan meliputi applikasi di sektor-sektor lain juga.
Saya juga berharap dengan adanya perkhidmatan-perkhidmatan online
seumpama ini akan membuatkan orang ramai untuk menjadi lebih ‘iski’
untuk berurusan dengan pihak Kerajaan.
Dalam menuju kearah pemberian perkhidmatan dan operational enhancement yang
lebih berkesan, saya juga ingin menyarankan Jabatan Pengangkutan Darat
untuk memberi perhatian khusus kepada nilai dan kualiti produk yang akan
dikeluarkan nanti. Keperluan untuk mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan, durability (ketahanan) dan mesra pengguna (user friendly)
harus diteliti dari masa ke semasa. Sebagai contoh, kad lesen memandu
yang ada ini mungkin akan memerlukan ciri keselamatannya untuk ditambah
seperti dengan mengadakanfingerprint and digital signature pemilik dimasa yang akan datang.
Dalam
hal ini, pihak Jabatan Pengangkutan Darat perlu sentiasa peka dengan
trend pengguna, keperluan semasa serta amalan terbaik serantau dan
antarabangsa. Ini termasuklah juga prosedur permohonan, pengawalan
pengeluaran lesen dan kawalan kualiti. Kerjasama dengan pelbagai pihak,
seperti para pengusaha sekolah memandu, media massa dan orang ramai
adalah perlu diperkukuhkan bagi memastikan setiap inisiatif baru dan
pembaharuan yang dibuat dapat difahami dan diterima oleh orang ramai.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Kementerian
Perhubungan akan sentiasa meneliti dasar dan peraturan yang ada bagi
meningkatkan sektor pengangkutan darat berada di tahap keselamatan dan
keberkesanan yang diharapkan. Antara dasar baru yang akan diperkenalkan
ialah peraturan bagi pemohon
berumur 70 tahun ke atas. Pemohon dalam kategori umur ini boleh
dikehendaki pada tiap-tiap tahun untuk menghadiri temuramah dan
menandatangani borang ‘self-certify fit to drive’ di hadapan Pegawai
Jabatan Pengangkutan Darat sebelum lesen kenderaannya diperbaharui.
Peraturan ini bukanlah mandatori. Ianya akan dilaksanakan jika sekiranya
diperlukan, selaras dengan tujuannya diperkenalkan iaitu untuk menjaga
keselamatan pemandu berkenaan dan juga pengguna jalan raya yang lain.
Selain
itu, Kementerian Perhubungan akan terus meneliti keperluan orang ramai
dalam sektor pengangkutan darat ini. Ini termasuklah menangani isu
pengangkutan awam dan keberkesanan perkhidmatan kepada orang ramai.
Salah satu daripada dasar berkenaan ialah menetapkan tarikh mansuh lesen
memandu mengikut tarikh lahir. Perkara ini masih dalam tahap
perancangan dan disasarkan untuk diperkenalkan dalam masa 2 atau 3 tahun
ini.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Sebelum
mengakhiri ucapan, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih
kepada orang ramai yang sentiasa peka dengan perubahan yang dibuat oleh
Kementerian ini. Dikesempatan ini juga, saya mengucapkan syabas dan
terima kasih atas usaha gigih pihak Jabatan Pengangkutan Darat dalam
menjayakan majlis pada pagi ini. Kerjasama yang diberikan dari agensi
Kerajaan seperti Pusat Kebangsaan E-Kerajaan serta pihak swasta dalam
menjayakan inisiatif ini juga sangat dihargai.
Dengan
lafaz Bismillarhir Rahmanir Rahim dan bertawakkal kehadrat Allah
Subhanahu Wataala, saya dengan ini melancarkan format baru lesen
memandu, lesen kenderaan dan buku pendaftaran kenderaan.
Sekian Wabillahitaufiq Walhidayah Wasalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh